Monday, December 28, 2009

The World's Funniest Jokes

Taken from Readers' Digest,Sept 2009 Edition.Really funny and i think that i can share it with my friends!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Doctor :Have you taken my advice and slept with the window open?
Patient : Yes.
Doctor : So your asthma disappeared completely?
Patient : No,but my watch,TV,iPod and laptop have.


A scarlet is seated next to a lawyer on a long flight.She craves her sleep,but he keeps waking her up. "Let's play a trivia game," he suggests. "If I answer wrong,I'll pay you $50.If you answer wrong,you owe me $5."The scarlet agrees,and the lawyer goes first. "What's the distance between the earth and the moon?"
The scarlet hands the lawyer $5.Now its her turn. "What goes up a mountain on three legs and comes down on four?"
The lawyer is dumbstruck.He scans the internet,flips through his pocket encyclopedia,and texts every scientists he can find.No dice.Hours later,he wakes up the scarlet,hands her $50,and asks, "So,what is the answer?"
Without any word,she hands him $5 and goes back to sleep.


Wife : Honey,did you notice? I bought the new toilet brush.
Husband : Yes,I did.But I still prefer the paper.


A neighbour finds a young boy sitting on the stairs crying. "What's the matter,honey?"she asks him.
"It's my father,"the boy sobs. "He hit his finger with a hammer."
"Then,why are you crying?"
"Because first I laughed."

* now i know why people always said you laugh now,you will cry then.it is provable.

Thursday, December 24, 2009

::..tere-liye..::

ukhti nadhirah terus memberi khidmat sebagai peminjam buku yang paling setia.yang terbaru,kisah hafalan shalat delisa.100% dalam bahasa indonesia namun masih boleh difahami.kisah yang menyentuh hati terutama kepada sesiapa yang mempunyai jiwa yang agak sensitif(seperti diriku ini).

berkisar peristiwa yang berlaku hampir lima tahun dahulu,26 Dis 2004.seorang anak kecil yang berusia 6 tahun,hilang ibu dan kakaknya.sekelip mata.

"Delisa cinta ummi karena Allah!"
"Delisa cinta abi karena Allah!"

'Ya Allah,Delisa rindu sekali dengan Ummi.Delisa ingin bertemu.Delisa bukan sekadar ingin mengaku soal cokelat itu.Delisa benar-benar ingin memeluk Ummi.Bercerita banyak hal.Menarik-narik baju dan kerudung Ummi.Delisa rindu melihat Ummi yang sedang menjahit.Delisa bahkan rindu cubitan Ummi kalau ia lagi-lagi bandel pulang main kesorean.Ya Allah,Delisa rindu semuanya.Delisa rindu sekali..'

'Delisa rindu menatap beningnya wajah Ummi...'

Aku cintakan ibuku kerana ALLAH,
aku cintakan ayahku kerana Dia,
aku cintakan adik2ku keranaNya,
aku cintakan sahabatku kerana Pencipta.

I love people around me because of The Creator.

Monday, December 21, 2009

ice cream!


I SCREAM!
YOU SCREAM!
WE SCREAM!
FOR THE ICE CREAM!

Sunday, December 20, 2009

peace be with you especially to all readers..

agak lama tidak menyentuh blog ini,sehingga sahabat menegur, "Dayah,dah lama tak update blog."
Maaf,diri ini tiada kesempatan untuk berbuat demikian.

Baru2 ni,pulang ke tanah tumpah darah,Perak.walaupun pergi ke Taiping,tak sempat nak balik Pantai Remis.Sibuk sangat..

Attend wedding ceremony,dari pagi ke malam,penat sangat!

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha..

PENAT!!

hari nie seharian masak dan masak dan masak..sebab esok dah RAYA!!he3..tu pown tak siap lagi masak..esok kena masak lagi..first tyme nak sambut raya kat sini..selalunya sambut di kampung..tahun ni,sebab my father pown cuti tak lama,jadinya kitorang satu family raya kat sini..


first tyme nak balut ketupat..he3..tak jadi pun..last2 my mom and dad yang siapkan..nak harapkan anak2..dh jadi ketupat lain tengok..

sementara menunggu 2,tengok la kejap citer 2012..memang dah lama simpan perasaan nak tengok citer neh..



at last,tengok jugak..okay la jugak citer dya..urm,nice grafix..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!

