Friday, October 22, 2010


Diambil dan diedit dari ucapan Syeikh Khalid Yassin:

Allah berfirman: “Alhakummut takasur.”
Kita semua,terlibat dalam menjalankan perniagaan,memajukannya,membeli rumah dan kereta.Apa saja yang pernah kamu lakukan.Dan apabila kamu diperingatkan tentang Tuhan,agama,kehidupan,akhlak,kamu berkata; “Aku tiada masa untuk itu.”, “ Aku tidak mahu mendengar tentang itu.”Lihat bagaimana bongkaknya manusia boleh menjadi.Sehinggalah mereka menziarahi tanah perkuburan.

Kamu sibuk menimbun,menghitung,memperbaiki karier kamu,wang kamu,pekerjaan dan kekayaan kamu sehinggalah kamu masuk ke dalam kubur.Cuba kamu fikir,bilakah kali terakhir kamu menziarahi upacara pengebumian mayat?Bagaimanakah kelakuan orang-orang di situ?Adakah mereka seronok berjenaka?Adakah mereka menari?Adakah mereka bertepuk tangan sambil menyanyikan lagu-lagu?Tidak!Mereka diam!

Mengapa?Kerana setiap orang yang menghadiri upacara itu,melihat mayat yang terlantar di tanah,perkara pertama yang mereka akan fikirkan adalah suatu hari nanti,saya juga akan terlantar begitu.

Dan tibalah saat jenazah dibawa ke tanah perkuburan.Maka jenazah tersebut mulai ditanam.Anda melihat dan akan berkata: “ Ini sajakah yang saya ada?50-60 tahun mengikis,bersusah-payah,menipu,berbohong,mencuri,berzina,mengemis,bekerja.Dan beginilah pengakhirannya?Inikah yang akan terjadi padaku?Adakah aku akan dimasukkan ke dalam sebuah lubang di tanah?”

Jadi,ada sesetengah manusia yang terfikir akan perkataan ini : Eternity dan Immortality.Tidak mati,hidup buat selama-lamanya.Biar harta menjadi bantal,duit menjadi tilam sehari-harian.Mengapa mesti wujud manusia yang sebegini?

Apa yang terjadi pada musim sejuk?Semua daun jatuh dari pokok dan bumi tandus.Dan apa pula yang berlaku pada musim bunga?Air datang,menyuburkan kembali bumi kita.Rumput baru,daun-daun baru,bunga-bunga baru,buah-buah baru!

Maka Allah berfirman: “Dan petunjuk bagi mereka adalah bumi yang tandus.Kamu menyuburkannya kembali selepas itu!Dan kemudian kamu memakan buah-buahan darinya”
Maka Allah berfirman lagi: “ Adakah yang menghidupkan kamu pada awal-awalnya,tidak mampu untuk menghidupkan kamu semula untuk menilai segala perbuatan kamu?”

Ya,sudah tentu boleh!Kamu mungkin mahu menolaknya kerana tidak mahu diadili.Kerana ada sebab mengapa manusia harus masuk ke dalam kubur.Jika Allah mahu,Dia boleh saja menghidupkan kita,kemudian menghilangkan kita ke atmosfera.Tapi Dia tidak berbuat demikian kerana Dia mahu kita masuk ke dalam sebuah rahim yang lain,iaitu kubur.Kamu mula keluar dari rahim ibu kamu dan akhirnya kamu akan berada di dalam rahim bumi
Semestinya,kematian merupakan satu peringatan yang berkesan dan hanya yang bijak akan mengambil iktibar darinya untuk memperbaiki diri mereka.

Pemikir yang bukan beragama Islam berkata:
Dan bagi kami yang hidup dalam kesengsaraan ini,kami menerimanya.Jika kami tidak menerima kewujudan kami ini sebagai satu kesengsaraan,maka hidup dan mati tiada bezanya.Seseorang itu haruslah mati untuk menemui cinta yang sebenar.Dan untuk memikir apa sebenarnya makna kematian.Apa yang ada selepas kematian.Adakah akan ada kelahiran semula ataupun kebangkitan semula,dan semua itu..Ia akan menjadi sia-sia jika kamu tidak tahu bagaimana untuk hidup.

Bila lagi kita akan bangkit dan menggunakan bakat dan usaha kita untuk memperbaiki dunia?Bila lagi kita akan bangkit dari tidur kita?Bangkitlah sahabat.Ayuh bersama kita ubah dunia ini!

credit to:noreagaaa and Fr33DoMFighT3Rz

Monday, October 18, 2010

dunno why..

i dunno why..
i think this week is going to be the most disastrous week ever!
opinion anybody?

