Sunday, May 12, 2013
Superhuman
Pergi ke sekolah macam biasa.Naik bas,sampai sekolah.Tadarus.Mula pembelajaran.
Kemudiannya,pengumuman di speaker kelas.
"Nor Syakila Mokhtar.Sila ke pejabat."
Fuh,nama Kak Syark femes.Kena panggil.
Kemudian,terdengar bunyi benda terbalik.Sekolah kecik,pensel jatuh pun boleh dengar.(hiperbola ya~)
Terdengar kecoh di kelas seberang.
'Kenapa?'
Selang setengah jam,segala terlerai.
"Sedekahkan al-Fatihah kepada ibu Nor Syakila yang telah pulang ke rahmatullah."
Al-Fatihah.
2009
SMS diterima pukul 2 pagi.Ringkas namun padat.
'Mak Eja dah tak da.Eksiden tengah malam tadi.Minta sahabat semua turun GH esok pagi.Kenderaan akan disusun.'
Allah.
Selepas subuh,dua kereta pergi ke GH dan kereta yang lain menunggu jenazah di tanah perkuburan.
Melihat sahabat sendiri terlantar,hati jadi sayu.
"Eja dah tahu?"
"Belum.Tak nak bagitau lagi."
Sayu lagi.
Selesai solat,bersalam perpisahan.
"Eja,aku dah nak balik ni.Jaga diri."Tangan digenggam sukar dilepas.
"Hang doala aku ngan mak aku tau."Dia sudah tahu.
Air mata mula bergenang.
"Ja,hang kena kuat!"
Kuat.
2013
Whatsapp diterima ketika dalam perjalanan pulang ke Nilai.Berhenti di traffic light.Whatsapp dibaca.
'Assalamualaikum.Ayah sy telah pulang ke rahmatullah sebentar tadi.'
Allah,ujianMu datang lagi.
"Pura,aku tak tau nak facing Mar macam mana."
"Aku pun.'
Sepanjang perjalanan,lagu-lagu yang berkemundang,seolah-olah memahami perasaan kami.
So Soon-Maher Zain.Pergi-Aizat.
Kemudian,berita disampaikan kepada Pn Mama dengan air mata.
"Lor,tak mau la nangeh-nangeh ni.Ni kalau kat depan dia,tak mau nangeh.Nanti dia pun sedih sama."
Mar,kuat!
Dalam ketiga-tiga cerita ini,ada satu persamaan.Meski pun orangnya berbeza,pasti ada yang mengungkap,
"Aku tak tau kalau benda ni jadi kat aku."
Hey,you!Ingat apa Dia kata?
Dia takkan bagi satu ujian tu kalau hamba dia tak boleh tanggung.
Hanya mereka-mereka yang mempunyai superpower sahaja yang boleh menghadapi ujian yang haibat sebegini.
To all superhuman,keep strong!
Thursday, April 18, 2013
special one
Pernah orang bertanya,
"Eh,kenapa macam tu?"
"Kenapa?"
Ini jawabnya.
Saya ada seorang adik yang saya amat kasihi,sayang.Adik yang last,of course la sayang lebih,kan~
Masa umur dia tiga tahun plus plus,Mrs Mama perasan yang ada something yang tak kena on his growth.Even before tu pun dah perasan tapi tak ambil tindakan (oh skema!) apa-apa pun.
So,bawak la si kecik ni pergi jumpa doktor.Lepas jumpa doktor,jumpa doktor pakar kanak-kanak.
And,lastly,he had been diagnosed to has learning disability.
Yup,my little brother is special and that's what I'm gonna say.
"Mesti susah kan ada anak istimewa."
Pernah ada orang berkata begini.Hakikatnya,kehidupan kami macam orang biasa lain.Kami boleh beli belah macam orang lain.Berkelah macam famili lain.Bezanya,kami mempunyai orang yang teristimewa.
Buktinya,adik saya istimewa tetapi sekarang sudah pun berada di tadika,macam budak umur 6tahun yang lain.Hek,bangga!
Doktor terapi my lil bro pernah berkata,"Orang Melayu ni kadang-kadang susah.Anak istimewa tapi seolah-olah pinggirkan budak tu.Kesian saya tengok."
Oh,ya!She is Chinese.
Urm,ada bezanya lagi.Hospital ibarat rumah kedua kami.Banyak terapi yang si kecik tu kena involve since doctors still don't know what kind of learning disability that he face.
Antara terapinya: speech and audio.
Kalau famili orang lain dekat fridge lekat magnet sebab tanda kenang-kenangan.Kitorang pulak lekat magnet fridge sebab nak lekat kertas schedule therapy.Haha~
And believe or not,he is the most beloved in our family and even my mom said by herself,
"Since he never 'menjawab',so I kinda love him more."
