Tuesday, January 27, 2009

Rama-Rama dan Wanita

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.


Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Tuesday, January 20, 2009

Islam makin bersinar di Eropah

Beratus-ratus masjid baru dibina ketika banyak gereja terbiar BENUA Eropah yang menjadi antara lubuk sentimen Islamphobia yang dihangatkan lagi dengan rentetan cubaan serangan terbaru di Britain, baru-baru ini, sebaliknya semakin diterangi sinar Islam menerusi projek pembinaan beratus-ratus masjid baru. Setakat ini, di Britain saja ada sebanyak 1,500 masjid manakala 10 di Perancis, lapan di Sweden, empat di Hungary dan dua di Russia termasuk Masjid Qolsharif di Tatarstan yang menjadi masjid terbesar Eropah pada masa ini. Projek pembinaan masjid baru dari Jerman ke Sepanyol dan Britain, sekali gus membuktikan keberanian masyarakat Muslim menonjolkan identiti sebenar mereka, tanpa perlu rasa takut mahu pun terancam dengan perkembangan di sekeliling mereka.

Lebih menarik, jika dulu mereka terpaksa secara rahsia menunaikan solat di bilik gelap di bahagian paling bawah bangunan kerana bimbang dicemuh, keadaan sekarang sebaliknya. Mereka yang kebanyakannya golongan pendatang dari Turki dan Afrika Timur, bukan setakat berani keluar masuk masjid, malah bekerjasama mengumpul dana dan bersatu hati menghadapi sebarang dugaan bagi memastikan masjid yang diingini dapat menjadi satu realiti. Malah, seperti dilaporkan media Barat baru-baru ini, kehadiran kubah masjid terbesar di Jerman misalnya, semakin menenggelamkan menara gereja – petunjuk keyakinan baru ke atas Islam ketika gereja pula semakin terbiar di negara Eropah itu.



Di Jerman saja, sehingga 184 masjid baru kini dalam proses pembinaan termasuk di daerah Kreuzberg, Berlin. Keadaan jauh berbeza jika dibandingkan bertahun-tahun lalu apabila 180 rahib kumpulan Katolik Sisters of the Divine Savior diibaratkan sebagai nadi di bandar itu. Malangnya, hari ini mereka cuma tinggal 8 orang. Setiap minggu, purata 150 penganut Roman Katolik menghadiri perhimpunan di Gereja Liebfrauen berbanding kira-kira 3,000 Muslim memenuhi Masjid Yavuz-Sultan-Selim. Sejak pembukaannya pada 1995, kehadiran kedai dan pusat belia Muslim menjadi ‘besi berani’ bagi kalangan penduduk Islam.

Di sekitar Eropah, Islam yang juga agama paling pesat berkembang, semakin ketara dan jelas kewujudannya berbanding satu ketika dulu apabila ia diamalkan secara senyap-senyap. Perubahannya bukan menyentuh aspek seni bina pada bandarnya, tetapi juga nilai sosial masyarakat setempat. Dalam apa dirujuk sebagai lambang integrasi Muslim, fenomena kemunculan ketara Islam ini turut dilihat sebagai bukti yang dunia Islam jelas mengancam budaya Kristian Eropah. “Masyarakat Muslim sudah berani keluar menonjolkan diri mereka yang sebenarnya,” kata Claus Leggewie, pakar Sains Politik Universiti Giessen, Jerman. Kenyataannya itu berdasarkan kajiannya mengenai evolusi landskap dan binaan masjid di Jerman. “Menerusi projek pembinaan masjid yang besar sedemikian, mesej yang mahu disampaikan (umat Islam) adalah kami di sini. Kami mahu menjadi sebahagian landskap simbolik Jerman. Kami ada di sini dan akan terus kekal di Jerman,” kata Leggewie. Pembinaan masjid besar dari Cologne, Jerman sehingga ke Amsterdam (Belanda) dan Seville, Sepanyol, berdepan bantahan keras penduduk dan pemimpin tempatan yang mendakwa ia lubuk menghasilkan pengganas. Lebih menyedihkan, apabila ada kalangan umat Islam yang meragui pembinaan masjid itu. Ini dibuktikan dengan kenyataan ahli keluarga dua suspek keganasan di Glasgow, Scotland yang mendakwa suspek itu dilatih menjadi radikal oleh kumpulan pendakwah Tablighi Jamaat (Jemaah Tabligh) – kumpulan sama yang sedang hebat memperjuangkan hak bagi pembinaan kompleks Masjid Besar London di tanah seluas 18 ekar. Malah, pembinaannya berhampiran stadium Olimpik 2012, juga bakal mencatat sejarah sebagai masjid terbesar Eropah. Kewujudan bangunan seumpamanya jelas berbeza daripada ruang bawah tanah gelap dan kecil yang menjadi tempat jemaah seperti Halif Kuzpinar menunaikan solat Jumaat, sejak 33 tahun lalu selepas dia berhijrah dari Turki ke kawasan di Frankfurt, Jerman.



