Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha..

PENAT!!

hari nie seharian masak dan masak dan masak..sebab esok dah RAYA!!he3..tu pown tak siap lagi masak..esok kena masak lagi..first tyme nak sambut raya kat sini..selalunya sambut di kampung..tahun ni,sebab my father pown cuti tak lama,jadinya kitorang satu family raya kat sini..


first tyme nak balut ketupat..he3..tak jadi pun..last2 my mom and dad yang siapkan..nak harapkan anak2..dh jadi ketupat lain tengok..

sementara menunggu 2,tengok la kejap citer 2012..memang dah lama simpan perasaan nak tengok citer neh..



at last,tengok jugak..okay la jugak citer dya..urm,nice grafix..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!

Friday, November 20, 2009

Tuhan itu Maha Tahu

Keputusan UPSR telah pun diumumkan beberapa hari yang lepas..sebagai kakak kepada calon UPSR,memang agak gementar untuk megetahui keputusan adik kesayangan..teringat pulak masa dulu2 ambil keputusan di sekolah..kecewa?sudah berlalu..

pintu dibuka dan sudahku tahu emak dan ayah sudah pulang..bagaikan announcement,emak berkata, "dia dapat 4a..okay la 2.."

disebabkan emak dan ayah terpaksa pula bergegas ke kedah untuk mengambil seorang jejaka di MRSM,aku ditinggalkan dirumah keseorangan..tidak lama kemudian,telefon berdering..ku ingatkan panggilan dari emak..rupanya bukan..nombor yang tidak kukenali..selalunya,kalau unknown call,aku akan berikan kepada orang yang terdekat..hehe..malangnya,tiada orang di rumah lalu ku angkat..

"assalamualaikum.."aku memulakan bicara.
"wasalam,long." kutahu siapa di talian.
"Long,orang dapat 4a."
"tahu."
"woh.okay.saja ja nak gitau.assalamualaikum."telefon diletak.hampeh,tak sempat nak jawab.

kemudian,emak pulak menelefon.waah,famous jugak eden neh.ku ceritakan perihal tadi kepada emak.emak membuka cerita.sebenarnya,masa di sekolah,sewaktu mengambil keputusan,dia sudah berderai air mata.aku faham kenapa dia meletak telefon.

Tuhan itu Maha Tahu.apa yang terbaik untuk kita,Dia sudah tetapkan.apa yang telah terjadi,ada hikmahnya.kadang2 kita sebagai manusia sering menyalahkan takdir seandainya perkara yang tidak kita inginkan berlaku.

bersyukur dengan apa yang ada..mungkin ada cahaya yang sedang menunggu kita di hujung perjalanan..

Monday, November 9, 2009

tired!

salam kepada semua readers!
at last,muet pown habis!tamat suda..he3..masa exam tu sebenarnya dah tertido..mana tak nya,perjalanan dari penang ke n9,dah berjam-jam..stay kat dalam keta nya lagi..dengan demam bola nya lagi..hek3..letih2..
tapi pa2 pown,harap dapat la result yang setimpal dengan usaha selama ni..

masa balik dari sana,disebabkan perut ni kosong,ayah bawak kitorang makan sate kajang..yummy..selama ni makan kat sg buloh jer..hek2..makan banyak sangat..perut dah bunyik kan..hentam je la labi..

on the way,dari kl sampai perak,hujan non stop..sejuk..

Sunday, November 1, 2009

siapa pemilik cintaku?

assaalamualaikum kepada semua readers..
syukur,masih lagi diberikan masa dan ketika untuk meluangkan waktu dengan blog neh..
ou
pagi ini dimulakan dengan senyuman para ahlul bait,usrati..sesampai di lapangan terbang pulau pinang semalam,disambut oleh ayah yang sentiasa mengejar masa..syukran ya abi..
dirumah,ibu menyambut kepulanganku dengan menu masakan yang cukup istimewa,he3..laksa penang..

kemudiannya,pada hari ini,telah meghabiskan masa dengan para asdiqa yang telah lama tidak ketemu..rakan2,betapa aku merindui kalian..
namun,hati ini bagai berderai melihat perkara yang tidak terduga..langsing tidak menduga..
biarlah rahsia dalam hati ini apa yang tidak terduga itu..

hati ini sedikit terubat apabila menjejakkan kaki ke hadiqah alkutub di prangin..he2,apa lagi kalau bukan POPULAR yang memang popular..tujuan hanya satu,ingin mencari buku2 ilmiah,mencari buku2 cinta kepada Yang Hakiki,bukan cinta kepada yang hamba yang hanya mimpi..

terjumpa buku yang memang dicari,Pemilik Cintaku Selepas ALLAH & Rasul by Fatimah Syarha..terasa macam nak melompat jer kat situ sebab cari buku ni memang adventurous giler..smpai terduduk ats lantai POPULAR 2 dah sebab kedudukan buku ni macam tersorok sikit..kemudian,terjumpa pulak novel Wo Ai Ni ALLAH..paham maksudnya?AKU CINTA KAMU ALLAH..nice story..

sampai jer kat rumah,my mom dah cakap,"tu dah mula nak muraja'ah la 2.."he3..Yaya bila dah baca novel memang tak ingat dunia dah..akhirat insya allah,ingat..

novel pertama,Pemilik Cintaku..novel yang sesuai dibaca oleh semua peringkat umur..he3..especially for them who are claiming that they are in love without any halal relation..

terus terang Yaya katakan,diri ini rasa macam kecewa sangat2 bila tengok kawan2 disekeliling yang telah buta disebabkan cinta..

diri ini bukan diri yang dulu,
di saat diri ini berubah,aku telah bertekad,
tiada lagi cinta manusia dalam hati..

diri ini bukan diri yang dulu,
saat diri ini berubah,aku telah berjanji,
cinta?tinggal dulu..
belajar?itu yang perlu..

learn from now..

perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..
 
Copyright 2009 (>.<)