Wednesday, March 24, 2010

kenapa?


Sahabat bertanya,"Kenapa ya solat tu wajib?"Tersenyum mendengar soalan tersebut.Sebagai manusia,perasaan ingin tahu itu memang tinggi,apatah lagi dalam usia remaja begini.Terasa pelbagai ilmu lagi harus dikuasai.

"Rasa-rasanya kenapa?"
"Urm,pernahla tanya sorang neh.Dia cakap,sebab dah wajib,wajibla.Macam kelakar kan jawapan dia?"

Termenung memikir bagaimana hendak menjawab.Alhamdulillah,praise to him,sudah bertemu jawapan.

Rasa-rasanya kenapa solat itu dikatakan sebagai tiang agama?Kenapa solat tu wajib keatas setiap muslim di muka bumi ini?

Setiap perkara,setiap ibadah yang dilakukan,pasti ada hikmah di sebaliknya.Cuma kita sebagai manusia harus kadang2 mengambil peluang yang ada.

Bagi pendapat saya sendiri,bila mana seseorang itu menjaga solatnya,secara automatik,perkara2 yang seumpamanya akan turut dijaga.amalan2 ibadah yang lain akan terjaga jika dia menjaga solatnya,5 kali sehari,penuh tanpa ada lubang sedikit pun.

meskipun begitu,kini,setelah dikaji oleh para saintis tentang rahsia pergerakan dalam solat,ternyata solat ini membawa 1001 manfaat kepada tubuh manusia.sumber: berubat dengan solat.buku yang patut dibaca!

hidup kita adalah untuk mencapai mardhatillah.hidup kita sebagai khalifah di muka bumi.

raih redha-Nya,insya ALLAH syurga ganjaran kita!

Saturday, March 20, 2010

izinkan aku menjadi diriku!

"ini lagu muna untuk semua."tangannya pantas menekan sony ericsson walkmannya dan memainkan lagu "menjadi diriku" by edcoustic.lirik yang senang diingati,mudah difahami.

kemudian bermain difikiran,beberapa kali diketawakan hanya kerana kesalahan kecil.disebabkan asal dari negeri yang terletak di utara,maka loghat yang digunakan lain dari yang lain.namun,ia langsung tidak menjejaskan komunikasi dengan sahabat2 yang lain.diketawakan,sudah menjadi perkara biasa.

lantas,izinkan aku menjadi diriku.hanya diri ini yang mengetahui betapa sedihnya ketika diketawakan sebegitu.mungkin yang lain hanya menganggap ianya sebagai perkara yang melawakkan tapi bukan untukku.

inilah diriku.aku punya kelebihan.aku punya kekurangan.

Thursday, March 11, 2010

why must we have friends?


why must we need friends in our life?do friends really important?

this lyric show us how important those who are called as friends in our life..

HERE

Wednesday, March 3, 2010

Hati ini laksana lautan yang dalam,

Bergelora berkocak tanpa sebarang sempadan,

Dalamnya luas, tiada yang mampu teroka,

Kerana airnya dalam, sukar diduga.



Bila mana manusia cuba mencari cinta,

Tersepit diantara suka dan duka,

Apakah ini cinta sepenuh jiwa,

Yang menjanjikan jaminan bahagia semata.

Bila hati berombak bergelora mencari makna suci,

Tersepit diantara cinta manusia dan cinta Illahi,



Apakah ia dikira musyrik,

Tidak membeza yang mana yang perlu dicari.

Kerdilnya manusia, bila ia diuji,

Karam di tengah lautan yang tak bertepi,

Kerana tiada yang mampu mengajari,

Hanya Dia, yang mampu tunjuki.

Bila dirasa cinta itu suci,

Salahkah ia mencari cinta insani,

Lumrah manusia memang tidak boleh lari,

Kerana itu dijadikan perempuan dan juga lelaki.



Cinta bagaimana yang dikira suci?

Cinta Rabiatul pada Allah yang Maha suci,

Atau cinta suami kepada isteri?

Mungkin juga cinta anak kepada penawar hati?

Yang mana yang mesti dicari?

Andai diri tak punya kekuatan imani.




Bila mana ditolak hati ini ini pada alam duniawi,

Menutup terus dari dinodai,

Yang diyakini cinta agung pada Dia yang suci,

Kekosongan jiwa semakin dirasai,

Lantaran ramai yang masih terus menyayangi dan disayangi,

Kerana kita tidak mampu untuk terus berseorang diri.



Ku dambakan hanya

lah cinta Illahi,

Tidak dinafi cinta mereka yang disanjungi,

Namun salahkah aku, wahai Rabbul Izzati,

Dalam diri, dikongsi cinta Engkau dan cinta insani,



Aku syirikkah, aku munafikkah?

Gerun aku bila memikirkan masalah,

Bila ia berkait dengan jiwa yang resah,

Tanpa petunjuk, Allah yang maha Gagah,

Aku sentiasa buntu umpama bayi yang lemah.



Dikala mencari, ku temui suatu hikmah,

Manusia dijadikan sebagai makhluk yang indah,

Dibezakan dan diberi rahmah,

Kerana itu diberi perasaan yang gentar dan gundah,

Bila dicari suatu yang tidak pernah diubah,


Yang diharap dapatlah ia terus berada di jalan yang diamanah.

masaku pada hari semalam

Semalam,petang 3hb Mac telah dihabiskan di Dewan Kuliah Pusat 4,untuk mendengar ceramah tentang Intergriti Remaja,bersempena minggu Intergriti FSU,USIM.Acara dimulakan dengan ucapan perasmian daripada TNC dan seterusnya,merasmikan acara tersebut.

Pada awalnya,dewan dipenuhi dengan siswa dan siswi yang disegani.Tatkala MC mengumumkan 'break' diantara dua acara tersebut,ramai jugak yang melangkah keluar dari dewan.Tak apa,mungkin mengambil angin.

Saat jam berdetik ke 4 petang,acara yang kedua bermula,ceramah dari Pegawai KAGAT.Sayang seribu kali,hanya 1/4 dewan yang diisi.Tak apa,mungkin ada kelas agaknya.Ceramah yang diberi sangat menarik.Meskipun point nya ialah intergriti,dikaitankan dengan kisah2 para Nabi.Untuk menarik perhatian siswa dan siswi yang rata2 nya dalam lingkungan usia remaja,dihiasi setiap slide dengan 'music box' dan filem pendek.Ringkas namun menarik.

Tersentuh dengan ayatnya,'Kita dilahirkan bukan kerana kebetulan.Semuanya telah dirancang,kita adalah insan yang terpilih.Kita dilahirkan pada zaman ini untuk menyelesaikan masalah pada zaman ini.jadi,terbeban pada bahu kita satu tanggungjawab,menjadi khalifah di atas muka bumi ini.'

Bergenang air mata saat beliau bercerita tentang halangan dan dugaan yang telah dilalui oleh para Nabi.Terasa diri kembali ke masa lampau,dengan cara beliau bercerita.Alhamdulillah,terisi masa pada hari ini.
 
Copyright 2009 (>.<)