Siapa sangka, pergerakan Islam yang dianggotainya itu dapat membeli sebuah pasar raya di penempatan bandar Wiesbaden, di tengah Jerman. “Di sini ada tempat letak kereta, pusat kanak-kanak dan untuk golongan belia. Kami mahu mewujudkan pusat setempat bagi membolehkan orang ramai melihat apa yang sebenarnya kami lakukan di sini,” kata Kuzpinar. Berikutan kewujudan tempatnya sendiri, Mili Gorus – sebuah pertubuhan hak asasi Islam Turki yang dipantau kerajaan Jerman, mahu memiliki sesuatu yang tidak pernah dikecapinya iaitu pengiktirafan rakyat di negara yang sudah menjadi tanah air mereka. Namun, usaha murni itu berdepan bantahan keras. “Ia sepatutnya dijual sebagai sebuah pasar raya, bukannya masjid,” kata Wolfgang Kopp, pemilik pangsapuri di seberang premis itu. Beliau bersama jiran lain, berjaya menghalang usaha menjadikan bangunan pasar raya itu kepada masjid, tetapi hanya untuk sementara waktu. Ini disebabkan, Perlembagaan Jerman jelas menyatakan semua agama boleh memiliki tempat ibadatnya sendiri.

Sejak menjejakkan kaki di Jerman, golongan pendatang seperti Kuzpinar, terpaksa bersolat di bilik gelap yang menjadi simbol kegelapan masyarakat Islam yang tersepit di antara kebebasan mengamalkan agama serta budaya masyarakat setempat di negara yang menjadi tanah air mereka. Kini, generasi ketiga yang semakin berjaya, saling berusaha dalam projek pembinaan masjid yang lengkap dengan menara. Jika 10 tahun lalu cuma wujud sebilangan kecil saja masjid, Jerman kini menyaksikan 159 masjid manakala 184 projek pembinaan masjid baru, mengikut Institut Arkib Islam Jerman. Aachen, bandar Jerman yang didiami 257,000 penduduk di sempadan Belgium dan 9 peratus masyarakatnya beragama Islam, baru saja memberi kelulusan pembinaan masjid besar. “Ia petanda yang masyarakat Muslim menjadi sebahagian anggota penting masyarakat,” kata Datuk Bandarnya, Jurgen Linden. Kata-katanya terbukti benar apabila Islam yang ingin ditonjolkan sebagai agama pengganas, sebaliknya semakin hari semakin mendapat tempat di hati ramai anggota masyarakat – tanpa perlu kempen besar-besaran mahupun mencela agama lain yang sudah bertapak kukuh di negara Eropah terbabit. Hasil kerjasama dan kesabaran di kalangan Muslim sudah cukup menjadi bukti keagungan Islam sebagai agama keamanan dan kemunculan kubah masjid mengatasi menara gereja di Jerman hanyalah antara permulaan awal kebangkitan sinar Islam di bumi Eropah.


Kitab Bible

1) ‘Bible’ berasal daripada perkataan Greek ‘Biblos’ yang bermaksud Collection of Books (himpunan beberapa buah buku).

2) Ini adalah kerana kitab Bible merupakan sebuah buku besar yang menghimpunkan beberapa buah buku kecil yang ditulis oleh penulis-penulis yang berbeza.

3) Kitab Bible terbahagi kepada 2 bahagian; The Old Testament (Perjanjian Lama) yang mengandungi 39 buah buku kecil, dan The New Testament (Perjanjian Baru) yang mengandungi 27 buah buku. Maka jumlah kesemua buku-buku kecil di dalam kitab Bible adalah 66 buku menurut mazhab Protestant. Manakala bagi mazhab Roman Catholic pula, mereka menambah 7 buah buku lagi ke dalam kitab Bible mereka dan menjadikan jumlah keseluruhannya 73 buah buku.

