Monday, January 18, 2010

..bila aku mula ditanya,ini jawabnya..

"Apa pendapat Dayah?"
"Haah?urm,tak tahu.."

terkesima.terkedu.speechless apabila soalan dilontarkan oleh seorang sahabat berkenaan budaya remaja masa kini,couple.soalan ditanya,hati berbicara,bagaimana harus ku menjawab soalan ini?Tuhan,berikanlah petunjukMu.

memang tidak dapat dinafikan lumrah manusia untuk berkasih sayang,memberi dan menerima sayang itu namun harus difikirkan juga ke mana sayang itu dibawa?

ada yang berkasih bertahun-tahun,namun kecundang ditengah jalan.ada yang tidak pernah mengenal erti rindu,berjumpa jodoh dengan sahabat sepermainan.semuanya sudah menjadi lumrah dunia.

pernah ku bertanya kepada seorang murabbi,bagaimana jika seseorang itu berkahwin tapi bercerai.kemudian dia berjumpa dengan pasangan yang baru.adakah itu tandanya dia mempunyai dua jodoh?
murabbi menjawab,bukan.itu tandanya ALLAH itu menduganya dengan perkahwinannya yang pertama untuk bertemu jodohnya yang sebenar.

orang yang berkahwin boleh bercerai,inikan pula mereka yang tidak.

Ya ALLAH,ampunkan segala dosa yang pernah aku lakukan.
berikan aku petunjukMu agar aku tidak lagi mengulangi kesilapan itu.
berikan aku kekuatan agar dapat aku berpaksi di jalanMU.

sebagai kesimpulan,cintailah yang maha menyintai.insya allah,kita akan bertemu dengan insan yang menyintai kita kerana-Nya.Amin..

Friday, January 8, 2010

^^ALLAH Selamatkan Kamu^^

Pada Khamis yang lepas,(aish,skema la plak ayat neh!) group 1 telah pun menyambut ulang tahun kelahiran member2 nya iaitu Rat,Nad,Hazwan and Fazil.Neh la kek nya.

Startegi disusun namun tidak menjadi.(pe la fazlie.spoil ar!).xpe2,boleh dimaafkan.


bila budak group 1 menjadi rakus!

ni hari before tu..xjanji pun nak pakai baju hijau..he2,takdir tu.

kepada those birthday girls and boys,ingat!korang tu dah tua,semakin meningkat usia,tingkatkanlah jugak amalan.may ALLLAH gives his blessings to all of you!semoga panjang umur.do the best in everything you do.

*pape pun,ratna la yang paling tua..kua3


Monday, January 4, 2010

::..Esok..::

Pada esok hari,
Masihkah bisa aku bicara seperti ini,
Masihkah bisa aku menatap indahnya bumi,
Masihkah bisa aku mengorak langkah dalam mengharung segala onak dan duri?

Pada esok hari,
Masihkah wujud bagiku segala kemaafanMu?
Masihkah wujud bagiku segala kemanisan iman?
Masihkan wujud bagiku masa untuk aku berserah diri kepadaMu Ya Tuhan?

Andai esok menjelang tiba,
akan ku gunakan segala waktu yang terdetik,
hanya dengan menyebut asmaMu yang indah.

Andai esok menjelang tiba,
akan ku bahagiakan segala yang ada disekelilingku,
mereka yang tidak putus membakar semangat,
mereka yang tidk putus meberiku harapan.

Namun,
andai esok tidak berkunjung tiba,
hanya yang aku pinta,
terimalah taubatku.
ampuni segala kekhilafanku.
aku hamba yang lemah,lagi tidak berdaya.

jauhkan aku dari azab neraka,izinkan aku mencium wanginya syurga.

Saturday, January 2, 2010

Islamophobia

Peace to all of you.

Recently, I have spent my time searching about opinions,mostly by British and English people about Islam and I have found new word,called Islamophobia.What is mean by Islamophobia?Take a look.

Islamophobia is a neologism that refers to prejudice or discrimination against Islam or Muslims.
*taken from Wikipedia.

Then,there is an article said that, 'All terrorist are Muslims,so all Muslims are terrorist.'

When these people been asked why they said like that?Their answers are mostly the same,9-11 reasons to call the Muslims as terrorist.

Sometimes I am wondering,why do people have that thought in their mind?

Islam is a beautiful religion ever.Study about it,follow it,then you will the feel the halawatul iman,insya-ALLAH.
 
Copyright 2009 (>.<)