Friday, January 21, 2011

susahnya...


Saya pernah dengar seorang sahabat berkata: “susah untuk seorang manusia ni bertawakal sentiasa kepada ALLAH.”

Ya!saya mengaku,kadang2 pun saya juga begitu.

Susahnya untuk bertawakal kepadaNya.kenapa?sebab hati kita tidak 100% kita letakkan kepadaNya.

Ada sebuah cerita:

Ada seorang mak cik yang saya sangat hormat.dia penjual kuih tapi setiap kali orang beli,dia mesti bagi kuih lebih.ada sekali saya padanya,

Saya:eh,mak cik.saya nak tiga jer.

Makcik:dah rezeki kamu.ambik jer.

Saya:mana boleh,mak cik kan niaga.nanti rugi nanti.

Makcik:Dia kan ada.

Tersentap saya pada masa tu.mak cik yang dah tua pun meletakkan hati dan rezekinya 100% pada ALLAH,inikan pulak saya.

Makcik:setiap apa yang kita buat,kena ingat,ikhlas tu kena ada.nawaitu barukan setiap hari.rezeki kita bukan ada dekat tangan kita,tangan Dia.Dia nak bagi,Dia bagi.Kalau bukan untuk kita,adalah hikmah tu.

Sejak dari tu,saya belajar banyak perkara dari mak cik tersebut.

Kebetulan saya bawa kereta ke kampus,ramai rakan yang meminta pertolongan.hantar ke sana,hantar ke sini.yang menumpang setiap hari.bayaran?foc yer..lepas ni kalau nak bayar,tak payah..kereta tu memang terbuka untuk semua.(wah,macam buat announcement la pulak..)

Kepada mereka yang sama senasib seperti saya,(tak kisah la bawak kereta ke,motor ke,basikal ke..),ikhlaskan niat anda.jangan buat sesuatu perkara tapi mengharapkan balasan.apatah lagi yang meminta tolong kita bukan orang lain tapi sahabat baik kita,yang kita tatap wajahnya setiap hari.jangan berkira,halalkan semua.insya-ALLAH,jika kita halalkan apa yang pernah kita bagi,orang lain pun akan halalkan apa yang diorang bagi.

Sedangkan sahabat Rasulullah dulu pun sanggup berkorban jiwa dan raga demi sahabat yang lain,apatah lagi kita.setakat mana jer la pengorbanan kita terhadap sahabat kita..

Letakkan hatimu di tanganNya 100%!

Tuesday, January 18, 2011

smile!

buku kanak2 20 tahun~

buku saya~

my fav neslo..


donut!




Tuesday, January 4, 2011

ujian Allah bagi..


Ulser mulut,kadang2 orang panggil mata ikan.Tak kisah la apa namanya pun,tapi ni la yang boleh digambarkan bila ada ulser mulut.

Sakit,pedih dan menyeksakan!

Pengalaman ulser mulut kali ni memang betul2 menguji saya.Tak boleh berkata-kata,tak boleh makan.Diam seribu bahasa,tak aktif macam selalu.

Makan?Beli pastu sedekah kat orang yang nak.Ada jugak yang jadi tukang sponsor cereal.He3.Tomodachi,arigatou!

Yang jadi tukang sponsor bonjela pun ada.terima kasih,jasamu dikenang.Yang nak taruk garam tu,terima kasih jugak sebab masih sayang saya!

Terima kasih kepada semua yang mengambil berat.saya sayang anda!

Sembuhkanlah aku kerana Engkaulah penyembuh, tiada penyembuh lain melainkan Engkaulah saja, suatu penyembuhan yang tiada meninggalkan penyakit.
 
Copyright 2009 (>.<)