4) Kitab Bible mempunyai beberapa versi yang sangat berbeza antara satu sama lain. Antara versi yang terkenal adalah King James Version, Revised Standard Version dan kini, New International Version.

http://www1.istockphoto.com/file_thumbview_approve/2225862/2/istockphoto_2225862_plus_and_minus.jpg


5) Perbezaan versi kitab Bible adalah sangat berbeza dengan perbezaan versi terjemahan Al-Quran, kerana perbezaan versi terjemahan Al-Quran hanyalah melibatkan perbezaaan dalam pemilihan kata yang sesuai dan ianya bergantung kepada penterjemah itu sendiri. Manakala perbezaan versi di dalam kitab Bible pula melibatkan penambahan serta pengurangan ayat yang difikirkan sesuai oleh golongan cerdik pandai mereka.

6) 5 kitab pertama di dalam Old Testament; iaitu Genesis, Exodus, Leviticus,Numbers & Deutronomy, dipercayai oleh penganut Kristian sebagai telah diwahyukan kepada Nabi Musa a.s. Namun ianya bukanlah kitab Taurat sepertimana yang diimani oleh umat Islam, kerana jika dikaji dari sudut bahasa, ia merupakan catatan sejarah yang sebenarnya ditulis oleh pihak ketiga, bukannya oleh Nabi Musa a.s. sendiri.

7) Manakala 4 buku pertama di dalam New Testament pula; iaitu Matthew, Mark, Luke & John, dinamakan sebagai Gospels; iaitu kitab yang mencatat perjalanan hidup Nabi Isa a.s.

http://www.montenegro.org/pictures/abeceda.gif


8) Old Testament yang asal dipercayai telah direkodkan menggunakan bahasa Hebrew (Ibrani), manakala New Testament pula dipercayai telah direkodkan menggunakan bahasa Greek. Kemudiannya ianya telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa dari seluruh dunia, termasuklah bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan bahasa Arab.

9) Konsep kepercayaan golongan Kristian terhadap Kitab Bible adalah sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan konsep kepercayaan umat Islam terhadap Al-Quran.

10) Mereka tidak berpegang kepada konsep ‘Verbal Revelation’ (wahyu secara harfiyyah atau perkataan demi perkataan) sepertimana yang umat Islam percaya terhadap Al-Quran.

11) Bagi umat Islam, wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t. melalui perantaraan Jibrail a.s. dalam bahasa Arab kepada Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan berubah kandungannya, mahupun struktur ayatnya walaupun satu huruf sehinggalah hari Kiamat. Perbezaan akan wujud hanya di dalam versi terjemahan yang berbeza, kerana penterjemah yang berbeza semestinya mempunyai pemilihan kata yang berbeza.

http://www.nalsofmichigan.org/images/Great%20Idea.jpg


12) Namun bagi golongan Kristian, mereka mempercayai bahawa ‘Holy Spirit’ atau ‘Ruhul Qudus’ (dipercayai sebagai elemen ketiga dalam konsep trinity selain Tuhan Bapa & Jesus) telah memberi ilham kepada individu-individu tertentu untuk menulis wahyu yang hendak disampaikan berdasarkan kefahaman masing-masing.

13) Kerana itulah para pengkaji Bible amat pelik melihat persamaan teks (perkataan demi perkataan) yang terdapat antara 2 Kings 19:1-37 dan juga Isaiah 37:1-37. Tidak mungkin 2 individu berbeza yang jarak masa antara satu sama lain menjangkau ratusan tahun (kerana 2 Kings merupakan salah satu buku daripada Old Testament, manakala Isaiah merupakan salah satu buku daripada New Testament) mempunyai pemilihan kata yang sama dalam mengarang sesuatu teks tertentu secara kebetulan.

http://sociology.camden.rutgers.edu/jfm/plagiarism/plagiari.jpg


14) Dalam undang-undang penulisan dan karangan, ianya dinamakan sebagai ‘Plagiarism’ atau ciplak.

15) Terdapat juga beberapa buah buku di dalam New Testament (seperti Hebrews) yang sehingga kini masih belum dapat dikenal pasti lagi siapakah penulisnya.

Monday, January 19, 2009

Kisah Seorang Anak Palestin

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid(ayah dalam bahasa Arab) yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk, walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru. Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik.

http://www.atlastours.net/holyland/al_aqsa_mosque.jpg

Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain- lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar. Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad s.a.w. pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid, kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul- betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk, adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.

http://wasalaam.files.wordpress.com/2006/07/bebek_namaz.jpg

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut.

Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik.

http://www.mpjc.org/images/palestine.jpg

Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!" Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.

Adik tanya ummi, mana perginya walid. Ummi diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk." Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum. Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja.

Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium abang berkali- kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik, usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" Tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil. " terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata.

http://www.schnews.org.uk/sotw/images_sotw/palestine-boy-tank.jpg

Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, Kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad s.a.w. pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar, nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad s.a.w. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad s.a.w. Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang- kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al- Quran. "Bismillahirrahmani r rahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh- sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar.

"Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid" muncul Mak Cik Fatima di depan rumah.

"Anakmu, anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar. Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil. Bukan. .Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang. Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain.

Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal. Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut.

Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus- putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad. .Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar diwajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba- tiba... .. "Muhammad!!! ! !!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik.

Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit. "Ummi.adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran. Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.

Wassalam.

Sepagi Bersama Buddhist

"Kamu bersolat lima kali sehari, bukan?" Gadis Cambodia itu lancar berbahasa Inggeris. "Ya, saya solat lima kali sehari" kututup buku yang menjadi agenda utama pertemuan santai pagi itu. "Apa yang kamu buat ketika bersolat? Ada colok seperti kami?" Tanyanya, cukup innocent. Aku tersenyum, lantas menyatakan dengan bangga, "kami menurut perintah Tuhan dengan solat pada tiap-tiap waktu khusus seperti yang diarahkan. Ambil wudhuk dan solat, ketika itu hanya ada saya dan Tuhan"

"Kami ada sami yang bersolat setiap waktu di ‘pagoda', kami ada hari holy yang mengumpulkan kami sembahyang di pagoda, tetapi bukan wajib untuk semua, dan tentunya itu bukan menjadi agenda pilihan bagi yang muda-muda seperti kami. Itulah hari yang disediakan untuk orang-orang tua yang perlu bersedia untuk kehidupan seterusnya" dia menjelas, mengupas satu persatu. "Bagaimana kalau yang muda mati dulu? Contohnya, accident? Bukankah dia belum bersedia dengan amalan untuk mati?" Aku bertanya, benar-benar ingin membaca fikirannya. "Apa lagi yang mampu dibuat? Itu saja amalan yang kami mampu" jawabnya dengan riak sedikit cuak. Aku sendiri terasa agak kejam bertanyakan soalan begitu.

"...Ketahuilah, Islam agama sebenar. Allah itu Satu. Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah. Akhirat itu pasti. Kau kan rasakan nikmatnya berada dalam Islam. Ketahuilah! Ini agama yang benar..."

Itu yang ingin ku katakan, tetapi hanya hati yang berbisik kencang. Terbayang ketika Saidina Abu Bakar yang baru beberapa lama memeluk Islam, bercerita terus menerangkan perkhabaran gembira pada Bilal. Perkhabaran tentang Islam. Seakan gembira mendapat ganjaran besar dan lumayan, lantas ingin dikongsikan pada semua supaya kemanisannya dapat juga dirasa.

"Ini hijab, bukan?" Jari-jarinya menyentuh hijabku. "Lembutnya" katanya, aku kemudian mengangguk dalam senyum. "Kamu ada rambut?" tanyanya. "Sudah tentu" aku tersenyum, tak tersangkakan sampai begitu sekali kepelikannya pada yang berhijab. "Kamu tahu, saya sangat teringin melihat rambut kamu. Hitam kah? Panjang kah?" "-Aku menjawab sekadar yang boleh diberitahu tentang diskripsi rambutku-". "Pasti sangat cantik, rugi orang lain yang tidak dapat melihatnya" aku kira itu sudah menjadi pendirian masyarakat umum. Malah umat islam sendiri ada yang tidak mahu bertudung, lantas menggayakan rambut dengan hebat pada khalayak ramai. Kecantikan perlu dihebahkan dan ditayangkan pada semua. Untuk apa disimpan? Itu kata mereka yang tidak berpegang pada al-Quran. "Keluarga saya, adik-adik lelaki saya, ayah saya, adik beradik lelaki kedua ibu bapa saya dan semua perempuan muslim yang lain diizinkan melihat rambut saya. Rasanya, sudah cukuplah mereka saja yang menikmati "kecantikannya", dan lelaki yang bukan dari family saya, hanya suami yang bakal melihatnya. Tiada yang lain dari itu" aku menjelas. Dia menundukkan mukanya merapati wajahku, cuba mengintai rambut melalui bukaan tudung di atas wajahku, mengharapkan dapat melihat cebisan rambutku, walau sedikit. Aku menutup mulutku dengan tangan, menahan tawa. "Apa yang kamu cuba lakukan?" aku tertawa, "saya ingin melihat rambut kamu, malah anda juga punya "itu" (menuding ke arah serkup yang kupakai, yang membantu aku menutup auratku sehabis mungkin), sedikit pun tiada yang diizinkan dilihat?" Dia turut menunjuk ‘arm-socks' yang kupakai. "Kamu sangat tertutup" dia berkata. "Cukuplah sekadar kamu melihat riak muka saya yang ceria ini" saya berkata dengan nada gurau. Dia membalas dengan ledak tawa. Lantas kami menutup mulut kami sendiri, bila menyedari ada wajah yang berpaling. Baru teringat, kami berada di dalam library, yang tinggal hanya mata kami yang mengecil dan ketawa yang berdecit. "Baiklah, riak ceria dan ramah kamu sudah cukup untuk saya" ulasnya jujur.

