Monday, October 4, 2010

demam..&demam..&demam lagi...



sini

semoga cepat sembuh kepada sahabat2 di seluruh duhia yang sedang demam disaat ini..

kenapa kita boleh demam?

* Demam adalah satu cara untuk tubuh kita melawan penyakit (salah satu fungsi penting dalam badan).

* Secara purata, suhu badan yang normal ialah 37 darjah celsius (bergantung kepada umur, keadaan persekitaran dan keadaan fizikal seseorang).

* Suhu badan meningkat menunjukkan badan sedang mengaktifkan sistem imun untuk menghasilkan sel darah putih, antibodi dan agen-agen lain untuk melawan penyakit.

* Punca-punca demam; jangkitan kuman, toksin, kanser dan juga sebarang penyakit autoimmune.

* Juga boleh disebabkan oleh heatstroke, dimana suhu badan meningkat dan menjadi tidak terkawal.

* Untuk demam yang ringan (suhu tidak terlalu tinggi), hanya perlu minum banyak air dan rehat.

* Apabila demam, makan ubat untuk mengawal suhu daripada menjadi terlalu tinggi BUKAN untuk menghapuskan demam tersebut secara serta merta.

* Sekiranya kanak-kanak didapati demam tetapi masih bergerak aktif, bermain dan tidak bermasalah untuk tidur, kemungkinan besar ia-nya hanya demam biasa dan tidak serius.

* Jika demam berterusan melebihi tiga hari, berjumpalah dengan doktor/pakar kerana demam yang berterusan dan terlalu kuat boleh mengakibatkan kerosakan otak (khususnya di kalangan kanak-kanak). Demam berterusan juga adalah petanda bahawa ia bukan sekadar demam biasa dan memerlukan rawatan rapi.

Hikmah demam:

-Demam itu menebus dosa2 yang lalu.

-Panas yang lahir dari tubuh orang yang demam menunjukkan secebis kepanasan api neraka.

Jadi,apabila anda demam:

jangan megeluh atau mengerang kesakitan kecuali kepada Yang Maha Penyembuh.(tidak mengapa jikalau meminta sahabat2 mendoakan.Mengeluh dan mengerang disini membawa maksud mengeluh dan mengerang dengan niat membenci penyakit tersebut.)

jangan memaki hamun demam anda.setiap muslim seharusnya bersifat sabar apabila ditimpa demam.

Nabi Sallallahu alaihi wasallam bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi". (Hadith Riwayat Muslim)

bersabarlah anda dengan dugaan yang diberikan..
 
Copyright 2009 (>.<)