See?
"Ini anak syurga."
Ini yang ustaz katakan ketika perjumpaan ibubapa bersama guru-guru tadika,semasa saya bercuti.Tazkirah ustaz selama satu jam setengah,terasa sekejap.
Kata ustaz,bukan calang-calang orang boleh jaga anak istimewa.Cabaran.
Anak syurga.Bakal ahli sturga.Mereka tiada dosa.Hebat bukan?
Indeed.Malah,nickname si kecik is 'ahli syurga'.
"Eh,anak dia tu.Tengok la."
Pernah saya terasa down sebab ada orang yang pernah katakan begini.I mean,look,isn't he human too?Why must have that perception?
Mrs Mama kata,"Biarla orang nak kata.They never know."
'Don't let what they say keep you up at night,
and they can't detain you.'
Satu hari,
Mrs Mama berpesan pada saya.
"Kalau nak carik laki(suami),kena tanya dia,sudi tak ada adik ipar tak upaya ni."
"Mrs Mama,he is not disable.He is special la.." Saya paling tak suka perkataan disable.
"Ok.Special one.You need to ask him first.He then need to know,sometimes you need to dahulukan adik before him.He need to understand that."
"Sapa yang nak kawen.." Kawen?He~
"Elleh,alasan."
Disebabkan si kecik,Mrs Mama mula bergiat untuk memperkenalkan anak-anak istimewa.
Disebabkan si kecik,doctor-to-be decided to become a pediatrics specialist.
Because of him,we learn more.
Because he is what he is,
I want to love him more.
::: Want to know more about learning disability,kindly Google it. :::
(^^,)
Monday, April 1, 2013
Mr Papa & Mrs Mama
Tentang kahwinnya Mr Papa dan Mrs Mama.
Mr Papa dan Mrs Mama,bernikah ketika usia muda,Mr Papa umur 22 tahun dan Mrs Mama,muda setahun.Masa tu,dua-dua masih menuntut di universiti.
Alkisahnya,Mr Papa suka dekat Mrs Mama,Mrs Mama pun suka kat Mr Papa (even though she told me that she really hates him first.Like a REALLY BIG hate!).Kemudian,bernikahlah kedua-dua pada tanggal 6 September 1990 dengan mahar hanya RM80 tunai.
Dan pada tahun seterusnya,23 November,this troublemaker ni pun lahir~
Kahwin muda,atau kahwin ketika masih lagi belajar,bukanlah satu perkara janggal dalam keluarga kami.Rata-ratanya,lepas habis SPM,terus kahwin.Paling lewat pun,sepupu saya yang akan berkahwin Jun ni,berumur 26 tahun.
Jadi,orang yang rapat dengan keluarga akan tertanya-tanya bila pula giliran saya.Tersenyum.
Saya pernah tanya Mrs Mama,apa yang susah kahwin muda ni.
"Lain orang,lain experience nya.Like mine,dulu keta xdak.Jadi,pi mana-mana,naik la moto.Dah lama-lama kawen,dah ada saving sikit,baru beli keta.Pastu,baru pikir pasal umah."
Then,I asked Mr Papa.
"Marriage change me a lot."Huh,camna tu?
"Dulu,masa nak buat assignment,tau bila?Esok nak kena hantaq,malam ni baru kelam kabut nak buat."
Before tu buat apa?
"Merempit ar.."Indeed..
Lepas kahwin?
"Lepas dah kahwin,kena fikir tanggungjawab.Nak bawak motor pun kena pelan-pelan.Dah ada orang tersayang."
Ok,fine~
"Nak kahwin bukan disebabkan kita dah ready kata 'oh,aku nak kahwin'.Kena ready both physical and mental.Kahwin bukan benda main-main.Memang tak susah nak kahwin tapi ingat kahwin bukan benda sehari dua."
Preparation baitul muslim.
Mungkin disebabkan experience Mr Papa dan Mrs Mama tu lah,masa Angah minta kahwin,dua-dua tak melatah.
Jawapannya senang.
"Kalau rasa dah bersedia nak pikul tanggungjawab,do it."
Like.
Malah,adik saya yang second last pernah bertanya saya tentang kahwin tapi Mrs Mama pulak yang jawab.
"Biarlah,dia tak ready lagi."
Senyum sampai nampak gigi.
To you yang nak kahwin,
Kahwin juga adalah ujian.Allah tu Maha Hebat.Kalau Dia dah kata kahwin adalah takdir kita masa belajar,itu adalah takdir kita.
