Thursday, March 17, 2011

SELFISH

CAUTION!Anda akan menjumpai ayat-ayat yang berulang di sini.

“Awak sangat mementingkan diri sendiri!”

Apa perasaan anda kalau ada seorang insan datang kepada anda dan berkata sedemikian?Marah?Kuciwa?Perasaan yang tak terkata?

Tapi apakah perasaan anda kalau anda memang seorang yang SELFISH?

Pentingkan diri sahaja?

Fitrah manusia,dia akan mengutamakan dirinya sendiri.Setelah dirinya berpuas hati,barulah dia akan memikirkan pasal orang lain.

Tapi,kadang-kadang jugak orang yang MEMENTINGKAN DIRI ini tak perasan pun yang diorang ni seorang yang MEMENTINGKAN DIRI sendiri.Sebab tu semua orang (kalau boleh) kenalah buka hati dan minda bila orang menegur mereka,samada secara halus atau secara terang-terangan.(siapa yang makan coklat,dialah yang terasa manisnya..)

Macam mana nak tahu yang aku ni SELFISH?

1) Bila ada kerja berkumpulan yang perlu dibuat,andalah yang membahagikan kerja tanpa bermusyawarah terlebih dahulu.Pendapat orang lain akan diterima setelah anda membuat keputusan.Itu pun anda akan memastikan anda berada dalam pihak kebenaran.Jika ya,anda antara mereka yang bergelar SELFISH person.

2) Anda tidak pernah menolong jika tandas di KK1 tersumbat,malah tak pernah pun menghulurkan tangan bila tengok kawan-kawan anda membasuh toilet dengan tekunnya.Bila ditanya adakah anda mahu menolong membasuh toilet,mahu tak mahu je anda menjawab.Jika ya jawapan anda,tahniah,anda memang SELFISH.

3) Kelas anda bermula pada pukul 10.Anda setkan jam untuk bangun pada pukul 9 dan pada pukul 9.15,anda pun pergi mandi.Malangnya,semua shower room dah penuh dan anda pusing ke arah toilet room.Oh,toilet first dan third ada orang tengah mandi.Second tu kosong.Aku pun nak mandi la.Lagipun nanti lambat gi kelas.Hairan apa kalau ada orang nak guna.Jika anda pernah berbuat demikian,tahniah,anda seorang yang SELFISH.

4) Anda berada dalam study group.Pelajaran hari itu ialah Bahasa Arab.Ada seorang ahli dalam kumpulan tersebut yang agak lambat pick-up.Anda langsung tidak endahkan dia.Anda hanya membuat soalan yang harus dibuat dalam kumpulan itu dan membiarkan dirinya terkontang-kanting.Jika anda pernah berbuat demikian,tahniah,anda memang SELFISH.

(semua ini dipetik dari diari hidup saya selama 20 tahun ini)

-Saya-

Susah nak puaskan hati semua orang tapi seharusnya kita kena MENCUBA ke arah itu.Manusia ni takkan pernah sempurna tapi kita harus MENCUBA kea rah kesempurnaan itu.Saya menegur bukan hanya ditujukan kepada orang luar sana tapi juga ditujukan kepada diri saya sendiri.Jauhkan sikap pentingkan diri sendiri sebab kita pun takkan bahagia dengan perangai tu,orang sekeliling kita pun takkan pernah happy dengan kita.

Letakkan hatimu 100% di tanganNya!

1 comments:

Qurratu Aini said...

owh,,saya sedih,,cm mne..sayakan loading orangnya...

 
Copyright 2009 (>.<)