Sunday, October 10, 2010

kenapa?

kenapa hidup ni penuh dengan persoalan?
kenapa persoalan kena wujud dalam kehidupan?
kenapa hidup takkan aman dari persoalan?

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

kenapa orang yang belajar agama tapi dia masih lagi tak faham hukum hakam agama?
kenapa orang masih lagi mempertikaikan tentang hukum hakam padahal dah termaktub dalam al-quran semua tu?

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

kenapa orang tak nak terima pendapat orang lain?
kenapa orang masih berpegang yang mengatakan dia tu betul padahal sudah terang lagi bersuluh dia tu dah salah?

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

kenapa orang tu mengaku yang dia tu masih lagi menjadi kawan padahal dah terang2 dia tu lawan?
kenapa kawan mengaku dia kawan padahal dia ada masa senang dan hilang masa susah?

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

kenapa manusia menjadi riak bila dia rasa dia penuh dengan ilmu padahal terang2 ilmu tu bukan milik dia?
kenapa manusia suka menghina manusia yang berada di bawahnya padahal dia tu pun bukannya tinggi mana?

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

kenapa manusia ni penuh dengan perasaan?
kenapa orang yang bercinta tak boleh menerima apabila orang mengatakan perkara yang benar tentang orang yang dicintainya?

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

kenapa kita kena berkawan?
kenapa kita kena cari orang yang takkan tinggalkan kita suatu hari nanti?

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

kenapa??
kenapa aku bertanya?
sebab aku belum menemui jawapannya..

Thursday, October 7, 2010



Kata-kata seorang sahabat:Seronok jadi anak2 kecil,tak ada masalah yang harus difikir.

Aku berfikir:Ya!Allah sedang mendugaku sekarang kerana aku telah cukup berseronok sewaktu kecil dahulu.

Musibah kali ini aku rasakan cukup BERAT!Tak tertanggung bahuku untuk memikul.Semakin parah apabila mereka yang terlibat itu bergelar sahabat.

Saat dilanda musibah ini,baru kita kenal mereka yang berada disamping kita.Yang mana kawan,yang mana lawan.

ALLAH,Kau ringankanlah beban ini..Jangan biar aku terus tersiksa lagi..

Monday, October 4, 2010

demam..&demam..&demam lagi...



sini

semoga cepat sembuh kepada sahabat2 di seluruh duhia yang sedang demam disaat ini..

kenapa kita boleh demam?

* Demam adalah satu cara untuk tubuh kita melawan penyakit (salah satu fungsi penting dalam badan).

* Secara purata, suhu badan yang normal ialah 37 darjah celsius (bergantung kepada umur, keadaan persekitaran dan keadaan fizikal seseorang).

* Suhu badan meningkat menunjukkan badan sedang mengaktifkan sistem imun untuk menghasilkan sel darah putih, antibodi dan agen-agen lain untuk melawan penyakit.

* Punca-punca demam; jangkitan kuman, toksin, kanser dan juga sebarang penyakit autoimmune.

* Juga boleh disebabkan oleh heatstroke, dimana suhu badan meningkat dan menjadi tidak terkawal.

* Untuk demam yang ringan (suhu tidak terlalu tinggi), hanya perlu minum banyak air dan rehat.

* Apabila demam, makan ubat untuk mengawal suhu daripada menjadi terlalu tinggi BUKAN untuk menghapuskan demam tersebut secara serta merta.

* Sekiranya kanak-kanak didapati demam tetapi masih bergerak aktif, bermain dan tidak bermasalah untuk tidur, kemungkinan besar ia-nya hanya demam biasa dan tidak serius.

* Jika demam berterusan melebihi tiga hari, berjumpalah dengan doktor/pakar kerana demam yang berterusan dan terlalu kuat boleh mengakibatkan kerosakan otak (khususnya di kalangan kanak-kanak). Demam berterusan juga adalah petanda bahawa ia bukan sekadar demam biasa dan memerlukan rawatan rapi.

Hikmah demam:

-Demam itu menebus dosa2 yang lalu.

-Panas yang lahir dari tubuh orang yang demam menunjukkan secebis kepanasan api neraka.

Jadi,apabila anda demam:

jangan megeluh atau mengerang kesakitan kecuali kepada Yang Maha Penyembuh.(tidak mengapa jikalau meminta sahabat2 mendoakan.Mengeluh dan mengerang disini membawa maksud mengeluh dan mengerang dengan niat membenci penyakit tersebut.)

jangan memaki hamun demam anda.setiap muslim seharusnya bersifat sabar apabila ditimpa demam.

Nabi Sallallahu alaihi wasallam bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi". (Hadith Riwayat Muslim)

bersabarlah anda dengan dugaan yang diberikan..
 
Copyright 2009 (>.<)