Friday, January 6, 2012

labuh vs pendek vs takder

Tahun 2012 dah menjejakkan kakinya.Tahun 2011 dah berlalu pergi.

Tahun 2012 dikejutkan dengan pelbagai perkara.(UPSI case,of course!)

Antara perkara yang membuatkan saya terkedu sekejap depan laptop ialah:

"Tahun 2012 menjelang!Saya nak bertudung sepenuhnya.Dah tanak bukak2 lagi dah!"

Satu post yang dipost oleh kawan sekolah saya dulu.Ya,kawan sekolah saya dulu.Walaupun bertitle dengan sekolah agama,dia tidak seperti sahabat yang lain.

::Kemudian..::

Gambar sahabat saya bertudung terpapar di skrin laptop kesayangan saya.Biasalah,orang baru nak bertudung.Namun,apa yang menyentap hati saya ialah ada komen yang berbunyi,

"Tudung jenis apa ni?!"

dan komen tersebut diberi oleh someone yang mempunyai 'Bulatan Gembira' dan sedang menuntut Pengajian Dakwah di sebuah negara Arab!

Kemudiannya,sebuah komen muncul.

"Baru nak test pakai tudung."

Sahabat Arab saya membalas,

"Patutnya hang kena pakai tudung dari dulu lagi.Bukan la ni,nak dekat kiamat baru nak tobat.Allah dah tak terima tobat hang dah~"

::Lagi::

Saya tengah tengok berita dengan sahabat2 saya masa berita tu tunjuk pasal budak2 baru masuk sekolah Darjah Satu.Mengimbau la kejap kenangan masa sekolah dulu.

"Eh,lama tak pakai baju sekolah tu.Yang skirt tu."

"Ya!Ko pakai ke skirt tu?"

"Yela.Korang tak pakai ke?"

"Aku masa sekolah darjah satu dah kena pakai tudung."

"Aku masa darjah ni..ni..ni.."

"Aku pulak.."

(Yelah,aku la yang jahil masa sekolah dulu!)

::Ingat!::

Ada sahabat saya pernah berkata,"Baikkah kita dengan wujudnya 'Bulatan Gembira'?Apa tujuannya kita join 'Bulatan Gembira'?"

No doubt,'Bulatan Gembira' itu baik,tapi jangan sesekali kita judge someone based on their appearance.Tidak menutup aurat itu masih satu dosa tapi ingat!Kita bukan Allah nak tentukan mana arah tuju kita masa depan nanti.

::kadang2::

"Nak pakai tudung labuh la.Nampak alim sikit."


"Hurm,nak pakai tudung labuh.Dia alim,nanti senangla aku nak dekat dengan dia."

Berubah kerana ALLAH is far more better than we changed because of human.

::Kenyataannya!::

Ada orang yang bertudung pendek tapi dia jauh lebih alim dari orang yang bertudung labuh.Penggantungan dia kepada ALLAH jauh lebih hebat dari orang yang 24 jam bertudung labuh.

Ya,dia bertudung pendek.Sekarang.Al-an.Masa kini.Tapi kita tak tahu masa depan dia macam mana.

"ALLAH does not judge you on how bad you have been in the past but rather on how good you strive to be now."

::Konklusi::


Hidayah yang ALLAH nak bagi dekat manusia boleh ada dalam banyak cara.Kita sebagai sahabat,cuba doakan yang terbaik untuk sahabat kita.Insya-ALLAH,doa muslim yang mendoakan muslim yang lain tanpa mereka mengetahui akan dimakbulkan.

Sahabat,saya doakan yang terbaik untuk kamu~(dan juga untuk saya!)
 
Copyright 2009 (>.<)