Friday, November 20, 2009

Tuhan itu Maha Tahu

Keputusan UPSR telah pun diumumkan beberapa hari yang lepas..sebagai kakak kepada calon UPSR,memang agak gementar untuk megetahui keputusan adik kesayangan..teringat pulak masa dulu2 ambil keputusan di sekolah..kecewa?sudah berlalu..

pintu dibuka dan sudahku tahu emak dan ayah sudah pulang..bagaikan announcement,emak berkata, "dia dapat 4a..okay la 2.."

disebabkan emak dan ayah terpaksa pula bergegas ke kedah untuk mengambil seorang jejaka di MRSM,aku ditinggalkan dirumah keseorangan..tidak lama kemudian,telefon berdering..ku ingatkan panggilan dari emak..rupanya bukan..nombor yang tidak kukenali..selalunya,kalau unknown call,aku akan berikan kepada orang yang terdekat..hehe..malangnya,tiada orang di rumah lalu ku angkat..

"assalamualaikum.."aku memulakan bicara.
"wasalam,long." kutahu siapa di talian.
"Long,orang dapat 4a."
"tahu."
"woh.okay.saja ja nak gitau.assalamualaikum."telefon diletak.hampeh,tak sempat nak jawab.

kemudian,emak pulak menelefon.waah,famous jugak eden neh.ku ceritakan perihal tadi kepada emak.emak membuka cerita.sebenarnya,masa di sekolah,sewaktu mengambil keputusan,dia sudah berderai air mata.aku faham kenapa dia meletak telefon.

Tuhan itu Maha Tahu.apa yang terbaik untuk kita,Dia sudah tetapkan.apa yang telah terjadi,ada hikmahnya.kadang2 kita sebagai manusia sering menyalahkan takdir seandainya perkara yang tidak kita inginkan berlaku.

bersyukur dengan apa yang ada..mungkin ada cahaya yang sedang menunggu kita di hujung perjalanan..

Monday, November 9, 2009

tired!

salam kepada semua readers!
at last,muet pown habis!tamat suda..he3..masa exam tu sebenarnya dah tertido..mana tak nya,perjalanan dari penang ke n9,dah berjam-jam..stay kat dalam keta nya lagi..dengan demam bola nya lagi..hek3..letih2..
tapi pa2 pown,harap dapat la result yang setimpal dengan usaha selama ni..

masa balik dari sana,disebabkan perut ni kosong,ayah bawak kitorang makan sate kajang..yummy..selama ni makan kat sg buloh jer..hek2..makan banyak sangat..perut dah bunyik kan..hentam je la labi..

on the way,dari kl sampai perak,hujan non stop..sejuk..

Sunday, November 1, 2009

siapa pemilik cintaku?

assaalamualaikum kepada semua readers..
syukur,masih lagi diberikan masa dan ketika untuk meluangkan waktu dengan blog neh..
ou
pagi ini dimulakan dengan senyuman para ahlul bait,usrati..sesampai di lapangan terbang pulau pinang semalam,disambut oleh ayah yang sentiasa mengejar masa..syukran ya abi..
dirumah,ibu menyambut kepulanganku dengan menu masakan yang cukup istimewa,he3..laksa penang..

kemudiannya,pada hari ini,telah meghabiskan masa dengan para asdiqa yang telah lama tidak ketemu..rakan2,betapa aku merindui kalian..
namun,hati ini bagai berderai melihat perkara yang tidak terduga..langsing tidak menduga..
biarlah rahsia dalam hati ini apa yang tidak terduga itu..

hati ini sedikit terubat apabila menjejakkan kaki ke hadiqah alkutub di prangin..he2,apa lagi kalau bukan POPULAR yang memang popular..tujuan hanya satu,ingin mencari buku2 ilmiah,mencari buku2 cinta kepada Yang Hakiki,bukan cinta kepada yang hamba yang hanya mimpi..

terjumpa buku yang memang dicari,Pemilik Cintaku Selepas ALLAH & Rasul by Fatimah Syarha..terasa macam nak melompat jer kat situ sebab cari buku ni memang adventurous giler..smpai terduduk ats lantai POPULAR 2 dah sebab kedudukan buku ni macam tersorok sikit..kemudian,terjumpa pulak novel Wo Ai Ni ALLAH..paham maksudnya?AKU CINTA KAMU ALLAH..nice story..

sampai jer kat rumah,my mom dah cakap,"tu dah mula nak muraja'ah la 2.."he3..Yaya bila dah baca novel memang tak ingat dunia dah..akhirat insya allah,ingat..

novel pertama,Pemilik Cintaku..novel yang sesuai dibaca oleh semua peringkat umur..he3..especially for them who are claiming that they are in love without any halal relation..

terus terang Yaya katakan,diri ini rasa macam kecewa sangat2 bila tengok kawan2 disekeliling yang telah buta disebabkan cinta..

diri ini bukan diri yang dulu,
di saat diri ini berubah,aku telah bertekad,
tiada lagi cinta manusia dalam hati..

diri ini bukan diri yang dulu,
saat diri ini berubah,aku telah berjanji,
cinta?tinggal dulu..
belajar?itu yang perlu..

learn from now..

perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..

