Saturday, November 13, 2010

:: datang tanpa diduga ::

dia datang tanpa diduga.kalau boleh,setiap manusia mesti nak lari daripada dia.

"dayah,mak haiza ninggal."aku terkedu.Allah..terduduk.
mama : hang awat?
me : haiza..
mama : awat ngan dia?
me : mak dia dah tak dak..~sayu..
mama : dah tu,hang tunggu apa lagi??dah,cepat2!pi lekaih!~high frequency..
me : pi mana?~mode:blur..
mama : haah,nak pi mana?dia ada kt mana la ni?~questioning mode..

that's my mom.nasib baik boleh bawak keta,rush gi Hospital Besar Pulau Pinang.Sesampai di hospital..

me : sat2..haiza ada kat mana ni?
friend 1 : haah,dia bilik mana weh?

sudah..mati2 aku ingat tau ada kat mana..setelah berexplorace di hospital..

me : mana dia weh?betoi kan kat sini?
friend 2 : betoi la kat sini..
nurse : hampa cari sapa?haiza aryani ka?dia pi simen kaki..

wahh,terer nurse ni..tak sempat nak jawab..mesra,cepat dan betul betul.setelah menunggu..

me : camna?
haiza : camna apa nya..patah kaki ni~tunjuk kaki..bersimen sampai paha~..patah pinggang,siap ada cap tayar motor lagi..patah tulang rusuk..mak aku camna weh?
me :~terkedu
friend 1 : insya allah okay..

tidak lama kemudian..

dr : miss haiza,takziah yer atas kematian mak awak..~dr ni mmg nk kena ngan aku!
haiza : ha??~tengok ke arah kami2 yang tidak berdosa dan dalam get ready to fight mode~
me : haiza,kami....
haiza : mak aku dah tak dak weh..~semua dalam crying mode..

~bagi yang tidak memahami situasi di atas:

takziah kepada Haiza Aryani atas pemergian ibunda tercinta pagi tadi.Rentetan peristiwa:

Haiza dan mamanya telah keluar untuk menghadiri jamuan para guru di sebuah hotel di Queensbay.Mereka telah pergi dengan bas bersama guru-guru yang lain.Mama Haiza telah meletakkan keretanya di SMK Seri,tempat beliau mengajar.
Alkisahnya,setelah jamuan itu selesai,mereka pun balik.Dan pak cik bus telah mengambil keputusan untuk memberhentikan bas di seberang jalan.
Haiza pun turun bersama mamanya.Sewaktu hendak melintas,seorang mat rempit dengan lajunya merempuh Haiza,manakala sahabatnya di belakang merempuh mama Haiza.
Haiza terpelanting tapi mamanya terpelanting lebih jauh.Mamanya meninggal di tempat kejadian.Haiza pula patah di pinggang,tulang rusuk dan kaki.
Mat rempit yang merempuh ibunya tidak dapat diselamatkan dan seorang lagi masih lagi dalam keadaan koma~sehingga artikel ini ditulis.Menurut kata saksi,kedua-dua mat rempit tersebut ialah anak murid kepada mama Haiza..

al-fatihah kepada Allahyarhamah Pn Zaura..

3 comments:

AmirSyafiq said...

innalillah.
takziah.

hazirah cw said...

skrg haiza ada kat mn? HBPP ka?

azni_1405 said...

takziah,,

kadang2 Dia menguji kita melalui orang lain, orang2 yang kita sayang, orang yang rapat dengan kita.

aku jua merasainya~

 
Copyright 2009 (>.<)