Sunday, May 12, 2013

Superhuman

2005

Pergi ke sekolah macam biasa.Naik bas,sampai sekolah.Tadarus.Mula pembelajaran.

Kemudiannya,pengumuman di speaker kelas.

"Nor Syakila Mokhtar.Sila ke pejabat."

Fuh,nama Kak Syark femes.Kena panggil.

Kemudian,terdengar bunyi benda terbalik.Sekolah kecik,pensel jatuh pun boleh dengar.(hiperbola ya~)

Terdengar kecoh di kelas seberang.

'Kenapa?'

Selang setengah jam,segala terlerai.

"Sedekahkan al-Fatihah kepada ibu Nor Syakila yang telah pulang ke rahmatullah."

Al-Fatihah.


2009

SMS diterima pukul 2 pagi.Ringkas namun padat.

'Mak Eja dah tak da.Eksiden tengah malam tadi.Minta sahabat semua turun GH esok pagi.Kenderaan akan disusun.'

Allah.

Selepas subuh,dua kereta pergi ke GH dan kereta yang lain menunggu jenazah di tanah perkuburan.

Melihat sahabat sendiri terlantar,hati jadi sayu.

"Eja dah tahu?"

"Belum.Tak nak bagitau lagi."

Sayu lagi.

Selesai solat,bersalam perpisahan.

"Eja,aku dah nak balik ni.Jaga diri."Tangan digenggam sukar dilepas.

"Hang doala aku ngan mak aku tau."Dia sudah tahu.

Air mata mula bergenang.

"Ja,hang kena kuat!"

Kuat.


2013

Whatsapp diterima ketika dalam perjalanan pulang ke Nilai.Berhenti di traffic light.Whatsapp dibaca.

'Assalamualaikum.Ayah sy telah pulang ke rahmatullah sebentar tadi.'

Allah,ujianMu datang lagi.

"Pura,aku tak tau nak facing Mar macam mana."

"Aku pun.'

Sepanjang perjalanan,lagu-lagu yang berkemundang,seolah-olah memahami perasaan kami.

So Soon-Maher Zain.Pergi-Aizat.

Kemudian,berita disampaikan kepada Pn Mama dengan air mata.

"Lor,tak mau la nangeh-nangeh ni.Ni kalau kat depan dia,tak mau nangeh.Nanti dia pun sedih sama."

Mar,kuat!


Dalam ketiga-tiga cerita ini,ada satu persamaan.Meski pun orangnya berbeza,pasti ada yang mengungkap,

"Aku tak tau kalau benda ni jadi kat aku."

Hey,you!Ingat apa Dia kata?

Dia takkan bagi satu ujian tu kalau hamba dia tak boleh tanggung.

Hanya mereka-mereka yang mempunyai superpower sahaja yang boleh menghadapi ujian yang haibat sebegini.

To all superhuman,keep strong!


 
Copyright 2009 (>.<)