"Dari mana kamu tahu perihal undang-undang ini?" Tanyanya pelik melihat aku yakin dengan guideline yang aku kemukakan. Seakan ada wujud akta yang menggariskannya. "Dari ayat-ayat Tuhanku, dari Al-Quran. Panduan utama hidup kami untuk menuju ke Syurga. Kamu tidak punya guideline?"

Dia terdiam menggeleng. "Kami hanya perlu berbuat baik kepada manusia. itu yang bakal menghantar kami ke syurga". Semudah itu untuk ke Syurga. Bukankah Syurga itu sesuatu yang terlalu indah untuk dicapai dengan mudah? Aku bermonolog sendiri. "Apa maksud kamu dengan berbuat baik? Agama kamu terlalu umum. Tiada guideline tentang perbuatan baik itu?" Aku sendiri pelik, jika tiada kitab bagaimana mungkin mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan? "Tidak melakukan kerosakan, tidak mencuri, tidak membunuh dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain, itulah dia kebaikan. Rasanya semua sedia maklum pada terms berbuat kebaikan. Semua mesti tahu. Jadi, tidak perlukan guideline" aku tersenyum. "Kamu pasti mengagumi al-Quran kami yang penuh dengan guidelines, dan pasti kamu terkejut membacanya kerana apa yang kamu fahami tentang "kebaikan" itu hanyalah secebis dari al-Quran. Banyak lagi perkara "baik" yang tidak diketahui tanpa merujuknya" aku menjelas, tersenyum, bangga, bersyukur, dikurniakan hidayah atas agama Allah.

"Kamu ada sami yang duduk di tempat ibadah seperti kami?" Dia bertanya. "Apa yang dilakukan oleh sami kamu?" Aku meminta penjelasannya. "Menghambakan diri mereka pada Tuhan. Mereka tidak berkahwin, tidak bersuka ria" dia menjelas. "Oh, dalam Islam, semua Muslim memainkan peranan seperti sami kamu, cuma kami boleh menjalankan aktiviti seperti biasa. Kami boleh berkahwin, belajar, berhibur dalam jalan yang diizinkan Tuhan, dan membuat apa-apa aktiviti yang manusia lain buat. Tetapi dalam setiap perbuatan itu, kami tahu dan sedar bahawa kami ini hamba Tuhan. Malah dalam tiap ketika kami merasa kerendahan hati menjadi seorang hamba, tiada perbezaan dalam amalan setiap seorang Muslim itu. Al-Quran bukan hanya diturunkan untuk golongan tertentu. Semua Muslim wajib menurutinya" kadang-kadang aku sedikit terlost mencari ayat yang sepatutnya aku perkatakan. Sungguh! sangat susah, kini kurasakan betapa dhaifnya aku dalam berbahasa inggeris.