Fikir dalam-dalam sama ada kita dah betul-betul sedia atau belum.
Tapi,dari berterusan buat dosa,baik kahwin terus kan?
P/S : nak sambung cerita pasal Mr Papa ngan Mrs Mama kawen.
At first,bila Mr Papa pergi merisik,kena tolak sebenarnya.Sebab tok wan (datuk) kata,Mr Papa tak serupa orang.Haha.Sebab masa tu,style paling femes antara mat rempit is rambut panjang.Jadi,disebabkan tu,lamaran ditolak.
Tapi tok wan kata,Mr Papa ni determined sangat.Tok wan cakap,'kalo hang nak anak aku,hang mai balik lagi dua tahun,jadi orang.'
Mr Papa pun pergi la belajar jadi 'orang' dan jumpa la tok wan lagi sekali dengan lamaran dia.Diterima.(^^,)
Sejak hari tu,Mr Papa memang dah tak ada style mat rempit tu tapi dia 'perturunkan' dekat anak-anak dia pulak.
Kitorang dua beradik la masa tu.Haibat punya style!
:: panjang betul entri pasal kawen Mr Papa ngan Mrs Mama.Maybe tahap rindu dah memuncak kowt.Hak!
Friday, December 28, 2012
motivasi
Tak tahu kenapa,study kali ni macam tak boleh nak 'hadam'.Muhasabah.
Tak boleh jadi.Macam mana ni?
"Pn Mama,please give motivation."
Sudah jadi kebiasaan,kitorang (adik-beradik) wajib bagi jadual exam dekat Pn Mama masa exam fever.Dia akan call almost everyday,tanya pasal study.
"Tu ja la keja.Motivasi.Motivasi."Kan dah kena marah~
"Don't know why,I can't study.Seems like my mind is floating everywhere."Alasan.
"Yassir wa la tu'assir.Baca doa tak?"Check.
"Minta restu tak?"Check.
"Minta ler,Ya Allah,Hidayah ni nak belajar,mintak mudahkan."Hehe..rasa macam time budak-budak dulu.
"K,I get it.Thank you."And it ended with love-sharing session.(^^,)
Need to study now.Ingat,Ya Allah,Hidayah nak belajar.Mintak mudahkan~
(^^,) Pergantungan yang sangat penting,kan?
Friday, November 2, 2012
bila lagi?
Air liur ditelan.Don't say it right now!
"Janji apa?" Senyuman yang kurang manis gulanya diberi.
"Awak kene bawak usrah next sem."
Dush!Dah agak.Ini bukan kali pertama diaju pernyataan begini.Macam mana nak jawab ni.
"Tapi.."Alasan cliche: belum bersedia.
"Olor,janji le." Pinky promise bertaut.Dalam hati bergolak.Macam mana ni?
Fikiran menerawang,mencari alasan.Macam mana nak bawak usrah kalau diri pun macam atas kapal,terumbang-ambing.
Kemudian,ALLAH beri tarbiahNya.
"MENtarbiah dan DItarbiah bukanlah mutual event.Sebaliknya,kedua-duanya bergerak seiringan."
Dush!Terasa lagi.Makan dalam~
"Kalau kita asek kata tak sedia,sampai bila nak sedia."
Dush lagi!Agak-agak kalau x-ray hati ni,lebam banyak rasanya..
Ya,saya sudah bersedia!
Terngiang-ngiang kata Mr Papa masa bertanyakan pendapat beliau yang lebih arif dan bijaksana,
"Ingat tak lagi masa Mr Papa suruh Along bawak keta Waja ni first time?Tak nak bawak,takut.Besar sangat la.But then I forced you.Sekarang ni,lori pun boleh bawak.Gamak tak da lesen ja."
"You just don't trust yourself.That's why."
Makan dalam lagi~
Maju ke hadapan,bukannya mundur ke belakang!Kita mungkin kata kita tak mampu,belum bersedia tapi kita belum discover lagi our own internal potential.Percaya pada diri,kita boleh lakukan.
Oh ya!Kuda dakwah makin maju.
"Dengan majunya kuda dakwah ini,makin lajulah pergerakan tarbiah ya."Pesan 'pakcik' sayang sebelum pulang ke negeri tercinta.
Baiklah pakcik!Saya ingat,juga ingatan untuk awak~Jaga Viva saya baik-baik.(^^,)
Wednesday, August 1, 2012
environment~
"Ramai tak yang pakai Paddie dekat kampus?"
"Ada la dua tiga orang.Napa?"
Diam.
"The day that I became interviewer,nampak la ramai yang bawak Paddie.That thing important ka?"
