Wednesday, March 9, 2011

Khusyuk & Sabar


“Khusyuk ni macam mana?”

“Mana yang lebih baik,kita maafkan orang ke,orang yang minta maaf dengan kita?”

Inilah soalan yang akan ditanya oleh saya apabila saya sedang bersama-sama dengan sahabat-sahabat saya yang tersayang.Macam-macam reaksi boleh dilihat,jawapan pun pelbagai.Bagusnya otak yang ALLAH kurniakan!Lain orang,lain cara pemikirannya.(Baru layan cerita Mr Brain.Baru tahu betapa indahnya nikmat ALLAH yang satu tu.Neuron-neuron~)

Khusyuk ke?

Khusyuk.Saya selalu tertanya-tanya khusyuk ni sebenarnya macam mana.Saya sendiri mengaku,hingga kini,khusyuk tu selalu tak dapat digapai.Tatkala dia menghampiri,saya tertarik dengan benda lain dan dia pun terbang melayang sampai saya dah tak boleh nak gapai.(err,faham ke analogi ni??)

Antara jawapan yang saya dapat,kalau solat tu baca ayat panjang-panjang,pejam mata rapat-rapat,insya-ALLAH,khusyuk tu boleh dapat.Saya selalu tengok video klip lagu Khurafat,bukan nak tengok orang yang rap dengan nyanyi tu tapi tengok scene last dalam video tu.Bestnya kalau saya pun boleh jadi macam mereka.Ya Alllah!

Antara jawapan yang saya paling ingat,khusyuk sebenarnya bergantung kepada iman.Hebatnya iman sahabat-sahabat Rasulullah dulu kalau nak dibandingkan dengan kita ni,sampai kalau nak potong tangan tu,tak payah guna ubat bius dah.solat jer,langsung tak rasa sakit masa kena potong tu.

Saya mahu khusyuk!

Minta maaf vs Beri maaf

“Orang minta maaf ke kita yang maafkan?”

“Sebenarnya lebih baik kalau kita yang maafkan.Sebab tu Rasulullah kata,sebelum tidur kena muhasabah balik apa yang kita dah buat dalam sehari tu.”

Ini jawapan orang yang pertama kena attack dengan soalan ni.Syukran yer ukhti!

Maaf.Kadang-kadang kita rasa macam susah sangat nak cakap maaf.(Saya pun macam tu.Saya takkan minta maaf selagi saya rasa tu bukan salah saya.)

Saya pernah mengikuti satu solat jemaah di sebuah masjid di sekitar Nilai.Selepas solat,para jemaah pun saling bersalaman dan saya bersalaman dengan seorang pelajar.

“Minta maaf.” Dia berkata sambil berpelukan.Saya hanya mengiyakan sambil mengangguk,dalam hati saya berkata,awak tak der salah dengan saya,rasanya tak perlulah saya maafkan awak.

“Eh,tak mintak maaf pun..” Saya terkesima.Wajib ke?Harus ke?Macam mana ni?

“Err..mintak maaf.” Saya senyum yang tak senyum.Dia pun berlalu dengan senyuman.Kemudian,saya tertanya,minta maaf ke member maaf yang lebih baik?

Saya ceritakan situasi tersebut kepada seorang rakan.Dia menjawab,”Tu macam tak ikhlas jer.Nak harapkan kau pun minta maaf dengan dia.”

Seorang lagi menjawab, “Maybe sebab Ya ada salah dengan dia kut.Sebab tu dia kata macam tu.”Macam mana nak buat salah,tak pernah cakap pun.

Jadi?

Bagi pandangan saya,kita memberi adalah lebih bermakna dari kita yang menerima.Memberi maaf adalah lebih baik dari kita yang menerima maaf tu.Jadi,sentiasalah membersihkan hati anda dengan memaafkan orang lain.Mungkin orang yang berbuat salah tu tak sedar kesalahannya tapi anda bukanlah orang yang kedekut dengan maaf,kan?

Oh,lagi satu!Seharusnya,setiap pelukan dengan sahabat diiringi dengan niat, “Ya ALLAH,aku menyintainya keranaMu” bukan dengan hati yang penuh dengan hasad,dendam dan iri hati.Allah sayang kita,jadi kita pun kenalah sayang hamba-hambaNya kalau kita sayang Dia.

Letakkan hatimu 100% ditanganNya!

1 comments:

little daie said...

jom kita didik diri...^_^

yup! 100% padaNya

 
Copyright 2009 (>.<)