"Maknanya, dalam agama kamu hanya sami yang boleh masuk Syurga tertinggi?" Aku 'menembaknya' dengan tenang, dengan senyuman. Sungguh, dia terkedu lagi, "semua boleh masuk ke Syurga yang sama" jawabnya. Aku sekadar tersenyum, membiarkan dia berfikir. "Kami punya utusan yang membawa ajaran dari Tuhan, Muhammad S.A.W. Peranannya adalah untuk menyebarkan risalah Tuhan, al-Quran" aku sekadar membantunya berfikir. "Dan dia seperti manusia lain? Boleh berkahwin, bekerja dan sebagainya?" Dia bertanya. lantas aku mengangguk, mengiyakan."Dan kini, al-Quran dan segala ajaran Tuhan sampai kepada kami. Peranan Nabi Muhammad disambut dan diteruskan oleh semua Muslim. Menyampaikan risalah Tuhan. Jika tidak, pasti saya tidak memperoleh keyakinan dan keimanan pada agama saya seperti tika ini, dan kini, tanggungjawab itu, saya sendiri pikul. Saya juga wajib meneruskan perjuangan Nabi saya. Menyampaikan" aku menarik nafas, memikirkan perkara yang perlu dicover lagi. "Kamu tahu, misi kami semua hanyalah membawa manusia kembali kepada al-Quran. Supaya manusia ada pegangan. Bukan hanya mengikut-ikut budaya persekitaran", dia diam mendengar dan kadang-kadang tersenyum. Kurasakan pandangannya agak sinis, tapi, husnuzzon.. as long as dia masih berminat mendengar, itu sudah cukup baik. Moga Tuhan melemparkan cebisan hidayah padaNya, dan keterusan hidayah buatku.

"Bagaimana hubungan kamu dengan lelaki?" Dia bertanya, lantas bercerita bagi pihaknya. "Kamu tahu, saya juga tidak bercakap kosong dengan mana-mana lelaki, dari kecil, hinggalah ke sekolah menengah dan sekarang saya baru belajar untuk berbicara yang penting sahaja". Aku sendiri kagum dengan kata-katanya, sememangnya nampak, dia seorang yang pemalu. "Apakah itu yang digariskan dalam agama kamu?" Aku bertanya meminta penjelasan. "Tidak, itu hanyalah budaya, adab dan kesopanan. Pada zaman dulu, perempuan-perempuan kami hanya duduk di rumah, tidak terdedah pada dunia luar, tidak bercampur gaul dengan lelaki-lelaki lain yang tidak berhak. Tetapi budaya itu telah makin hilang, tiada lagi budaya sepertinya, cuma keluarga saya masih menerapkannya" dia menjelas. Aku tersenyum, menghormati pendiriannya, tetapi, sudah menjadi tanggungjawabku untuk memperkatakan yang benar.


"Sungguh, saya kagum dengan kamu, kami juga dilarang untuk bercampur gaul dengan lelaki-lelaki tanpa tujuan penting. Tetapi, ini bukanlah budaya yang boleh diubah-ubah, itu adalah arahan Tuhan. Biar kami hidup dan dicampakkan di tempat semaju mana pun, pegangan itu tidak boleh diubah. Wajib untuk kami patuhi, sampai bila-bila pun". "Kamu sangat yakin dengan Tuhan kamu, dan dengan ketegasan ayat-ayat Tuhan kamu" dia pula seakan kagum mendengar hujah-hujahku. "Sudah tentu, sudah tentu kamu juga begitu terhadap agamamu, bukan?" Dia diam dan mengangkat bahu.. "well..." Itu saja yang terpacul keluar dari mulutnya.

"Bagaimana kamu boleh sangat yakin dan tidak sedikitpun merasa terbeban dengan aturan-aturan yang banyak dari Tuhan kamu?" Dia bertanya. "Setiap perbuatan kamu ada guideline. semua yang kami buat, tidak semua anda boleh buat. Tidakkah kamu berasa marah atau terpinggir?"

"Jika kamu mengucapkan kalimah syahadah, apa yang bakal kamu rasai, hanyalah keyakinanmu pada Tuhan, dan Muhammad S.A.W sebagai utusan. Al-Quran bakal mendidik jiwa dengan keimanan. Keyakinan dan keimanan pada Tuhan itulah yang membuatkan kamu tidak pernah ragu pada kata-kata-Nya. Tidak akan pernah rasa terbeban, malah sebagai satu keindahan. Kami tidak rasa terbeban, malah kami sangat takut dan berhati-hati jika kami ada melanggar perintah Tuhan, kerana kami sangat berharap mendapat keredhaan Tuhan dan akhirnya ke SyurgaNya. Dengan keyakinan inilah segala-galanya tumbuh menjadi amalan. Mungkin kamu merasa pelik, kerana kamu tidak pernah merasai sepertimana apa yang kami yakin pada Tuhan kami. Tetapi, bagi yang baru mengenal Islam, "kepercayaan" dan "keyakinan atas kepercayaan" itulah yang dididik dari awal. Bukan setakat do's and dont's" aku menjelas panjang lebar.