Fikir jawapan.Kenapa orang pakai Paddie?Well,no offense,my brother has one.
"You should ask that question to Angah.Not me.I don't have one.Unless you want to give me."
Giving the cutest smile.
"You do have one now."
Mr Papa keluarkan sesuatu dari tepi pintu kereta.Omo!
"Well,it's not Paddie but still tablet kan?"
Samsung~
"Since dunia kan di hujung jari,I thought maybe you need this thing.Everyone is using it masa ni."
Environment.Bi'ah.
Bila seorang pakai,semua nak pakai.Dulu,pernah mengusik sorang kawan ni sebab dia pakai henset touching-touching.And at last,me myself bought touching-touching phone too.
Why?Sebab semua orang pakai.
Well,not semua,but most of them.
"Pn Mama,kenapa cekodok ni kita masuk dia dalam kuali lain-lain.Dia ni masuk dulu,dia ni masuk kendian(kemudian) tapi bila kita angkat,kita angkat dia sama-sama?"
Terfikir soalan ni masa tengah masak cekodok pisang.
"Sebab minyak dalam kuali tu panasnya sama."
Macam orang jugak.Kalau dia dicampak kat mana pun,kalau bi'ah yang ada kat situ baik-baik,insya-Allah baiklah dia.(kalau hati keras macam batu,tak tahula kan~)
So,as conclusion,carik bi'ah solehah,solehah la kita kan?
Monday, June 25, 2012
whining
Wednesday, May 23, 2012
penghargaan
"Eh,nak buat apa pi sana?"
Sayup-sayup terdengar suara Puan Mama di telefon pink saya.Macam mana ni?Nak cakap ke?
"Err..ada program sikit."Sebenarnya ada daurah yang harus diattend.
"Ok.Takpa.Pi elok-elok."Dalam hati saya,yezza!
Bukan senang nak berdalih!Bulatan gembira yang saya hadiri,tidak diketahui oleh Puan Mama dan Tuan Ayah sehinggalah saya bertekad untuk memberitahu mereka tidak lama dulu.
"Tuan Ayah,Puan Mama,sesungguhnya beta ada sesuatu yang harus disampaikan."Hati?Dup dap versi Ferarri.
"Menda?"Tuan Ayah bersuara.Ni yang ketar lutut hamba!
"Er..macam mana nak cakap ni."Otak mula menyusun ayat.
"Lor,cakap ja la~"Puan Mama pula buka mulut.Lagi nebes tahap tak tentu hala!
"Sesungguhnya beta sedang meng'attend' bulatan gembira."Fuh!
Silence....
"Under?"Tuan Ayah bertanya.Saya menceritakan segala-galanya,dari A sampai Z,1 sampai 10.
"Okay.I don't mind.Asalkan tahu batas-batas yang ada,buatlah apa yang nak buat pun.Tapi,kalau dah terbabas,ingat!I will always be your reminder."Tuan Ayah yang kool lagi sporting dan osem dah bagi green light!
"Tak kisah nak buat apa pun asalkan tahu yang mana betul,yang mana salah."Itu yang Puan Mama katakan tak lama dulu.
Sekarang?"
Puan Mama,saya ada daurah kat sini."
"Okei,nanti balik,inform me.Then you need to share all the info that you got there."
"Alrite!"
"Where are you right now?"
"Tuan Ayah,I'm on my way for perhimpunan aman Syria."
"Take care."
Tuan Ayah yang kool,Puan Mama yang osem,thank you for your understanding!
Wednesday, April 18, 2012
Dia Memiliki Saya
"Kini ku tahu rasanya hidup dalam cahaya kasihMu"
Masa 5 tahun,kalau ditanya apa tujuan hidup,mesti saya akan jawab,nak jadi Power Rangers kaler pink,selamatkan dunia.Masa 15 tahun,kalau ditanya apa tujuan hidup,mesti saya akan jawab,entah,tak tahu la pulak.
Masa 25 tahun,kalau ditanya apa tujuan hidup,insya ALLAH saya akan jawab,
“ Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.”
(adz-Dzariyat: 56)
Saya tak tahu bagaimana dengan mereka yang berbulatan gembira yang lain,tapi bagi saya,hilang arah tujuan hidup dan kemudian menemuinya ketika usia telah pun menginjak ke angka 20++,membuatkan saya merasakan umur saya sebelum ini telah dipergunakan secara sia-sia.
