Wednesday, February 29, 2012

Kahwin.

Satu topik yang takkan boleh lari dalam hidup saya.Siapa yang tak nak berkahwin kan?Pernah saya dimarahi (not really dimarahi tapi macam la~) bila saya kata saya lambat lagi nak kahwin!

Ikhwah ke?

Saya terlupa saya pernah cerita atau tak benda ni tapi saya nak ceritakan jugak!

Sebagai seorang ahli dalam bulatan gembira,saya sering diajukan soalan begini.

"Ya,nanti nak dengan ikhwah ke?"

Jawapan saya di mulut,"Kalau ada jodoh,insya-Allah."

Tapi di hati,"Kalau boleh,memanglah nak,tapi sapelah aku ni."

Sekarang,jawapannya yang sebenar,saya sudah ketemu.

Lepas habis exam final hari tu,bulatan gembira saya dan kawan2 ada buat mukhayyam.Tapi,disebabkan ada urusan keluarga,saya tak boleh join sekali.Jadi,bulatan gembira yang lepas,saya diceritakan apa yang menarik sepanjang mukhayyam tu.

Saya tertarik dengan someone yang bernama Zainab(nama penuh tak tahu sebab tak sempat nak ambik),yang hidup masa zaman Hassan al-Banna.

Dia berkahwin bukan dengan seseorang yang bukan berasal dari bulatan gembira tapi tetap menyokong perjuangan dakwah beliau.Perkahwinan tu bukan melemahkan semangat,tetapi membakar semangat beliau untuk terus berdakwah.

Pernah satu ketika,saya ditanya oleh seorang sahabat.

"Ikhwah ke x?"Dia bertanya.

"Tak tahu."

"Cer bayangkan.Kalau kahwin dengan ikhwah,mesti family kita nanti macam M,macam N.Tengokla mak ayah diorang macam mana.Ko tak nak ke macam tu?"

Saya senyum.

Ikhwah ke tak,itu bukan urusan kita.Kalau dah tertulis bagi kita untuk si ikhwah,ikhwah la jodoh kita.Tapi,jangan anggap kalau jodoh kita dengan seseorang yang bukan berasal dari bulatan gembira,maka tamatlah dakwah dan tarbiah kita!Anggap itu sebagai ujian dan kita cuba untuk membina baitul muslim bersama-sama.

Tak nak kahwin!

Antara kalangan sahabat saya,ada yang tak nak berkahwin (atau better said,belum terfikir ke arah tu lagi.)

Setiap kali ditanya,kenapa tak nak kahwin.Sebab nak jaga mak dan ayah!

Soalan ditanya lagi,habis tu nanti kalau mak dan ayah dah ninggal,ko nak duduk dengan sape?
Rumah orang2 tua,kalau adik2 aku dah tak nak aku.

Hebat,tapi seandainya jodoh dah sampai,jangan ditolak.

Hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud: "Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda: "Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya".

Selagi mak ayah redha,insya ALLAH,ALLAH pun akan redha dengan kita.

"Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa."
(25:74)


Sunday, February 12, 2012

Macam Mana Saya Kenal Dia

Masa saya kecik-kecik,saya suka baca buku.Saya tak suka dengar apa yang orang cakap.Still in rebellious stage.Kemudian,masa saya 5 tahun,mak hadiahkan saya buku.Saya suka buku tu sebab dia kecik dan ada gambar.Tapi masalahnya ada perkataan yang saya tak boleh sebut.

"Mak,macam mana nak sebut perkataan ni?"

"Perkataan apa?"

"Ni.Q.U.R.A.I.S.Y."

"Quraisy."

"Alah,susah nya!"

Jadi,sebagai solution,setiap kali saya membaca buku tu,saya akan membaca dengan kuatnya dan bila sampai ke perkataan tu,mak akan faham dan sebutkan untuk saya.Arigatou,oka-san!

Muka surat pertama buku tu ada menyebut tentang Muhammad.Saya tertanya-tanya,siapa Muhammad ni?

Kemudian,ada sebut pulak macam mana dia lahir.Saya tertanya-tanya lagi.Hebatnya manusia ni sampai dia lahir pun orang nak cerita!

Kemudian,cerita tentang kisah hidup dia.Tentang sahabat-sahabat dia.Abu Bakar,Umar.

'Dude,he is such a great guy!' Terdetik di hati saya sepanjang membaca cerita tu.

Kemudian,adik saya menjadi mangsa untuk story telling saya.Saya masih ingat bagaimana buku tu sampai 'lunyai' sebab saya asyik mengulang membacanya.Terkoyak,tak mengapa.Sellotape ada!

Kemudian,apabila berpindah ke tanah kelahiran,buku tu hilang.Saya pun tak tahu ke mana buku tu.

Masuk sekolah Darjah 1,saya dapat buku.Pendidikan Islam.

'I hope I can read about that great guy again!'But,another problem appeared.It was in Jawi and I learnt Jawi sooooo hard after that,just to read about that man.

Then,I learnt that he was not only great,but the greatest person ever lived in the world!

Setiap kali ustazah mengajar tentang Muhammad,mata saya akan bling-bling.Saya suka dia!Tidak,saya sayang dia!

Melihat ke'excited'an saya tentang manusia yang bernama Muhammad ini,ayah membelikan buku.Kisah Hidup Para Rasul.SSSSSannggggaaatttt tebal,tapi saya suka!

Hingga sekarang,masih ada banyak benda lagi yang membuatkan saya kagum dengan dia.

And this is how I knew him and I will learn more about him in the future,insya-ALLAH!
 
Copyright 2009 (>.<)