"Panjangnya kita bercerita, kamu masih mahu berbincang tentang kerja kita ini?" Dia bertanya seakan mahu pulang cepat. "Saya rasa sudah cukup untuk hari ini, kita sudah tahu apa yang perlu kita lakukan" Aku meraikan keinginannya itu. "Dalam masa dua minggu... heih.. kamu rasa, mampukah kita siapkan sebelum due date?" Dia bertanya, seakan tidak yakin kami mampu menyiapkan assignment "insyaAllah, kita mampu" terkeluar perkataan insyaAllah dari mulutku. "Apa itu insyaAllah?", "Oh, maaf, itu tadi telah menjadi kebiasaan saya dalam percakapan, itu seakan janji yang menyatakan kesungguhan saya untuk menghadapi kerja yang bakal kita lalui bersama. "In Allah's will" dengan izin Allah, pasti kita akan menyiapkannya", dia terkedu lagi. "Kamu ada Islam dalam setiap perbuatan kamu, ternyata kamu sangat yakin" dia mengomel sendiri. Saya sekadar tersenyum.

Dalam perjalanan pulang aku tidak lagi menyentuh soal agama, topik perbualan aku tukar kepada perihal keluarga dan holiday, risau juga kalau-kalu dia kurang selesa dengan kata-kataku, moga hidayah Allah menaungi kami. Amin...

-Muhasabah diri kita. kadang-kadang kita tak sedar, keyakinan dan kepercayaan kita kepada Allah, tidak setinggi taraf impian menggapai Firdausi. kadang-kadang, baru tersedar, rupa-rupanya, kita sama saja dengan mereka (non-Muslim), sedangkan bibir mengucap hebat, melaungkan title diri sebagai Muslim. Na'uzubillah. Ayuh kembali pada Islam dan Al-Quran-


artikel from: http://mujahadah.wordpress.com

Sunday, January 18, 2009

Mutiara Kata Cinta

Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.

Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta.

Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.

Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.

Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.

Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya anda mengatakan sering gagal dalam percintaan.

Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.

Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?”

Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.

Reasons to Smile

1. Smiling makes us attractive

We are drawn to people who smile. There is an attraction factor. We want to know a smiling person and figure out what is so good. Frowns, scowls and grimaces all push people away ,but a smile draws them in.

2.Smiling changes our mood

Next time you are feeling down, try putting on a smile. There's a good chance you mood will change for the better. Smiling can trick the body into helping you change your mood.



3. Smiling is Contagious

When someone is smiling they lighten up the room, change the moods of others, and make things happier. A smiling person brings happiness with them. Smile lots and you will draw people to you.


4. Smiling Relieves Stress

Stress can really show up in our faces. Smiling helps to prevent us from looking tired, worn down, and overwhelmed. When you are stressed, take time to put on a smile. The stress should be reduced and you'll be better able to take action.


5. Smiling Boosts Your Immune System

Smiling helps the immune system to work better. When you smile, immune function improves possibly because you are more relaxed. revent the flu and colds by smiling.


6. Smiling Lowers Your Blood Pressure

When you smile, there is a measurable reduction in your blood pressure. Give it a try if you have a blood pressure monitor at home.
Sit for a few minutes, take a reading. Then smile for a minute and take another reading while still smiling. Do you notice a difference?


7. Smiling Releases Endorphins, Natural Pain Killers and Serotonin

Studies have shown that smiling releases endorphins, natural pain killers, and serotonin. Together these three make us feel good. Smiling is a natural drug.


8. Smiling Lifts the Face and Makes You Look Younger

The muscles we use to smile lift the face, making a person appear younger. Don't go for a face lift, just try smiling your way through the day!you'll look younger and feel better.


9. Smiling Makes You Seem Successful

Smiling people appear more confident, are more likely to be promoted, and more likely to be approached. Put on a smile at meetings and appointments and people will react to you differently.


10. Smiling Helps You Stay Positive

Try this test: Smile. Now try to think of something negative without losing the smile. It's hard. When we smile our body is sending the rest of us a message that "Life is Good!" Stay away from depression, stress and worry by smiling.


Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Jodoh Itu Ketentuan Tuhan

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


 
Copyright 2009 (>.<)