Wednesday, August 19, 2009

Remembrance of Al-Quth..

Pada 19 Ogos 2009,Yaya dan asdiqa’ telah disajikan dengan video dan slide2 sempena Remberance of Al-Quth.Al-Quth?Tahukah apa maknanya?Ianya sempena mengingati kubah Masjid Al-Aqsa yang telah dibakar oleh seorang kafir yang bernama Dennis Michael.Alhamdulillah,kubah tersebut sempat diselamatkan.Dennis ini akhirnya dibawa ke muka pengadilan namun akhirnya dibebaskan dengan alas an yang cukup tidak munasabah,seorang yang tidak siuman.Manakan mungkin dikatakan yang kurang siuman sebab Dennis ni seorang doktor.Wallahualam..
Kemudiannya,kami disajikan dengan video2 saudara2 kita yang sedang berjuang di Bumi Palestin,India,Bosnia dan banyak tempat lagi.Penyiksaan demi penyiksaan telah dilakukan terutamanya tentera zionis di Palestin sana.
Melalui video tersebut,kami ditunjuk bagaimana system khalifah akhirnya dimansuhkan,bagaimana rakyat2 negara2 tadi telah diusir oleh mereka2 yang tidak sepatutnya dan beberapa siksaan yang telah mereka pikul berabad lamanya.
Pernah terbaca dalam beberapa artikel yang mengatakan telah dicatit didalam al-Quran yang mulia bahwa nasib sesuatu kaum itu tidak akan boleh diubah melainkan mereka mengubahnya sendiri.Bagi pandangan Yaya,kita tidak sepatutnya berpegang pada prinsip tersebut kerana kita saudara semuslim.Sekarang,ada kita dengar lagi tentang Tangisan Gaza yang dulu pernah digembar-gemburkan oleh media dulu?Dah tak wujud lagi dikaca tv.Malah Nabi pun bersabda bahawa barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam,maka dia bukanlah daripada kalangannya.
Mereka turut berusaha.Berusaha untuk membebaskan negara mereka dari kekejaman zionis.Mereka berusaha mempertahankannya,apa pula peranan kita?
-meningkatkan kesedaran Islam dalam diri sendiri.
-bantuan kewangan kerana Bank Dunia telah menyekat sebarang kewangan untuk alirkan disana.Justeru,bantuan kewangan amatlah diperlukan.
-sebarkan maklumat kekejaman tentera zionis melalui mata2 pena,video2,lagu2,dan sebagainya.Remaja Malaysia ni kreatif2 dan apa kata salurkan ‘kekreatifan’ tu kearah yang lebih berguna.
-boikot.Bila kita cakap pasal boikot,orang mesti cakap,ah,dah agak..atau alah,isu lama ni tapi apa yang kita buat?adakah kita boikot?Masa isu Gaza tu dulu,Yaya tengok tak ramai orang Melayu or senang cakap orang Islam la di McD ke KFC ke..Sebab apa?Boikot.Sekarang?Paling ramai nak cari orang Islam?Dekat sanalah kalau nak compare dengan masjid dan surau2.
-Tingkatkan doa.Ini ialah usaha yang terakhir.Moga2 bila ditanya oleh Allah nanti diakirat sana,apakah yang telah kita lakukan unutuk menolong saudara2 kita,semoga ini boleh menjadi jawapan kita,insya-ALLAH..
Nabi pernah bersabda,”Akan sampai satu ketika nanti,kamu akan dikerumuni oleh para musuh seperti pemangsa mengerumuni mangsanya.Seorang sahabat akan bertanya,adakah kerana bilangan kami pada masa itu sangat sedikit,ya Rasulullah?Kemudian Rasulullah berkata,Tidak,bilangan kamu sangat ramai namun kamu seperti buih dilautan.Kemudian mereka bertanya lagi,Kenapa terjadi sedemikian?Rasulullah menjawab,kerana Wahn.Apakah yang dimaksudkan dengan Wahn itu?tanya seorang sahabat.Kata Rasulullah.Wahn itu ialah menyintai kehidupan dan membenci kematian.”

Wallahualam..

0 comments:

 
Copyright 2009 (>.<)