"Kini kutahu rasanya menemukan damai di hati"
Hilang arah tuju akan membuatkan kita tercari-cari apa makna kehidupan ini.Dalam tengah mencari-cari,terjumpa pula kawan yang bawa kita ke arah yang menyimpang,jauh dari jalan yang lurus.Tapi,akhirnya,kita berbalik pada Dia.Saat kembali pada Dia,kebahagiaan lebih dirasai dengan hebatnya berbanding dengan kegembiraan masa Malaysia menang masa lawan Indonesia dulu!Lagi hebat rasa happy berbanding dengan rasa seronok masa kita tengok ending cerita Ponyo!
"Seandainya semua tahu indahnya mengabdi padaMu"
Saya pernah terbaca di MukaBuku,komen A kepada B yang mengupload gambar someone yang non-Muslim and said that she loves him.A tulis,"Be"ak dengan ken"ing pun belum tentu cuci,boleh pi suka kat kapir ni."(note:sila baca dalam loghat utara yang indah ya!)Seandainya yang ber-ber dan kenc-kenc yang belum tentu cuci lagi bersih ni tahu indahnya mengabdi pada Dia,mesti dia lagi hebat seumpama Kuchiki Byakuya dalam jalan dakwah.Mana tahu,walaupun dulu dia tak cuci lagi bersih tapi lepas dah tahu indahnya pengabdian kepada Dia,hatinya ibarat baru lepas dicuci dengan Dynamo,dan putih,menyinar pulak tu!(Er,si A tu cuci hati dengan apa yer?Mr No Muscle eh~)
"Seandainya semua tahu kasihMu lepaskan belenggu,bebaskanku,kuatkanku"
Buah limau mandarin kenal?Alah,buah yang kaler oren2 tu.Boleh beli dekat Giant dengan banyaknya,espeseli masa nak dekat Chinese New Year.Apa rasanya?Manis dan masam.Lumrah limau,bila disebut perkataan limau,mesti terbayang perkataan masam.Makan limau.Masam + Manis.Konklusi,sedap!Hasil dari kita makan limau?Dapat vitamin C.So,bila dapat vitamin yang bagus untuk badan,bolehla berjalan dengan machonya atas muka bumi ni.Masalah sembelit pun boleh diatasi dengan jayanya kalau kita makan buah macam buah limau.
Macam tu jugak dengan dakwah dan tarbiah.Dalam manis,ada masamnya.Tapi seandainya semua tahu,manis dakwah dan tarbiah itu lebih dari masamnya,pasti semua manusia yang ada akan berlumba-lumba untuk kejar e-Akhirat!
Moga saya boleh melangkah dengan anggunnya dalam jalan-jalan yang telah Dia pilih untuk saya selama saya bernafas.
Sesungguhnya,Dia memiliki saya!
Ya Allah,jangan Kau tarik nikmat Islam ini setelah Kau berikan padaku.
Wednesday, February 29, 2012
Sunday, February 12, 2012
Macam Mana Saya Kenal Dia
"Mak,macam mana nak sebut perkataan ni?"
"Perkataan apa?"
"Ni.Q.U.R.A.I.S.Y."
"Quraisy."
"Alah,susah nya!"
Jadi,sebagai solution,setiap kali saya membaca buku tu,saya akan membaca dengan kuatnya dan bila sampai ke perkataan tu,mak akan faham dan sebutkan untuk saya.Arigatou,oka-san!
Muka surat pertama buku tu ada menyebut tentang Muhammad.Saya tertanya-tanya,siapa Muhammad ni?
Kemudian,ada sebut pulak macam mana dia lahir.Saya tertanya-tanya lagi.Hebatnya manusia ni sampai dia lahir pun orang nak cerita!
Kemudian,cerita tentang kisah hidup dia.Tentang sahabat-sahabat dia.Abu Bakar,Umar.
'Dude,he is such a great guy!' Terdetik di hati saya sepanjang membaca cerita tu.
Kemudian,adik saya menjadi mangsa untuk story telling saya.Saya masih ingat bagaimana buku tu sampai 'lunyai' sebab saya asyik mengulang membacanya.Terkoyak,tak mengapa.Sellotape ada!
Kemudian,apabila berpindah ke tanah kelahiran,buku tu hilang.Saya pun tak tahu ke mana buku tu.
Masuk sekolah Darjah 1,saya dapat buku.Pendidikan Islam.
'I hope I can read about that great guy again!'But,another problem appeared.It was in Jawi and I learnt Jawi sooooo hard after that,just to read about that man.
Then,I learnt that he was not only great,but the greatest person ever lived in the world!
Setiap kali ustazah mengajar tentang Muhammad,mata saya akan bling-bling.Saya suka dia!Tidak,saya sayang dia!
Melihat ke'excited'an saya tentang manusia yang bernama Muhammad ini,ayah membelikan buku.Kisah Hidup Para Rasul.SSSSSannggggaaatttt tebal,tapi saya suka!