Friday, October 30, 2009

at last,it is the end




assalamualaikum..at last,final dah habes..hak3..bahagia2..

akhirnya,sem 1 dah pown abes,nak masuk pulak sem 2..
akhirnya,akan ada dalam 6 bulan ja lagi nak bergelar budak tamhidi..lepas tu dah jadi budak degree..
akhirnya,cuti akan bermula!

kepada semua kawan2 ku!
selamat bercuti..cutila anda sebelum anda dicutikan..he3..
kita jumpa sem 2 nanti insya allah..

ayunkan langkahmu,
teruskan mengorak,
jangan pernah paling ke belakang,
lihat ke hadapan dengan penuh semangat,
semoga apa dicita akan dicapai!

happy holiday!

Friday, October 23, 2009

cogito ALLAH sum


assalamualaikum..

he2 pelik kan tjuk nyer??actually,dia tajuk sebuah buku dan buku ini teramat lah sesuai bagi sesiapa yang ISLAM tapi belum bertuhan..hanya ISLAM pada nama dan MYKAD..

semakin aku berfikir,ternyata ALLAH semakin ada..

kepada ukhti nadhirah,syukran jazilan..(nadhirah,tawu x kiter bacer cter neh nangis2..hu2..malu..)

banyak sangat pengajaran yang boleh kita ambil dari novel terutamanya mereka yang masih mencari Tuhan..siapa Tuhan?dimana Tuhan?
mengapa manusia diciptakan dengan fitrah untuk beragama?segala persoalan ada jawapan di dalam novel Islam..

melihat kelakuan remaja Islam kini membuat diri ini semakin sedih..semalam,dalam kegelutan dan kegelumangan dengan buku sebab tengah prepare untuk menghadapi final,sempat lagi menghadap internet..

sempat tengok beberapa video dan apa yang menarik perhatian ialah bagaimana cartoon disney boleh mengawal minda manusia terutamanya kanak2..apa yang ada didalam setiap movie spt:pocahontas,aladdin,the lion king..apa yang dimaksudkan dengan mickey mouse..

selepas menonton video tersebut,teringat dirumah yang dipenuhi dengan kisah2 disney:movie,buku,baju..

masya-allah,moga ALLAH menyelamatkan kita semua..

Wednesday, October 21, 2009

di kesempatan ini


bismillah..
takdir telah membawa kami sekali lagi untuk..
BERJALAN-JALAN!!!!hua3..

tak sedar diri dengan nak exam nampaknya..he3..

hu2..

*dah tak tau nk merepek mende..

Thursday, October 15, 2009

jalan2 cari makan..




bismillah..syukurillah kerana masih lagi diberi peluang untuk melakarkan sepatah kata disini..

pada minggu lepas yang lepas2,group accounting and muamalat 1 telah pown menghabiskan masa mereka dengan berjalan2 disekitar KL and Kajang..ini kerana kami harus memenuhi undangan rumah terbuka (dan jugak perut kitorang!hak3)

firstnya,makan kat rumah madam zu,kitorang nyer lecture english..sate,nasi..alah,menu camtu lah..great! ..kat umah madam neh..bwu abes makan..




then,kitorang gi masjid besi..solat zohor..



ni plak kt umah mar..hak3..


senang cter,mmg jln2 sgt..xbca buku pown..hak3..

Sunday, October 11, 2009

never ending wonderful story

bismillah..lafaz kalamullah hari ni diiringi dengan tangisan dihati sebenarnya..baru je habis syafawi* tadi..hu2..sedey..nangis2 dah sebab tak boley buat yang the best..pape pown,like my mom said,let bygone be bygone..there's no use crying over the spilt milk..i am looking forward to the next syafawi this wednesday..pray for my success..macam miley cyrus cakap,nobody's perfect kan?

great things happen in our daily life and of course we have to pass through of life without any compliment because it is already written in our fate..

today,knowing ust ridhwan..hak3..for the first time as the interviewee,not a little bit nervous but there are HUGE nervous..but,later on,i started to feel comfortable with him and i told few of my life stories..

gotta go now..till we meet again..


