Thursday, September 30, 2010

30 facts of me!

1-Nama Nur Hidayah,diberikan oleh arwah datuk terchenta.

2-Umur belum cukup 19 lagi,hujung tahun ni baru cukup ler.

3-Nak berpindah ke Kedah tapi takkan sesekali mengaku sebagai orang Kedah!

4-Ada 5 adik-beradik.2 lelaki,3 perempuan.

5-Rapat dengan adik yang kedua (lelaki,17) & suka keluar dua orang jer(akan ada spekulasi yang tak sepatutnya)

6-Tak pernah tengok wayang.

7-Tak pernah ada basikal,tak pernah ada motorsikal.

8-Tak pandai nak tunggang motor (sebab first,kaki tak sampai daa..)

9-Tak pernah dan takkan ada external hard disk sebab diriku ini clumsy orangnya.

10-Pernah bercita-cita nak jadi zoologist.

11-Pernah bercita-cita nak jadi cikgu B.I.

12-Suka warna pink.

13-Suka Smart Car.

14-Tak ada Tweeter.

15-Facebook account baru ada.

16-Tak suka keadaan yang bising (bila orang cakap ramai-ramai,macam lebah)

17-Suka mengelamun.

18-Rapat dengan mak (kalau nak compare dengan ayah)

19-Suka yogurt.

20-Suka salad buah.

21-Suka air kelapa.(yummy!)

22-Bila sakit,tak suka orang check me up.(I’ll cry)

23-Bila marah,suka nangis.(kalau marah-marah yang selalu tu,marah mulut jer tu.Dalam
hati tak pun.)

24-Tak suka orang sentuh my gadget tanpa kebenaran.

25-Ramah dengan orang yang dah lama kenal.

26-Suka menulis.

27-Bukan seorang yang berterus-terang.

28-Tengah belajar Mak Yong dengan Aina.

29-Paling rendah dalam family.

30-I am proud to be a Malaysian!

Sunday, September 26, 2010

mengingati al-quds!

Bebaskan Palestin

La ilaha illallah
Muhammadur Rasulullah
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabilillah,

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta,
_________
Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta


Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara
_________
Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

_________
Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Hentikanlah penderitaan
dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi Anbiya'
Berdoa kepada Ilahi
Agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya
_________
Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta
_________
Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara

_________

Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara





Thursday, September 16, 2010

~Jahit Menjahit~

*cerita dibawah tiada kaitan dengan mesin jahit di atas.
al-kisah maka tersebutlah kisah,ketika aku sedang menyiapkan assignment titas,adik lelaki yang paling tua sedang berada di dalam bilik,adik perempuanku yang pertama sedang menyiapkan kerja sejarahnya dan adik perempuan yang terakhir sedang terbaring atas katilnya,maka setiap seorang dari kami beradalah di dalam bilik masing2.
arakian,adik perempuanku datang ke bilik dan menyuruhku membuka earphoneku.lantas,tatkala aku membuka benda alah tersebut,terdengar adikku yang paling kecil sedang menangis.maka,aku segera keluar dan melihat ibuku sedang memegang kepalanya yang berlumuran darah.adik2ku yang lain sudah pun lari menyelamatkan diri,semua takut dengan darah.
jadi,aku bersiap dan kami ke hospital bersama-sama ayahku.jadi,diringkaskan cerita,kepalanya berjahitlah.

sepanjang nak menjahit kepalanya itu,pelbagai kisah telah berlaku kerana adikku ini merupakan hulk hogan family faudzi.antaranya:

-masa nak dibius,ada 4 orang pegang dia.kesemua lelaki.yang rebah terbaring dek amukannya ialah medical asisstant.then,my father.after that,doktor.yang tak rebah tapi hampir2 rebah is medical assistant yang lagi sorang tuh.
-dibius 2 kali tapi still concious.so,decision dibuat.jahit masa dia sedar jugak.

-dibedung masa nak jahit dan dipegang oleh mereka2 yang sama masa bius tadi tapi tak tahu la macam mana,bedung tu boleh terbukak.sampai doktor tu cakap, "aiya,kuat la ini budak!"

jadi,as conclusion,berhati-hatilah walau di mana anda berada!


Saturday, September 11, 2010

~ALLAH gives me HIS guidace~

:: Buatlah sesuatu yang tidak disukainya tapi ingat jangan bila DIA sudah menunjukkan kuasaNYA satu hari nanti,baru kita hendak terngadah ::

Hari ini,2 Syawal 1431H.Allah telah tunjukkan aku sesuatu.

Ibuku selalu berpesan,"Jangan bawak kereta laju2.Bahaya."
Iklan di papan2 sepanjang jalan mengatakan,"Jangan melintas seperti seekor ayam."
Orang2 selalu berpesan,"Ingatlah orang yang tersayang."

Aku berhenti di bahu jalan ketika adikku bertanya,

"Kamu nak bawak ghete ke gi Nilai nanti?"
"Ate,kamu asek meghosakkan kete teman aje.Kete baghu 2 tahun,dah nampak macam 5 tahun."

Kemudian,hati terlintas ingin memandang cermin sisi dan ku lihat sebuah kereta Viva merah sedang memecut laju,bagaikan dia sedang berada di highway padahal tengah berada di jalan alternatif!

