Thursday, April 18, 2013

special one

Ini adalah kali pertama saya katakan tentang perkara ini.

Pernah orang bertanya,

"Eh,kenapa macam tu?"
"Kenapa?"

Ini jawabnya.

Saya ada seorang adik yang saya amat kasihi,sayang.Adik yang last,of course la sayang lebih,kan~

Masa umur dia tiga tahun plus plus,Mrs Mama perasan yang ada something yang tak kena on his growth.Even before tu pun dah perasan tapi tak ambil tindakan (oh skema!) apa-apa pun.

So,bawak la si kecik ni pergi jumpa doktor.Lepas jumpa doktor,jumpa doktor pakar kanak-kanak.

And,lastly,he had been diagnosed to has learning disability.

Yup,my little brother is special and that's what I'm gonna say.

"Mesti susah kan ada anak istimewa."

Pernah ada orang berkata begini.Hakikatnya,kehidupan kami macam orang biasa lain.Kami boleh beli belah macam orang lain.Berkelah macam famili lain.Bezanya,kami mempunyai orang yang teristimewa.

Buktinya,adik saya istimewa tetapi sekarang sudah pun berada di tadika,macam budak umur 6tahun yang lain.Hek,bangga!

Doktor terapi my lil bro pernah berkata,"Orang Melayu ni kadang-kadang susah.Anak istimewa tapi seolah-olah pinggirkan budak tu.Kesian saya tengok."

Oh,ya!She is Chinese.

Urm,ada bezanya lagi.Hospital ibarat rumah kedua kami.Banyak terapi yang si kecik tu kena involve since doctors still don't know what kind of learning disability that he face.

Antara terapinya: speech and audio.

Kalau famili orang lain dekat fridge lekat magnet sebab tanda kenang-kenangan.Kitorang pulak lekat magnet fridge sebab nak lekat kertas schedule therapy.Haha~

And believe or not,he is the most beloved in our family and even my mom said by herself,

"Since he never 'menjawab',so I kinda love him more."

See?

"Ini anak syurga."

Ini yang ustaz katakan ketika perjumpaan ibubapa bersama guru-guru tadika,semasa saya bercuti.Tazkirah ustaz selama satu jam setengah,terasa sekejap.

Kata ustaz,bukan calang-calang orang boleh jaga anak istimewa.Cabaran.

Anak syurga.Bakal ahli sturga.Mereka tiada dosa.Hebat bukan?

Indeed.Malah,nickname si kecik is 'ahli syurga'.

"Eh,anak dia tu.Tengok la."

Pernah saya terasa down sebab ada orang yang pernah katakan begini.I mean,look,isn't he human too?Why must have that perception?

Mrs Mama kata,"Biarla orang nak kata.They never know."

'Don't let what they say keep you up at night,
and they can't detain you.'

Wings - Little Mix

Satu hari,

Mrs Mama berpesan pada saya.

"Kalau nak carik laki(suami),kena tanya dia,sudi tak ada adik ipar tak upaya ni."

"Mrs Mama,he is not disable.He is special la.." Saya paling tak suka perkataan disable.

"Ok.Special one.You need to ask him first.He then need to know,sometimes you need to dahulukan adik before him.He need to understand that."

"Sapa yang nak kawen.." Kawen?He~

"Elleh,alasan."


Disebabkan si kecik,Mrs Mama mula bergiat untuk memperkenalkan anak-anak istimewa.

Disebabkan si kecik,doctor-to-be decided to become a pediatrics specialist.

Because of him,we learn more.

Because he is what he is,

I want to love him more.


::: Want to know more about learning disability,kindly Google it. :::

(^^,)

0 comments:

 
Copyright 2009 (>.<)