Monday, August 23, 2010

notes to that person


dear that person,
you are not the one.sorry kalau terasa tapi yang pastinya awak bukanlah orangnya.okay?

p/s : teruskan argument,hidup terasa tak lengkap kalau awak tak bertanya soalan killer untuk satu minggu.yelah,kita jumpa seminggu sekalik jer..and saya dengan ini berjanji takkan memberi apa2 respons kepada soalan anda..he3..melainkan saya sendiri yang nak menjawab soalan tu..saya juga nak mintak maaf kalau awak dah terasa dengan apa yang saya buat yer..

Sunday, August 15, 2010

Panggillah Sahabatmu Dengan Nama

Satu hari,ketika kaki melangkah ke arah bangunan yang lain dari yang lain,terselisih dengan segerombolan manusia.

"Oit,engkau..bla..bla.."Sahabat di sebelah berkata,"Kesian kawan dia,macam tak der nama.Panggil oit je.."

"Sebab tu la P. Ramlee cakap bahasa menunjukkan bangsa."sampuk diriku.

Penggunaan oit,oi atau perkataan yang sama waktu dengannya amatlah ditengah dalam Islam kerana Islam itu sendiri telah pun menyediakan garis panduan yang betul dalam etika bersahabat.

Dan Allah berfirman :
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain.Boleh jadi mereka yang diolok-olok lebih baik daripada mereka yang
mengolok-olok. Jangan pula para wanita mengolok-olok wanita-wanita lain. Boleh jadi wanita-wanita yang diolok-olok lebih baik daripada para wanita yang
mengolok-olok. Janganlah kalian mencela diri kalian sendiri. Jangan pula kalian
saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah
(panggilan) yang buruk sesudah iman. Siapa saja yang yang tidak bertaubat, mereka itulah orang-orang yang zalim "(Al-Hujurat[49]: 11).

Dari ayat ini,dapat kita simpulkan bahawa etika bersahabat itu ada 3 perkara.

Pertama : Janganlah kita mengejek-ejek kaum/orang lain.Secara naluri,manusia memang tidak suka diejek dan perkara tersebut boleh menimbulkan kemarahan.

Kedua : Janganlah mencela saudara sendiri meskipun celaan itu ialah fakta.Biasanya,cela dan ejek ini berpangkal apabila orang yang mencela menganggap dirinya lebih sempurna berbanding dengan orang yang diejek,yang dianggap lebih rendah dan lebih buruk.Padahal,mana tahu,orang yang disangka lebih rendah itulah yang paling tinggi kedudukannya di hadapan ALLAH.

Ketiga : Janganlah memanggil saudaramu dengan panggilan yang tidak disukainya.Jadi,tanyalah sahabat anda panggilan apa yang patut digunakan untuk memanggilnya.

Rasulullah pernah bersabda:
Ada tiga perkara yang menggambarkan kecintaanmu kepada saudaramu: kamu
mengucapkan salam kepadanya ketika bertemu dengannya; meluaskan tempat untuknya dalam majlis; memanggilnya dengan nama yang paling disukainya (HR al-Hakim )

Oleh itu,sebagai ringkasan,ikutilah adab2 dalam pergaulan yang sememangnya amat berguna dalam kehidupan seharian kita.Kepada mereka yang 'diserempakkan' pada hari itu,moga2 kalian berubah.Ingat,mungkin sahabat anda tidak menyenangi panggilan itu biarpun dia tidak berkata apa-apa.Jadi,cara yang lebih selamat,panggillah dia dengan panggilan yang sedap didengar,ye!

Live your life to the fullest and you will get what you want!

Sunday, August 8, 2010

ragam manusia..

inilah yang dikatakan sebagai manusia.apabila menganggap diri sudah mencapai awan,dia akan lupa kepada rumput yang pernah dia pijak.

kepada dia yang terasa,jangan anggap diri terlalu hebat.ingat,ada Yang MAHA HEBAT.memang saya akui (wah,cam skema yer..) yang awak tu pandai tapi awak tak sepatutnya insult orang lain sebelum awak tahu apa pangkalnya.dan tolong jaga attitude awak.jangan disebabkan awak dah pandai,maka awak katakan semua orang itu bodoh!

if you have a bad attitute,the world will turn you down,no matter how smart you are.what goes around,comes around.what goes up must comes down.(saper yang tahu ni amek dari mna,diam ek..)

behave and please mind your manners!

p/s: maaf ye.blog terpaksa dijadikan tempat untuk melepaskan geram sebab takut kalau lepaskan geram ni dekat orang,lembik orang tu nanti.he3..
 
Copyright 2009 (>.<)