Wednesday, August 26, 2009

tazkirah sempena Ramadhan Kareem..

bismillah..segala puji bagi Tuhan pemilik alam..semoga berada dibawah naungan hidayahNya sentiasa,insya-ALLAH..
tadi petang,pelajar muslimin dan juga muslimat tamhidi perakaunan dan muamalat telah ditazkirahkan sempena Ramadhan yang mulia ini..
alhamdulillah,mesej yang disampaikan dapat disampaikan dengan cara speaker itu tersendiri..kepada syabab berkenaan,syabas buatmu!
meskipun cara penyampaian amat bersahaja namun apa yang ingin disampaikan amat bermakna.Yaya akui Yaya keluar ketika tazkirah berlangsung kerana mendapat panggilan telefon yang tidak dapat dielakkan dan hanya berada di majlis ketika sudah sampai ke kemuncaknya..
Apabila sampai ke dewan,asdiqa' semua sedang khusyuk mendengar apa yang disampaikan oleh syabab berkenaan..dan Yaya turut mendengar..Alhamdulillah..
kesempatan ini juga,Yaya ingin berpesan kepada semua,hiasilah diri kita dengan akhlak yang mulia..Yaya dapati bulan Ramadhan ini,seolah2 langsung tidak memberikan sedikit perubahan pun kepada muslimin dan muslimat diluar sana..masing cara bepakaian yang sama,cara percakapan yang serupa..
Yaya akui kita memang tidak boleh merubah diri kita 100%..Yaya pun masih lagi dalam proses merubah diri ini..kalau dulu,Yaya suka dengar lagu2 korea,jepun..sekarang alhamdulillah,berkat pertolongan dan bantuan dari asdiqa',Yaya telah berubah..berkat kerana cinta kepada seorang manusia dan juga hambaNya,Yaya telah berubah..syukur,Ya ALLAH..
oleh itu,jadikan Ramadhan kali ini sebagai medan kita untuk berjuang menentang nafsu kita yang degil ini dan juga sebagai tempat untuk merubah diri kita agar menjadi yang lebih baik dari sebelumnya,Insya-ALLAH..

0 comments:

 
Copyright 2009 (>.<)