Wednesday, August 26, 2009

tazkirah sempena Ramadhan Kareem..

bismillah..segala puji bagi Tuhan pemilik alam..semoga berada dibawah naungan hidayahNya sentiasa,insya-ALLAH..
tadi petang,pelajar muslimin dan juga muslimat tamhidi perakaunan dan muamalat telah ditazkirahkan sempena Ramadhan yang mulia ini..
alhamdulillah,mesej yang disampaikan dapat disampaikan dengan cara speaker itu tersendiri..kepada syabab berkenaan,syabas buatmu!
meskipun cara penyampaian amat bersahaja namun apa yang ingin disampaikan amat bermakna.Yaya akui Yaya keluar ketika tazkirah berlangsung kerana mendapat panggilan telefon yang tidak dapat dielakkan dan hanya berada di majlis ketika sudah sampai ke kemuncaknya..
Apabila sampai ke dewan,asdiqa' semua sedang khusyuk mendengar apa yang disampaikan oleh syabab berkenaan..dan Yaya turut mendengar..Alhamdulillah..
kesempatan ini juga,Yaya ingin berpesan kepada semua,hiasilah diri kita dengan akhlak yang mulia..Yaya dapati bulan Ramadhan ini,seolah2 langsung tidak memberikan sedikit perubahan pun kepada muslimin dan muslimat diluar sana..masing cara bepakaian yang sama,cara percakapan yang serupa..
Yaya akui kita memang tidak boleh merubah diri kita 100%..Yaya pun masih lagi dalam proses merubah diri ini..kalau dulu,Yaya suka dengar lagu2 korea,jepun..sekarang alhamdulillah,berkat pertolongan dan bantuan dari asdiqa',Yaya telah berubah..berkat kerana cinta kepada seorang manusia dan juga hambaNya,Yaya telah berubah..syukur,Ya ALLAH..
oleh itu,jadikan Ramadhan kali ini sebagai medan kita untuk berjuang menentang nafsu kita yang degil ini dan juga sebagai tempat untuk merubah diri kita agar menjadi yang lebih baik dari sebelumnya,Insya-ALLAH..

Sunday, August 23, 2009

aku memohon padamu Ya Allah..

Dimulai dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang..syukur kepada tuhan seinifiniti alam..
syukur kepada ALLAH masih lagi dipanjangkan umur untuk berada di Ramadhan Kareem yang mulia ini..kuharapkan Ramadhanku kali ini lebih memberi makna berbanding Ramadhan sebelumnya..


Ya ALLAH,
limpahkanlah rahmatMu kepadaku,kedua ibubapaku,keluargaku,rakan2ku,seluruh muslimin dan muslimat..

Ramadhan yang dinanti kini kembali namun apa persiapan kita sempena Ramadhan ini?
Persiapan untuk menyambut Aidilfitri?
Itu sudah pasti..

Even bagi Yaya,emak sudah bertanya tentang baju raya sebelum berpuasa lagi..ha3
Ramai manusia diluar sana sering bertanya dan hairan jika kita menyambut Ramadhan dengan meriah namun tidak langsung merasa hairan jika menyediakan persiapan untuk menyambut Aidilfitri sebelum waktunya..

Ayah pernah berkata, "Kita sambut Aidilfitri ala kadar saja sudah la sebab Aidilfitri ni kalau dibandingkan dengan hari lain sama ja..Lainla kalau kita sambut Aidiladha..Sepatutnya kita sambut Aidiladha besar-besaran,bukannya Aidilfitri.."






Kumohon padaMu Ya Allah,

Disaat mereka memejamkan mata,
jangan kau biarkan mereka terpejam buat selamanya..

Disaat mereka bergelak ketawa menikmati keindahan alam,
jangan Kau biarkan itu ketawa mereka yang terakhir..

Disaat mereka didakap oleh ibu dan ayah,
jangan Kau biarkan itu dakapan pemergian kepada TuhanNya..

Ku pinta padamu.
biarkan mereka merasa sedikit bahagia..
Untuk merasa manisnya RamadhanMu pada kali ini..

Wednesday, August 19, 2009

Give me The Light..

Semalam,tanggal 19 Ogos 2009,genaplah umur ayahanda tercinta 41 tahun.Kepada ayah,selamat hari lahir,semoga ALLAH sentiasa merahmatimu.Tiada apa yang boleh ku berikan untuk membalas segala jasamu.Hanya yang bias ku bicara hanyalah ucapan terima kasih yang tidak terhingga.
My mom always say like this to me, “Tak ada apa yang kami minta sebagai balasan dari seorang anak kepada mak dan ayahnya.Yang kami minta hanya satu,raihlah kejayaan.Itulah sebaik-baik balasan.”
Berjauhan dengan keluarga walaupun bukan untuk kali pertama namun kerinduan itu masih terasa.Apatah lagi apabila mengingatkan Ramadhan yang kian hampir.
Ayah dan mak,
Aku merinduimu..

Remembrance of Al-Quth..