*syafawi-lisan

Friday, October 9, 2009

berubahkah kerana rupa?

assalamualaikum..bismillah,with the name of ALLAH,most gracious,most merciful..

many people said that look doesn't matter but who really mean it?

nice isn't?it has been taken from a story written by my far away friend..great story though..excellent!

ramai yang mengatakan rupa itu tak penting tapi siapa yang betul2 maksudkannya..teringat pulak cerita anak mami masa apek pilih jodoh untuk waheeda..

"apa hang nih?satu hang pilih yang buruk,satu lagi hang pilih yang tua..ni lagu ponen.."
"la..mak jugak cakap rupa paras tu tak penting."
"awat?hang nak cucu aku jadi huduh ka?"

siapa yang boleh benar2 buktikan seorang akhwat/syabab yang sempurna parasnya,memilih mereka yang tidak sempurna..

kisah yang ditulis oleh rakan Yaya itu,mengisahkan tentang seorang lelaki yang buta tapi elok rupa parasnya yang dijaga oleh seorang wanita yang baik hatinya namun dia sering digelar sebagai 'The Beast' oleh org2 sekeliling..

Lelaki yang buta mengatakan yang wanita inilah yang paling cantik kerana baik hatinya namun apabila penglihatannya pulih kembali,wanita ini bukanlah yang tercantik baginya..ditinggalkan wanita itu unutuk mencari cinta sebenar padahal dia lupa bahawa wanita itu dululah yang sentiasa disisinya ketika susah atau senang..

kepada mereka diluar sana,fikir2kanlah..


many people said that look doesn't matter but who really mean it?

Sunday, October 4, 2009

Tuhan Betapa Diriku Ini..

Hati menangis,mengenang segala dosa2 lalu..
Hati merintih,mengenang apa yang telah pun berlaku..

Hati berkata,Tuhan mengapa semua ini terjadi padaku?
Tuhan berkata kerana segala dugaan itu bisa ditanggungmu..

Hati bertanya,Tuhan mengapa bukan dia untukku?
Tuhan berkata kerana ada insan yang lebih baik untukmu..

Hati berkata,Tuhan aku cintakan dia..
Tuhan berkata itu semua nafsu semata..

Hati bertanya,jika cintaku itu nafsu,apa cinta yang sebenarnya?
Tuhan berkata,cintailah dia kerana agamanya..

Tuhan,
berikan aku petunjukMu
agar bisa kutempuhi hidup ini
agar bisa aku tempuhi segala dugaanMu

Tuhan,
andai dia tercipta untukku,
izinkanlah kami bersatu..

Tuhan,
andai dia bukan milikku,
redhakanlah hatiku dengan ketentuanMu..

Thursday, October 1, 2009

..aku ingin menyintaimu..

Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan
agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU
betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU

Aku ingin mencintai-MU
sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mencintai-MU
selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap
untuk bertemu dengan-MU
ya Rabbi......

Wednesday, September 30, 2009

Ya ALLAH Ya Tuhanku

Ya ALLAH,
aku mohon petunjuk dan hidayahMu,
jadikan aku hambaMu yang soleh,
yang sentiasa mengingatiMu.

Ya ALLAH,
sesungguhnya ENGKAU menjadikan aku dengan sifat yang lemah,
mudah menangis apabila ditimpa musibah,
kerana ENGKAU tahu dan ENGKAU mahu kami sentiasa dekat denganMU,
memohon pertolongan dariMU,
mengharap rahmat dariMU.

Ya ALLAh,
aku pohon agar cintaMU mengisi segenap ruang jiwaku,
aku pohon agar kurasa kasih sayangMU,
aku pohon agar aku sentiasa dekat denganMU dan mencintaiMU sepenuh jiwaku.

Aku harap YA ALLAH,
dengan air mata yang mengalir tiap kali aku teringatkanMU,
menjadi pengikat kasih dan pautan cintaku padaMU,
tangisan ini mampu menjadi tanda ingatanku kepadaMU,
semaikanlah cintaku padaMU YA ALLAH..

Amiin..

Thursday, September 10, 2009

Eidul Fitri Kini Kembali,Ramadhan Semakin Pergi

bismillah..in the name of ALLAH I begin..from HIM we came and shall return..

sedar atau tidak,kini sudah pun menghampiri Ramadhan fasa ketiga iaitu terhalangnya dari api neraka..kita sudah pun melalui fasa pertama dan fasa kedua..

sekejap sahaja masa berlalu,Ramadhan yang penuh barokah kini sudah ingin meninggalkan kita..persoalannya,adakah kita menggunakan sebaik-baiknya Ramadhan kali ini untuk mengerjakan kebaikan?tanyalah diri sendiri...

kata seorang akhwat,jadilah seorang hamba Tuhan bukannya hamba Ramadhan..

maksudnya,tidak sepatutnya hanya didalam bulan Ramadhan sahaja kita mengerjakan kebajikan namun seharusnya hendaklah sentiasa istiqamah..



hanya Tuhan yang maha mengetahui..

