Monday, April 1, 2013

Mr Papa & Mrs Mama

Melihat isu2 perkahwinan usia muda yang menghiasi wall saya di FB dan juga disebabkan seorang sahabat yang asyik-asyik bercakap pasal nak kahwin (harap2 awak baca ni~),saya terpanggil untuk menulis entri ini.

Tentang kahwinnya Mr Papa dan Mrs Mama.

Mr Papa dan Mrs Mama,bernikah ketika usia muda,Mr Papa umur 22 tahun dan Mrs Mama,muda setahun.Masa tu,dua-dua masih menuntut di universiti.

Alkisahnya,Mr Papa suka dekat Mrs Mama,Mrs Mama pun suka kat Mr Papa (even though she told me that she really hates him first.Like a REALLY BIG hate!).Kemudian,bernikahlah kedua-dua pada tanggal 6 September 1990 dengan mahar hanya RM80 tunai.

Dan pada tahun seterusnya,23 November,this troublemaker ni pun lahir~

Kahwin muda,atau kahwin ketika masih lagi belajar,bukanlah satu perkara janggal dalam keluarga kami.Rata-ratanya,lepas habis SPM,terus kahwin.Paling lewat pun,sepupu saya yang akan berkahwin Jun ni,berumur 26 tahun.

Jadi,orang yang rapat dengan keluarga akan tertanya-tanya bila pula giliran saya.Tersenyum.

Saya pernah tanya Mrs Mama,apa yang susah kahwin muda ni.

"Lain orang,lain experience nya.Like mine,dulu keta xdak.Jadi,pi mana-mana,naik la moto.Dah lama-lama kawen,dah ada saving sikit,baru beli keta.Pastu,baru pikir pasal umah."

Then,I asked Mr Papa.

"Marriage change me a lot."Huh,camna tu?

"Dulu,masa nak buat assignment,tau bila?Esok nak kena hantaq,malam ni baru kelam kabut nak buat."

Before tu buat apa?

"Merempit ar.."Indeed..

Lepas kahwin?

"Lepas dah kahwin,kena fikir tanggungjawab.Nak bawak motor pun kena pelan-pelan.Dah ada orang tersayang."

Ok,fine~

"Nak kahwin bukan disebabkan kita dah ready kata 'oh,aku nak kahwin'.Kena ready both physical and mental.Kahwin bukan benda main-main.Memang tak susah nak kahwin tapi ingat kahwin bukan benda sehari dua."

Preparation baitul muslim.

Mungkin disebabkan experience Mr Papa dan Mrs Mama tu lah,masa Angah minta kahwin,dua-dua tak melatah.

Jawapannya senang.

"Kalau rasa dah bersedia nak pikul tanggungjawab,do it."

Like.

Malah,adik saya yang second last pernah bertanya saya tentang kahwin tapi Mrs Mama pulak yang jawab.

"Biarlah,dia tak ready lagi."

Senyum sampai nampak gigi.

To you yang nak kahwin,

Kahwin juga adalah ujian.Allah tu Maha Hebat.Kalau Dia dah kata kahwin adalah takdir kita masa belajar,itu adalah takdir kita.

Fikir dalam-dalam sama ada kita dah betul-betul sedia atau belum.

Tapi,dari berterusan buat dosa,baik kahwin terus kan?

P/S : nak sambung cerita pasal Mr Papa ngan Mrs Mama kawen.

At first,bila Mr Papa pergi merisik,kena tolak sebenarnya.Sebab tok wan (datuk) kata,Mr Papa tak serupa orang.Haha.Sebab masa tu,style paling femes antara mat rempit is rambut panjang.Jadi,disebabkan tu,lamaran ditolak.

Tapi tok wan kata,Mr Papa ni determined sangat.Tok wan cakap,'kalo hang nak anak aku,hang mai balik lagi dua tahun,jadi orang.'

Mr Papa pun pergi la belajar jadi 'orang' dan jumpa la tok wan lagi sekali dengan lamaran dia.Diterima.(^^,)

Sejak hari tu,Mr Papa memang dah tak ada style mat rempit tu tapi dia 'perturunkan' dekat anak-anak dia pulak.

Kitorang dua beradik la masa tu.Haibat punya style!

:: panjang betul entri pasal kawen Mr Papa ngan Mrs Mama.Maybe tahap rindu dah memuncak kowt.Hak!

0 comments:

 
Copyright 2009 (>.<)