Pada 19 Ogos 2009,Yaya dan asdiqa’ telah disajikan dengan video dan slide2 sempena Remberance of Al-Quth.Al-Quth?Tahukah apa maknanya?Ianya sempena mengingati kubah Masjid Al-Aqsa yang telah dibakar oleh seorang kafir yang bernama Dennis Michael.Alhamdulillah,kubah tersebut sempat diselamatkan.Dennis ini akhirnya dibawa ke muka pengadilan namun akhirnya dibebaskan dengan alas an yang cukup tidak munasabah,seorang yang tidak siuman.Manakan mungkin dikatakan yang kurang siuman sebab Dennis ni seorang doktor.Wallahualam..
Kemudiannya,kami disajikan dengan video2 saudara2 kita yang sedang berjuang di Bumi Palestin,India,Bosnia dan banyak tempat lagi.Penyiksaan demi penyiksaan telah dilakukan terutamanya tentera zionis di Palestin sana.
Melalui video tersebut,kami ditunjuk bagaimana system khalifah akhirnya dimansuhkan,bagaimana rakyat2 negara2 tadi telah diusir oleh mereka2 yang tidak sepatutnya dan beberapa siksaan yang telah mereka pikul berabad lamanya.
Pernah terbaca dalam beberapa artikel yang mengatakan telah dicatit didalam al-Quran yang mulia bahwa nasib sesuatu kaum itu tidak akan boleh diubah melainkan mereka mengubahnya sendiri.Bagi pandangan Yaya,kita tidak sepatutnya berpegang pada prinsip tersebut kerana kita saudara semuslim.Sekarang,ada kita dengar lagi tentang Tangisan Gaza yang dulu pernah digembar-gemburkan oleh media dulu?Dah tak wujud lagi dikaca tv.Malah Nabi pun bersabda bahawa barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam,maka dia bukanlah daripada kalangannya.
Mereka turut berusaha.Berusaha untuk membebaskan negara mereka dari kekejaman zionis.Mereka berusaha mempertahankannya,apa pula peranan kita?
-meningkatkan kesedaran Islam dalam diri sendiri.
-bantuan kewangan kerana Bank Dunia telah menyekat sebarang kewangan untuk alirkan disana.Justeru,bantuan kewangan amatlah diperlukan.
-sebarkan maklumat kekejaman tentera zionis melalui mata2 pena,video2,lagu2,dan sebagainya.Remaja Malaysia ni kreatif2 dan apa kata salurkan ‘kekreatifan’ tu kearah yang lebih berguna.
-boikot.Bila kita cakap pasal boikot,orang mesti cakap,ah,dah agak..atau alah,isu lama ni tapi apa yang kita buat?adakah kita boikot?Masa isu Gaza tu dulu,Yaya tengok tak ramai orang Melayu or senang cakap orang Islam la di McD ke KFC ke..Sebab apa?Boikot.Sekarang?Paling ramai nak cari orang Islam?Dekat sanalah kalau nak compare dengan masjid dan surau2.
-Tingkatkan doa.Ini ialah usaha yang terakhir.Moga2 bila ditanya oleh Allah nanti diakirat sana,apakah yang telah kita lakukan unutuk menolong saudara2 kita,semoga ini boleh menjadi jawapan kita,insya-ALLAH..
Nabi pernah bersabda,”Akan sampai satu ketika nanti,kamu akan dikerumuni oleh para musuh seperti pemangsa mengerumuni mangsanya.Seorang sahabat akan bertanya,adakah kerana bilangan kami pada masa itu sangat sedikit,ya Rasulullah?Kemudian Rasulullah berkata,Tidak,bilangan kamu sangat ramai namun kamu seperti buih dilautan.Kemudian mereka bertanya lagi,Kenapa terjadi sedemikian?Rasulullah menjawab,kerana Wahn.Apakah yang dimaksudkan dengan Wahn itu?tanya seorang sahabat.Kata Rasulullah.Wahn itu ialah menyintai kehidupan dan membenci kematian.”

Wallahualam..

Islam and Modern Science

Big Bang [Surah 21, Ayat 30]

“Have not those who disbelieve known that the heavens and the earth were joined together as one united piece, then We parted them? And We have made from water every living thing. Will they not then believe?”

Permulaan Alam Dipenuhi Asap[Surah 41,Ayat 11]

“Moreover He comprehended in His design the sky, and it had been (as) smoke: He said to it and to the earth: "Come ye together, willingly or unwillingly." They said: "We do come (together), in willing obedience."


Alam Semesta Berkembang Pesat [Surah 51, Ayat 47]


“With power did We construct the heaven. Verily, We are Able to extend the vastness of space thereof.”


Bentuk Bumi [Surah 39,Ayat 5 & Surah 31,Ayat 29]


“He has created the heavens and the earth with truth. He makes the night to go in the day and makes the day to go in the night. And He has subjected the sun and the moon. Each running (on a fixed course) for an appointed term. Verily, He is the All-Mighty, the Oft-Forgiving.”