"Laju bebenor kete tu." Saat terluncur ayat itu,seekor ayam melintas jalan dan kereta tersebut mengelak namun dia tersasar elakannya apabila dia melanggar motorsikal dari arah yang bertentangan.Pembonceng motorsikal tercampak ke dalam parit yang sememangnya tidak berair dan tidak diketahui untung nasibnya.Kami di dalam kereta hanya terkesima,diam tidak terkata.

"La ilahaillah.."Telefonku berbunyi memecahkan suasana sunyi.

"Assalamualaikum.Long,balik.Pak cik Syed maghi umah."ayahku berkata.
"Ok2.On my way."

Aku mengigil,tidak tahu hendak berbuat apa.Menyaksikan kemalangan di depan mata,membuatkan aku terkesima.

"Ngah,camne ni?"
"Balik2.Cuak dah hati ni."

Menurut penglihatan adikku yang sorang tu,penunggang motorsikal yang dilanggar itu tidak memakai topi keledar dan sedang asyik melayan handphonenya ketika kereta itu merempuhnya.

Aku mengambil iktibar.Selalunya,aku akan memecut walau di mana aku berada.Perjalanan dari Penang hingga Perak akan memakan masa 2 jam dengan kelajuan secara purata 120km/h (yelah,kereta Kancil je..)

Tetapi,perjalanan sebentar tadi memakan masa hampir 4 jam dengan kelajuan secara purata 80 km/h walaupun di highway.Insaf lah anda sebelum terlambat!

Jadi,sebagai kesimpulan,peringatan kepada:

pemandu2 di luar sana : jalan raya bukan tempat untuk berlumba.patuhi had laju yang ditetapkan.ada hikmah kenapa kerajaan letak had laju tu..

penunggang motorsikal : jangan anggap anda berada di kawasan kampung,anda tidak perlukan topi keledar.dan jugak,TOLONGLAH hormat pengguna jalanraya yang lain.

pejalan kaki : jangan melintas seperti seekor ayam!

INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG!




Wednesday, September 8, 2010

All Mums Are Amazing!





All Mums Are Amazing
Ibu tidak hanya ‘tersekat’ pada perkataan surirumah tangga atau penjawat jawatan di dalam sektor kerajaan mahupun swasta.Percaya atau tidak,ibulah yang pemegang pekerjaan yang paling banyak sekali.Antaranya ialah:

1-doktor/jururawat : menjaga anak yang sakit

2-chef : memasak di dapur

3-kaunselor : mendengar masalah anak2

4-pemandu : menghantar anak2 ke sekolah

5-pereka fesyen : menyediakan baju anak2 terutamanya pada musim perayaan

6-setiausaha : mengingat setiap peristiwa penting dalam keluarga

7-cikgu : mengajar anak2 erti kehidupan yang sebenar

8-penglipur lara : bercerita kepada anak2 kisah2 lampau

9-penyanyi : anak2 tertidur dengan alunan suara ibu

10-perunding kewangan – merancang kewangan keluarga setiap bulan

11-polis : menyoal siasat anak2 ( jika mereka melakukan kesalahan)

12-cheer leader : memberi semangat kepada anak2

13-pengkritik : mengkritik anak2 tentang apa yang tidak seharusnya dilakukan

14-interior designer : susun atur perabot rumah

Eventhough banyak lagi yang boleh di’list’kan,ini sahaja yang timbul dalam fikiran ini.so,to all mums out there,you are amazing!

Wednesday, September 1, 2010

~dalam pencarian~


Sebagai seorang manusia,amat wajib bagi setiap orang itu untuk mencari ‘cinta’ samada yang palsu atau yang benar.fitrah manusia itu sendiri untuk disayangi dan menyayangi manusia lain.tiada cinta,hidup seakan tiada warna.

Tatkala mencari-cari erti cinta,kita tersangkut dengan lakonan manusia yang juga turut dalam pencarian mencari cinta seperti kita.seperti sarang labah-labah yang boleh memerangkap mangsanya,kita terperangkap dalam bicara manis manusia itu.kita dibawa hanyut ke tengah lautan cinta,tidak tahu bahawa daratan telah pun kita tinggalkan dengan jauhnya.

Kemudiannya,kita sedari,kapal yang kita layari itu ternyata tidak ada ketahanannya,meskipun diperbuat dari kayu jati berkualiti tinggi.kapal itu semakin mereput dan menjadi takdir,kita dibawa gelombang.tidak tahu nasib samada masih hidup atau telah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dalam bertaruh nasib,kita berpaut pada sebatang kayu yang teroleng-oleng di lautan itu.kita dibawa arus sehinggalah tiba ke daratan.seorang,tiada peneman.saat itu mungkin kita akan teringat kepada Yang Maha Menyintai.sesungguhnya,hanya kepada DIA kita akan kembali suatu hari nanti.

Kebelakangan ini,banyak persoalan tentang jodoh dan perkahwinan.Jodoh,tiada kaitan dengan keturunan atau dari mana kita berasal.Sering kali kita bertanya bagaimana seseorang itu boleh berkahwin padahal dia masih muda?Sesetengah pula,meletakkan target untuk berkahwin.Contohnya,sebelum 25,tak nak kahwin dulu.Belajar,kerja,baru kahwin.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datangg bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah-tengah bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabulselain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan-tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan.. "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

 
Copyright 2009 (>.<)