Sunday, December 18, 2011

Bulatan Gembira~


Fuh!FUh!FUUHHH!

Nampak tak sawang2 yang bersangkutan ni?Dah lama tak update yer.

Hari ni nak cerita pasal Bulatan Gembira.Hari tu ada tengok video2 tarbiah yang masuk competition OSEM.Ada satu vid ni yang bercerita pasal 'Bulatan Gembira'.Saya tersenyum sepanjang menonton video tu.Saya juga ada Bulatan Gembira!

Macam mana boleh 'sangkut'?

Dulu,masa sekolah,memang ada 'Bulatan Gembira' ni tapi hanya sekadar ada.Tapi,terus-terang saya katakan,saya tak faham langsung apa yang disampaikan dalam 'Bulatan Gembira'.(Bila orang suruh jadi murobbi,jadi jer sebab besh jadi kakak senior yang dikenali ramai~)

Habis Form 5,dapat result bagai,saya ditawarkan untuk sambung study dekat universiti di Nilai.Saya pergi (walaupun dalam hati tak nak pun!).Sepanjang saya di universiti,saya mula berkenalan dengan mereka2 yang mengikuti 'Bulatan Gembira'.(Biarlah orang kata saya busuk,tapi saya nak juga tercalit wangi diorang jugak!)

Selepas itu,saya pun joinlah 'Bulatan Gembira'~Dari 'Bulatan Gembira' ini,saya mula tahu 'Konferens Riang',Daurah,Jaulah,etc~

Apa manfaatnya?

Banyaaaaaaaak manfaatnya~Benda baik,takkanlah tak der manfaat kan?

Awak lain,saya lain?

Dulu,masa duduk rumah di depan tasik,ada kawan pernah kata,"Eh,wujud jugak (Bulatan Gembira) *as kan?"

Saya hanya mampu tersenyum.Bagi saya,apa yang penting ialah ISLAM.Nama (NGO) yang kita bawa hanyalah sebagai lesen.

Eg:A ada lesen motorsikal,B pulak ada lesen keta.C lagi terer,ada lesen lori.Tapi,matlamat diorang tetap sama,nak bawak kenderaan tu dekat atas jalan jugak.

Conclusion:Kepada mereka yang masih belum ada 'bulatan gembira',carilah.Indahnya 'Bulatan Gembira' hanya boleh dirasai oleh mereka yang join sahaja.


"Katakanlah(Muhammad),"Jika kamu mencintai ALLAH,ikutilah aku,niscaya ALLAH mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu."ALLAH Maha Pengampun,Maha Penyayang.
(Ali 'Imran:31)

3 comments:

~kembalilah ke jalanNYA yang satu~ said...

suke post ni..nak like banyak2

little daie said...

LIKE!!

Ya Allah tetapkan hati...ye hati kami dalam jalanMU..

azni_1405 said...

hehe...tragedi bulatan gembira saya..

 
Copyright 2009 (>.<)