“Seest thou not that Allah merges Night into Day and he merges Day into Night; that He has subjected the sun, and the moon (to his Law), each running its course for a term appointed; and that Allah is well-acquainted with all that ye do?”

Atom [Surah 34,Ayat 3]

“Those who disbelieve say: "The Hour will not come to us." Say: "Yes, by my Lord, it will come to you." (Allah, He is) the AllKnower of the unseen, not even the weight of an atom (or a small ant) or less than that or greater, escapes from His Knowledge in the heavens or in the earth, but it is in a Clear Book (AlLauh AlMahfooz).”

Jantina Bayi [Surah 53,Ayat 44-45]

“And that it is He (Allah) Who causes death and gives life; And that He (Allah) creates the pairs, male and female,”

Cap Jari [Surah 75, Ayat 3-4]

“Does man (a disbeliever) think that We shall not assemble his bones? Yes, We are Able to put together in perfect order the tips of his fingers.”

Subhanallah,puji kepada ALLAH..v(^^,)v

indah sungguh dunia..

Indah sungguh dunia ini saat punya teman disisi,
Harungi bersama segala duka dan suka,
Bersama mu teman ku kenal yang mana kaca,yang mana permata.

Indah sungguh dunia ini pabila kita punya orang yang kita cinta,
Bersama dia segala yang gelita terasa cerah,
Bersamamu kekasih,ku kenal diriku ini.

Indah sunggu dunia ini pabila kita bertuhan,
Tahu hanya DIA yang Esa,
Tuhan yang maha satu,
Tidak punya anak dan juga tidak diperanakkan,
Bersamamu Tuhan,aku tahu bahwa diriku ini milikmu,
Hidupkan hati dengan cahayamu,matikan aku dalam agamamu,
Tuhan Semesta Alam..

syukur ya allah..

Kata2 dimulai dengan lafaz bismillah..dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang..semoga semua sentiasa dibawah naungannya,Insya-ALLAH..

Pada mulanya hati ini terasa berat untuk memulakan bicara namun setelah melihat teman2 yang berada disisi sentiasa berbicara,tangan ini terus laju untuk mencoret apa yang ada disini..setelah sekian lama tidak berbicara..kebetulan,hari yang dilalui semakin sibuk dengan assignment,perjanjian dengan teman2,study group..alhamdullillah,masih boleh berdiri untuk menegakkan syiar ALLAH,Tuhan Yang Maha Satu..

Malam ini,Yaya nak ucapkan syukran kepada asdiqa’ yang dah belanja Yaya makan.Banyak sangat makan,syukur..Rezeki kan?Teringat balik,tadi petang Yaya belanja teman2 ais-krim..kemudian,malamnya pulak asdiqa’ ahlul bait pulak yang belanja makan..Alhamdulillah..

Yaya ada depan laptop kemudian dengar lagu2 yang dah lama tak dengar..Yelah,past few days layan lagu Iman jer..Pape pown,Iman memang best..Ternampak pulak lagu Brothers..Pada mula,memang tak boleh nak cam lagu apa sebab seems I’ve never heard this song before..Bila sampai korus,ha!barula tahu lagu apa..Pernah dengar lagu ni?Untukmu Teman..Teringat pulak sahabat2 masa sekolah dulu..Macam mana la life sekarang?Dah lama tak jumpa..Last jumpa pun,masa reunion dulu..Bila Yaya dah jejak tanah negeri ni,terus dah macam lost contact but just a few la..ada la jugak yang stikk contact..yela,dah busy kan..

Teman,harus kamu ketahui hanya kamu yang sentiasa dihati..dimana jua aku berada,tidak pernahku lupakan teman sejujur,sehebat mu..tidak pernah akan ku jumpa pengganti sepertimu..

Disinikita pernah bertemu,

Mencari warna seindah pelangi,

Ketika kau menghulurkan tanganmu,

Membawaku ke daerah yang baru,

Dan hidupku kini ceria.

Mengapa kita bertemu dan akhirnya kita dipisahkan,

Mungkinkan menguji kesetiaan,kejujuran,kemanisan iman,

Tuhan berikan daku kekuatan.

Mungkinkan kita terlupa Tuhan ada janji-Nya

Bertemu berpisah kita ada nikmat dan kasihnya,

Andai ada ujian lahirlah kamar kesabaran,

Pergilah gelita hadirlah cahaya,

Kini dengarkanlah dendangan lagu

Tanda ingatanku,

Kepadamu teman,

Agar ikatan ukhwah kan tersimpul padu,

Kenangan bersamamu,

Takkan luput walau badai datang melanda,

Walau bercerai badan dan nyawa.


Miss you so much!

Sunday, August 16, 2009

apabila tangan yang berbicara

dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang,

bila tangan ini yang berbicara,hanya Tuhan saja yang tahu bila akan terhenti..ha3
bila mulut yang berbicara,insan harus tahu mana hadnya..
bila kaki memulakan langkah,fikirlah akan melangkah ke mana,baik atau buruk..
tepuk dada,tanyalah akal..fikirkanlah..
 
Copyright 2009 (>.<)