Hingga sekarang,masih ada banyak benda lagi yang membuatkan saya kagum dengan dia.
And this is how I knew him and I will learn more about him in the future,insya-ALLAH!
Friday, January 6, 2012
labuh vs pendek vs takder
Tahun 2012 dikejutkan dengan pelbagai perkara.(UPSI case,of course!)
Antara perkara yang membuatkan saya terkedu sekejap depan laptop ialah:
"Tahun 2012 menjelang!Saya nak bertudung sepenuhnya.Dah tanak bukak2 lagi dah!"
Satu post yang dipost oleh kawan sekolah saya dulu.Ya,kawan sekolah saya dulu.Walaupun bertitle dengan sekolah agama,dia tidak seperti sahabat yang lain.
::Kemudian..::
Gambar sahabat saya bertudung terpapar di skrin laptop kesayangan saya.Biasalah,orang baru nak bertudung.Namun,apa yang menyentap hati saya ialah ada komen yang berbunyi,
"Tudung jenis apa ni?!"
dan komen tersebut diberi oleh someone yang mempunyai 'Bulatan Gembira' dan sedang menuntut Pengajian Dakwah di sebuah negara Arab!
Kemudiannya,sebuah komen muncul.
"Baru nak test pakai tudung."
Sahabat Arab saya membalas,
"Patutnya hang kena pakai tudung dari dulu lagi.Bukan la ni,nak dekat kiamat baru nak tobat.Allah dah tak terima tobat hang dah~"
::Lagi::
Saya tengah tengok berita dengan sahabat2 saya masa berita tu tunjuk pasal budak2 baru masuk sekolah Darjah Satu.Mengimbau la kejap kenangan masa sekolah dulu.
"Eh,lama tak pakai baju sekolah tu.Yang skirt tu."
"Ya!Ko pakai ke skirt tu?"
"Yela.Korang tak pakai ke?"
"Aku masa sekolah darjah satu dah kena pakai tudung."
"Aku masa darjah ni..ni..ni.."
"Aku pulak.."
(Yelah,aku la yang jahil masa sekolah dulu!)
::Ingat!::
Ada sahabat saya pernah berkata,"Baikkah kita dengan wujudnya 'Bulatan Gembira'?Apa tujuannya kita join 'Bulatan Gembira'?"
No doubt,'Bulatan Gembira' itu baik,tapi jangan sesekali kita judge someone based on their appearance.Tidak menutup aurat itu masih satu dosa tapi ingat!Kita bukan Allah nak tentukan mana arah tuju kita masa depan nanti.
::kadang2::
"Nak pakai tudung labuh la.Nampak alim sikit."
"Hurm,nak pakai tudung labuh.Dia alim,nanti senangla aku nak dekat dengan dia."
Berubah kerana ALLAH is far more better than we changed because of human.
::Kenyataannya!::
Ada orang yang bertudung pendek tapi dia jauh lebih alim dari orang yang bertudung labuh.Penggantungan dia kepada ALLAH jauh lebih hebat dari orang yang 24 jam bertudung labuh.
Ya,dia bertudung pendek.Sekarang.Al-an.Masa kini.Tapi kita tak tahu masa depan dia macam mana.
"ALLAH does not judge you on how bad you have been in the past but rather on how good you strive to be now."
::Konklusi::
Hidayah yang ALLAH nak bagi dekat manusia boleh ada dalam banyak cara.Kita sebagai sahabat,cuba doakan yang terbaik untuk sahabat kita.Insya-ALLAH,doa muslim yang mendoakan muslim yang lain tanpa mereka mengetahui akan dimakbulkan.
Sahabat,saya doakan yang terbaik untuk kamu~(dan juga untuk saya!)
Sunday, December 18, 2011
Bulatan Gembira~

Fuh!FUh!FUUHHH!
Nampak tak sawang2 yang bersangkutan ni?Dah lama tak update yer.
Hari ni nak cerita pasal Bulatan Gembira.Hari tu ada tengok video2 tarbiah yang masuk competition OSEM.Ada satu vid ni yang bercerita pasal 'Bulatan Gembira'.Saya tersenyum sepanjang menonton video tu.Saya juga ada Bulatan Gembira!
Macam mana boleh 'sangkut'?