Friday, September 4, 2009

let me tell you

let me tell you a story,
about a school without any students,
nor any teachers..
about a playground that have been silence,
since these past few years..
about a home that shouldn't be called,
as a house..

let me tell you a story,
about a girl lost her father,
about a mother lost her baby,
about the children lost their beloved siblings,
about a child,
that doesn't have any future..
future that have been shattered to a tiny pieces,
they say that it is just a dream..

let me tell you a story,
about the stone versus the tank,
about the weapons versus bare-handed,
about the girl fighting the big boy,
the coward boy..
about the citizens fighting with all their might,
while their oppenent hiding behing the big tank.

this is a story,
creating by those are,
why must killng in spite to get independence?
why must afraid of your own shadow?
why must keep the secret?
kill all the arabs.
that's what you say..
Don't you remember about Moses?
Don't you remember about the Pharaoh?
Messiah will come,that's a promise..
Mahdi will come,that's a promise..
no matter what you do,
ALLAH is The ALMIGHTY..

La Tahzan Innallahha Ma'ana

Apakah Kunci Syurga?

*Dipetik dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah.

Paderi & Kunci Syurga.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita Ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar.Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut Dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Thursday, September 3, 2009

Stand Up For Palestine

bismillahhirrahmannirrahim..
dengan nama ALLAH yang menciptakan seluruh manusia dibumi dengan harapan untuk menjadi khalifah dan mentadbir sluruh bumi..namun,semua menjadi sia2 apabila manusia sendiri mencipta kerosakan..

pagi yang hening dimulakan dengan kalimah memuji ALLAH,lantas menyiapkan diri untuk bersahur..seusainya bersahur,terus mengambil kesempatan untuk mengetahui perkembangan saudara2 di Palestin sana..

hati merintih,jiwa tersentuh..bila keamanan akan dicapai?penderitaan demi penderitaan ditanggung,kematian demi kematian disaksikan,bangunan demi bangunan diruntuhkan demi mencapai erti 'kemenangan' yang sebenar..

stand up for palestine,video yang dicipta oleh wakeupproject,memberi makna yang sungguh mendalam..di saat usia hanya dalam lingkungan 5 tahun,sudah pandai berbicara..cantik rupanya,derita ada di matanya..

ditanya pada adik itu,apa inginnya?dia hanya berkata,aku ingin pulang..

Tuhan itu Maha Adil..diberi mereka sengsara,diberikan pula indah pada wajah..inilah yang dikatakan oleh seorang pensyarah sewaktu dikelas dulu..dia bertanya,wanita dimana yang paling cantik didunia?..Lalu kedengaran Miss World..ha2..

Kemudian,Miss berkata,tak..jawapannya Palestine..kami pula..ehhh??.Miss berkata,ALLAH id very fair you know..they have a really beautiful face yet they have to fight for peace..for us,we have peace but we are not as beautiful as they are..
Subhanallah..

Wednesday, August 26, 2009

tazkirah sempena Ramadhan Kareem..

bismillah..segala puji bagi Tuhan pemilik alam..semoga berada dibawah naungan hidayahNya sentiasa,insya-ALLAH..
tadi petang,pelajar muslimin dan juga muslimat tamhidi perakaunan dan muamalat telah ditazkirahkan sempena Ramadhan yang mulia ini..
alhamdulillah,mesej yang disampaikan dapat disampaikan dengan cara speaker itu tersendiri..kepada syabab berkenaan,syabas buatmu!
meskipun cara penyampaian amat bersahaja namun apa yang ingin disampaikan amat bermakna.Yaya akui Yaya keluar ketika tazkirah berlangsung kerana mendapat panggilan telefon yang tidak dapat dielakkan dan hanya berada di majlis ketika sudah sampai ke kemuncaknya..
Apabila sampai ke dewan,asdiqa' semua sedang khusyuk mendengar apa yang disampaikan oleh syabab berkenaan..dan Yaya turut mendengar..Alhamdulillah..
kesempatan ini juga,Yaya ingin berpesan kepada semua,hiasilah diri kita dengan akhlak yang mulia..Yaya dapati bulan Ramadhan ini,seolah2 langsung tidak memberikan sedikit perubahan pun kepada muslimin dan muslimat diluar sana..masing cara bepakaian yang sama,cara percakapan yang serupa..
Yaya akui kita memang tidak boleh merubah diri kita 100%..Yaya pun masih lagi dalam proses merubah diri ini..kalau dulu,Yaya suka dengar lagu2 korea,jepun..sekarang alhamdulillah,berkat pertolongan dan bantuan dari asdiqa',Yaya telah berubah..berkat kerana cinta kepada seorang manusia dan juga hambaNya,Yaya telah berubah..syukur,Ya ALLAH..
oleh itu,jadikan Ramadhan kali ini sebagai medan kita untuk berjuang menentang nafsu kita yang degil ini dan juga sebagai tempat untuk merubah diri kita agar menjadi yang lebih baik dari sebelumnya,Insya-ALLAH..