Dulu,masa sekolah,memang ada 'Bulatan Gembira' ni tapi hanya sekadar ada.Tapi,terus-terang saya katakan,saya tak faham langsung apa yang disampaikan dalam 'Bulatan Gembira'.(Bila orang suruh jadi murobbi,jadi jer sebab besh jadi kakak senior yang dikenali ramai~)
Habis Form 5,dapat result bagai,saya ditawarkan untuk sambung study dekat universiti di Nilai.Saya pergi (walaupun dalam hati tak nak pun!).Sepanjang saya di universiti,saya mula berkenalan dengan mereka2 yang mengikuti 'Bulatan Gembira'.(Biarlah orang kata saya busuk,tapi saya nak juga tercalit wangi diorang jugak!)
Selepas itu,saya pun joinlah 'Bulatan Gembira'~Dari 'Bulatan Gembira' ini,saya mula tahu 'Konferens Riang',Daurah,Jaulah,etc~
Apa manfaatnya?
Banyaaaaaaaak manfaatnya~Benda baik,takkanlah tak der manfaat kan?
Awak lain,saya lain?
Dulu,masa duduk rumah di depan tasik,ada kawan pernah kata,"Eh,wujud jugak (Bulatan Gembira) *as kan?"
Saya hanya mampu tersenyum.Bagi saya,apa yang penting ialah ISLAM.Nama (NGO) yang kita bawa hanyalah sebagai lesen.
Eg:A ada lesen motorsikal,B pulak ada lesen keta.C lagi terer,ada lesen lori.Tapi,matlamat diorang tetap sama,nak bawak kenderaan tu dekat atas jalan jugak.
Conclusion:Kepada mereka yang masih belum ada 'bulatan gembira',carilah.Indahnya 'Bulatan Gembira' hanya boleh dirasai oleh mereka yang join sahaja.
"Katakanlah(Muhammad),"Jika kamu mencintai ALLAH,ikutilah aku,niscaya ALLAH mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu."ALLAH Maha Pengampun,Maha Penyayang.
(Ali 'Imran:31)
Monday, October 17, 2011
Perlu ke?
semua orang nak cerita pasal 4 flat.
semua orang nak cerita pasal kerjaya yang bagus2,duit gaji banyak2.
tapi,
ada ke orang nak cerita pasal indahnya syurga?
ada ke orang nak cerita pasal apa yang dah ALLAH takdirkan kat kita?
ada ke orang nak cerita pasal sahabat yang selalu tolong kawan dia?
perlu ke nak cerita pasal benda yang sementara?kenapa tak nak cerita pasal benda yang memang abadi?
pandai ke,tak berapa nak pandai ke,cepat ke,lambat ke,tu semua rezeki.ALLAH memang dah takdirkan dekat kita,UNLESS kalau kita tak usaha.
usaha tu memang kita kena ada.ALLAH dah janji,Dia akan bagi jugak dekat hambaNya selagi hambaNya tu berusaha.
letakkan hatimu di tanganNya 100%!
Monday, September 26, 2011
the one that i love
My father.
I should say that he is one of the most workaholic person I've ever met.We(my siblings and I) won't meet him on weekdays but usually we will have plans on weekends and that's how he spend most of all his time with us.
Should I say that he loves me the most?Well,of course he loves all of his children but he put EXTRA attention to me,maybe because I am the first daughter,literally and I inherit my mom's disease.Well,I think~
My mother.
If my father give his EXTRA attention to me,my mom will give her DOUBLE EXTRA attention.We share a lot of common interests.My mom is a housewife and I am really proud of it.Even though some people may label it as jobless but that jobless person teaches me a lot of meaning of life.And it was because of me and my younger brother that she decided to stop working,almost 14 years ago.
She is a great cook.Cakes,muffins,dishes.Just tell her and she will do it.(I miss her laksa!)
That's my parents.I really proud of them!
Wednesday, August 24, 2011
RIghtS~
Woman rights in Islam are the best. Like Syeikh Khalid Yasin said in his lecture, you should not ask non-Muslim women about how they feel of woman rights but you should ask Muslim women themselves.
Yesterday morning, I watched a show and they were discussing about woman’s rights in Islam. And one of the guests is Muslim and she really oppose things that so called no-woman-rights-in-Islam. One of her comments was a man can married up to four wives and a woman can only be married to one guy only. She even said Islam has no family planning. She said that if a man married to four women, and each wife has at least 3 children, how many children will they have as a family?(it’s kinda like maths to me..)
They also have comments on veils/hijab.They said that it is a sign of oppressions on women. A Muslim woman needs to cover all part of her body except face and two of her hands up to the wrist.
I love to watch these vids~
Sheikh Khalid Yassin-Muslim Women Have No Rights
A Funny Answer on Muslim Head Scarf Asked By Christian Lady
Monday, July 18, 2011
b-e-a-u-tiful
As I hear this song all long day through my MP,there's only one thing that keep playing in my mind.A story that I read long ago,through internet.About a blind man and a girl that has scar on her face.Few of friends already knew this,I always tell them about this sad story.Well,that girl take care of that man.And that man always imagined that this girl was like a princess,beautiful and kind of like,nearly prefect.But then that guy dumped that girl just because the scar that she has on her face.But surely that story has happy ending.I won't read it if it has sad ending~
Well,I just want to say that no matter how small,big,ugly,beautiful,tall,short,cute,mature or what ever things that people described you,the most important thing is to has a b-e-a-utiful heart.People may judge you through your outer appearance but I believe,there will be a person that love you because of your heart.
'Beautiful is subjective.'-Mat Lutfi
'Having a good body doesn't promise that you have a good mind.'-My sis.
Thursday, July 14, 2011
what did you do at home?
well,supposedly my friends will ask the same question when we have the new sem this September.keke..
what did i do?for almost a week,me at home,things that i have done was eating,shopping,drive my car and my Dad's car,watch Bleach..urm,what else..i guess i'm done.oh yeah!no more k-pop!i'm into j-pop lately.<3
everything happen for a reason,so with the time that is spend at home also have reasons.why i didn't get any works must have reasons.
with my time at home,i finished two books that i bought during exam period.Tuesdays with Morrie and For One More Day.
Both books give impact to me but the one that really make me change more is For One More Day.First time I read that book was when i borrowed it from USIM's library.My first impression,'what kind of book is this?'Then i looked at the back of the book and i borrowed it.I recommend any books by Mitch Albom to you because his books can motivate us,to become a better person.Especially For One More Day.
To those who live near with any bookstores,get this book A.S.A.P!
oh,don't forget to read Sirah Rasulullah ye,Qurratu'aini and reminder to myself too.(i dunno whether u read this post or not..hopefully u will)
that's all.danke!(it is right nadhirah?i think this is thanks in germany.)
Saturday, June 11, 2011
I
Saya tak cantik,saya ni overweight.
Saya tak sopan,kata2 saya pun selalunya kasar.
Saya tak alim,saya selalu dengar lagu Korea.
Saya tak pandai nak berlembut.
Saya selalu pendam perasaan saya.
TAPI
Saya sayang kawan2 saya.
Saya nak yang terbaik untuk mereka.
Saya nak diorang tahu betapa saya sayangkan mereka.
Sebab tu saya selalu ambik tahu pasal mereka.
Kalau saya tak amek tahu,saya mesti selalu cakap,
I don't care eeeee,
Cause I don't care.."
Tapi hati saya selalu terdetik,
I'm with you.."
Kawan2,saya sayang anda~
Friday, May 20, 2011
kisah saya-
Reunion dirancang,segalanya,alhamdulillah,berjalan dengan lancar.Hati saya sepanjang perjalanan hanya terdetik,aku ingin eratkan ukhuwah.Moga tiada apa yang terjadi.Allah perkenankan doa saya,syukur.
Rakan-rakan lain mula berkumpul.Seronok,sebab dapat berjumpa.Bertahun-tahun tak bersua.Tapi,ada lainnya.Saya akui seolah-olah dah tak mengenali siapa orang dihadapan saya.Saya tak tahu saya sedang berbicara dengan saya.Saya tak tahu...
Ketika sesi makan,seusai membaca doa,sempat saya bacakan doa Rabitah.Saya berharap suatu hari nanti,kami akan bersama memperjuangkan apa yang kami perjuangkan dulu.Insya-Allah..
Hari Selasa,saya balik ke Nilai.Ketika mengisi minyak di Shell,terbaca ini:
"Sila kembalikan nozzle setelah digunakan"
Dung~dung!Saya terkesima.Sedangkan nozzle ciptaan manusia perlu dikembalikan ke tempat asalnya,inikan pula kita.Hanya pada Allah kita kembali dan moga kita kembali dalam keadaan yang bersih dan suci dari dosa.
Perjalanan kali ini,penuh rintangan.Hujan yang turun tanpa henti dari Taiping membuatkan saya mengeluh beberapa kali dalam kereta.Kemudian,saya teringat kata ibu:
"Jangan mengeluh.Dugaan tu kita takkan dapat kalau kita tak kuat."
Perjalanan diteruskan.Gelap,sejuk,tak dapat digambarkan dengan kata-kata.Sesampainya di Shah Alam,matahari mula memancar.Saat itu,saya sangat bersyukur tatkala cahaya matahari mula menerjah ke muka saya.
Ya,Allah turunkan hujan untuk kita menghargai matahari.Segala kesusahan yang terjadi,pasti hikmah.