Sunday, August 23, 2009

aku memohon padamu Ya Allah..

Dimulai dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang..syukur kepada tuhan seinifiniti alam..
syukur kepada ALLAH masih lagi dipanjangkan umur untuk berada di Ramadhan Kareem yang mulia ini..kuharapkan Ramadhanku kali ini lebih memberi makna berbanding Ramadhan sebelumnya..


Ya ALLAH,
limpahkanlah rahmatMu kepadaku,kedua ibubapaku,keluargaku,rakan2ku,seluruh muslimin dan muslimat..

Ramadhan yang dinanti kini kembali namun apa persiapan kita sempena Ramadhan ini?
Persiapan untuk menyambut Aidilfitri?
Itu sudah pasti..

Even bagi Yaya,emak sudah bertanya tentang baju raya sebelum berpuasa lagi..ha3
Ramai manusia diluar sana sering bertanya dan hairan jika kita menyambut Ramadhan dengan meriah namun tidak langsung merasa hairan jika menyediakan persiapan untuk menyambut Aidilfitri sebelum waktunya..

Ayah pernah berkata, "Kita sambut Aidilfitri ala kadar saja sudah la sebab Aidilfitri ni kalau dibandingkan dengan hari lain sama ja..Lainla kalau kita sambut Aidiladha..Sepatutnya kita sambut Aidiladha besar-besaran,bukannya Aidilfitri.."






Kumohon padaMu Ya Allah,

Disaat mereka memejamkan mata,
jangan kau biarkan mereka terpejam buat selamanya..

Disaat mereka bergelak ketawa menikmati keindahan alam,
jangan Kau biarkan itu ketawa mereka yang terakhir..

Disaat mereka didakap oleh ibu dan ayah,
jangan Kau biarkan itu dakapan pemergian kepada TuhanNya..

Ku pinta padamu.
biarkan mereka merasa sedikit bahagia..
Untuk merasa manisnya RamadhanMu pada kali ini..

Wednesday, August 19, 2009

Give me The Light..

Semalam,tanggal 19 Ogos 2009,genaplah umur ayahanda tercinta 41 tahun.Kepada ayah,selamat hari lahir,semoga ALLAH sentiasa merahmatimu.Tiada apa yang boleh ku berikan untuk membalas segala jasamu.Hanya yang bias ku bicara hanyalah ucapan terima kasih yang tidak terhingga.
My mom always say like this to me, “Tak ada apa yang kami minta sebagai balasan dari seorang anak kepada mak dan ayahnya.Yang kami minta hanya satu,raihlah kejayaan.Itulah sebaik-baik balasan.”
Berjauhan dengan keluarga walaupun bukan untuk kali pertama namun kerinduan itu masih terasa.Apatah lagi apabila mengingatkan Ramadhan yang kian hampir.
Ayah dan mak,
Aku merinduimu..

Remembrance of Al-Quth..

Pada 19 Ogos 2009,Yaya dan asdiqa’ telah disajikan dengan video dan slide2 sempena Remberance of Al-Quth.Al-Quth?Tahukah apa maknanya?Ianya sempena mengingati kubah Masjid Al-Aqsa yang telah dibakar oleh seorang kafir yang bernama Dennis Michael.Alhamdulillah,kubah tersebut sempat diselamatkan.Dennis ini akhirnya dibawa ke muka pengadilan namun akhirnya dibebaskan dengan alas an yang cukup tidak munasabah,seorang yang tidak siuman.Manakan mungkin dikatakan yang kurang siuman sebab Dennis ni seorang doktor.Wallahualam..
Kemudiannya,kami disajikan dengan video2 saudara2 kita yang sedang berjuang di Bumi Palestin,India,Bosnia dan banyak tempat lagi.Penyiksaan demi penyiksaan telah dilakukan terutamanya tentera zionis di Palestin sana.
Melalui video tersebut,kami ditunjuk bagaimana system khalifah akhirnya dimansuhkan,bagaimana rakyat2 negara2 tadi telah diusir oleh mereka2 yang tidak sepatutnya dan beberapa siksaan yang telah mereka pikul berabad lamanya.
Pernah terbaca dalam beberapa artikel yang mengatakan telah dicatit didalam al-Quran yang mulia bahwa nasib sesuatu kaum itu tidak akan boleh diubah melainkan mereka mengubahnya sendiri.Bagi pandangan Yaya,kita tidak sepatutnya berpegang pada prinsip tersebut kerana kita saudara semuslim.Sekarang,ada kita dengar lagi tentang Tangisan Gaza yang dulu pernah digembar-gemburkan oleh media dulu?Dah tak wujud lagi dikaca tv.Malah Nabi pun bersabda bahawa barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam,maka dia bukanlah daripada kalangannya.
Mereka turut berusaha.Berusaha untuk membebaskan negara mereka dari kekejaman zionis.Mereka berusaha mempertahankannya,apa pula peranan kita?
-meningkatkan kesedaran Islam dalam diri sendiri.
-bantuan kewangan kerana Bank Dunia telah menyekat sebarang kewangan untuk alirkan disana.Justeru,bantuan kewangan amatlah diperlukan.
-sebarkan maklumat kekejaman tentera zionis melalui mata2 pena,video2,lagu2,dan sebagainya.Remaja Malaysia ni kreatif2 dan apa kata salurkan ‘kekreatifan’ tu kearah yang lebih berguna.
-boikot.Bila kita cakap pasal boikot,orang mesti cakap,ah,dah agak..atau alah,isu lama ni tapi apa yang kita buat?adakah kita boikot?Masa isu Gaza tu dulu,Yaya tengok tak ramai orang Melayu or senang cakap orang Islam la di McD ke KFC ke..Sebab apa?Boikot.Sekarang?Paling ramai nak cari orang Islam?Dekat sanalah kalau nak compare dengan masjid dan surau2.
-Tingkatkan doa.Ini ialah usaha yang terakhir.Moga2 bila ditanya oleh Allah nanti diakirat sana,apakah yang telah kita lakukan unutuk menolong saudara2 kita,semoga ini boleh menjadi jawapan kita,insya-ALLAH..
Nabi pernah bersabda,”Akan sampai satu ketika nanti,kamu akan dikerumuni oleh para musuh seperti pemangsa mengerumuni mangsanya.Seorang sahabat akan bertanya,adakah kerana bilangan kami pada masa itu sangat sedikit,ya Rasulullah?Kemudian Rasulullah berkata,Tidak,bilangan kamu sangat ramai namun kamu seperti buih dilautan.Kemudian mereka bertanya lagi,Kenapa terjadi sedemikian?Rasulullah menjawab,kerana Wahn.Apakah yang dimaksudkan dengan Wahn itu?tanya seorang sahabat.Kata Rasulullah.Wahn itu ialah menyintai kehidupan dan membenci kematian.”

Wallahualam..

Islam and Modern Science

Big Bang [Surah 21, Ayat 30]

“Have not those who disbelieve known that the heavens and the earth were joined together as one united piece, then We parted them? And We have made from water every living thing. Will they not then believe?”

Permulaan Alam Dipenuhi Asap[Surah 41,Ayat 11]

“Moreover He comprehended in His design the sky, and it had been (as) smoke: He said to it and to the earth: "Come ye together, willingly or unwillingly." They said: "We do come (together), in willing obedience."


Alam Semesta Berkembang Pesat [Surah 51, Ayat 47]


“With power did We construct the heaven. Verily, We are Able to extend the vastness of space thereof.”


Bentuk Bumi [Surah 39,Ayat 5 & Surah 31,Ayat 29]


“He has created the heavens and the earth with truth. He makes the night to go in the day and makes the day to go in the night. And He has subjected the sun and the moon. Each running (on a fixed course) for an appointed term. Verily, He is the All-Mighty, the Oft-Forgiving.”

“Seest thou not that Allah merges Night into Day and he merges Day into Night; that He has subjected the sun, and the moon (to his Law), each running its course for a term appointed; and that Allah is well-acquainted with all that ye do?”

Atom [Surah 34,Ayat 3]

“Those who disbelieve say: "The Hour will not come to us." Say: "Yes, by my Lord, it will come to you." (Allah, He is) the AllKnower of the unseen, not even the weight of an atom (or a small ant) or less than that or greater, escapes from His Knowledge in the heavens or in the earth, but it is in a Clear Book (AlLauh AlMahfooz).”

Jantina Bayi [Surah 53,Ayat 44-45]

“And that it is He (Allah) Who causes death and gives life; And that He (Allah) creates the pairs, male and female,”

Cap Jari [Surah 75, Ayat 3-4]

“Does man (a disbeliever) think that We shall not assemble his bones? Yes, We are Able to put together in perfect order the tips of his fingers.”

Subhanallah,puji kepada ALLAH..v(^^,)v

indah sungguh dunia..

Indah sungguh dunia ini saat punya teman disisi,
Harungi bersama segala duka dan suka,
Bersama mu teman ku kenal yang mana kaca,yang mana permata.

Indah sungguh dunia ini pabila kita punya orang yang kita cinta,
Bersama dia segala yang gelita terasa cerah,
Bersamamu kekasih,ku kenal diriku ini.

Indah sunggu dunia ini pabila kita bertuhan,
Tahu hanya DIA yang Esa,
Tuhan yang maha satu,
Tidak punya anak dan juga tidak diperanakkan,
Bersamamu Tuhan,aku tahu bahwa diriku ini milikmu,
Hidupkan hati dengan cahayamu,matikan aku dalam agamamu,
Tuhan Semesta Alam..

syukur ya allah..

Kata2 dimulai dengan lafaz bismillah..dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang..semoga semua sentiasa dibawah naungannya,Insya-ALLAH..

Pada mulanya hati ini terasa berat untuk memulakan bicara namun setelah melihat teman2 yang berada disisi sentiasa berbicara,tangan ini terus laju untuk mencoret apa yang ada disini..setelah sekian lama tidak berbicara..kebetulan,hari yang dilalui semakin sibuk dengan assignment,perjanjian dengan teman2,study group..alhamdullillah,masih boleh berdiri untuk menegakkan syiar ALLAH,Tuhan Yang Maha Satu..

Malam ini,Yaya nak ucapkan syukran kepada asdiqa’ yang dah belanja Yaya makan.Banyak sangat makan,syukur..Rezeki kan?Teringat balik,tadi petang Yaya belanja teman2 ais-krim..kemudian,malamnya pulak asdiqa’ ahlul bait pulak yang belanja makan..Alhamdulillah..

Yaya ada depan laptop kemudian dengar lagu2 yang dah lama tak dengar..Yelah,past few days layan lagu Iman jer..Pape pown,Iman memang best..Ternampak pulak lagu Brothers..Pada mula,memang tak boleh nak cam lagu apa sebab seems I’ve never heard this song before..Bila sampai korus,ha!barula tahu lagu apa..Pernah dengar lagu ni?Untukmu Teman..Teringat pulak sahabat2 masa sekolah dulu..Macam mana la life sekarang?Dah lama tak jumpa..Last jumpa pun,masa reunion dulu..Bila Yaya dah jejak tanah negeri ni,terus dah macam lost contact but just a few la..ada la jugak yang stikk contact..yela,dah busy kan..

Teman,harus kamu ketahui hanya kamu yang sentiasa dihati..dimana jua aku berada,tidak pernahku lupakan teman sejujur,sehebat mu..tidak pernah akan ku jumpa pengganti sepertimu..

Disinikita pernah bertemu,

Mencari warna seindah pelangi,

Ketika kau menghulurkan tanganmu,

Membawaku ke daerah yang baru,

Dan hidupku kini ceria.

Mengapa kita bertemu dan akhirnya kita dipisahkan,

Mungkinkan menguji kesetiaan,kejujuran,kemanisan iman,

Tuhan berikan daku kekuatan.

Mungkinkan kita terlupa Tuhan ada janji-Nya

Bertemu berpisah kita ada nikmat dan kasihnya,

Andai ada ujian lahirlah kamar kesabaran,

Pergilah gelita hadirlah cahaya,

Kini dengarkanlah dendangan lagu

Tanda ingatanku,

Kepadamu teman,

Agar ikatan ukhwah kan tersimpul padu,

Kenangan bersamamu,

Takkan luput walau badai datang melanda,

Walau bercerai badan dan nyawa.


Miss you so much!

Sunday, August 16, 2009

apabila tangan yang berbicara

dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang,

bila tangan ini yang berbicara,hanya Tuhan saja yang tahu bila akan terhenti..ha3
bila mulut yang berbicara,insan harus tahu mana hadnya..
bila kaki memulakan langkah,fikirlah akan melangkah ke mana,baik atau buruk..
tepuk dada,tanyalah akal..fikirkanlah..

Friday, February 20, 2009

Sikap Romantik Rasulullah..(^^,)


Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. "

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~^^ Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya ALLAHUAKBAR~


 
Copyright 2009 (>.<)