Friday, October 22, 2010


Diambil dan diedit dari ucapan Syeikh Khalid Yassin:

Allah berfirman: “Alhakummut takasur.”
Kita semua,terlibat dalam menjalankan perniagaan,memajukannya,membeli rumah dan kereta.Apa saja yang pernah kamu lakukan.Dan apabila kamu diperingatkan tentang Tuhan,agama,kehidupan,akhlak,kamu berkata; “Aku tiada masa untuk itu.”, “ Aku tidak mahu mendengar tentang itu.”Lihat bagaimana bongkaknya manusia boleh menjadi.Sehinggalah mereka menziarahi tanah perkuburan.

Kamu sibuk menimbun,menghitung,memperbaiki karier kamu,wang kamu,pekerjaan dan kekayaan kamu sehinggalah kamu masuk ke dalam kubur.Cuba kamu fikir,bilakah kali terakhir kamu menziarahi upacara pengebumian mayat?Bagaimanakah kelakuan orang-orang di situ?Adakah mereka seronok berjenaka?Adakah mereka menari?Adakah mereka bertepuk tangan sambil menyanyikan lagu-lagu?Tidak!Mereka diam!

Mengapa?Kerana setiap orang yang menghadiri upacara itu,melihat mayat yang terlantar di tanah,perkara pertama yang mereka akan fikirkan adalah suatu hari nanti,saya juga akan terlantar begitu.

Dan tibalah saat jenazah dibawa ke tanah perkuburan.Maka jenazah tersebut mulai ditanam.Anda melihat dan akan berkata: “ Ini sajakah yang saya ada?50-60 tahun mengikis,bersusah-payah,menipu,berbohong,mencuri,berzina,mengemis,bekerja.Dan beginilah pengakhirannya?Inikah yang akan terjadi padaku?Adakah aku akan dimasukkan ke dalam sebuah lubang di tanah?”

Jadi,ada sesetengah manusia yang terfikir akan perkataan ini : Eternity dan Immortality.Tidak mati,hidup buat selama-lamanya.Biar harta menjadi bantal,duit menjadi tilam sehari-harian.Mengapa mesti wujud manusia yang sebegini?

Apa yang terjadi pada musim sejuk?Semua daun jatuh dari pokok dan bumi tandus.Dan apa pula yang berlaku pada musim bunga?Air datang,menyuburkan kembali bumi kita.Rumput baru,daun-daun baru,bunga-bunga baru,buah-buah baru!

Maka Allah berfirman: “Dan petunjuk bagi mereka adalah bumi yang tandus.Kamu menyuburkannya kembali selepas itu!Dan kemudian kamu memakan buah-buahan darinya”
Maka Allah berfirman lagi: “ Adakah yang menghidupkan kamu pada awal-awalnya,tidak mampu untuk menghidupkan kamu semula untuk menilai segala perbuatan kamu?”

Ya,sudah tentu boleh!Kamu mungkin mahu menolaknya kerana tidak mahu diadili.Kerana ada sebab mengapa manusia harus masuk ke dalam kubur.Jika Allah mahu,Dia boleh saja menghidupkan kita,kemudian menghilangkan kita ke atmosfera.Tapi Dia tidak berbuat demikian kerana Dia mahu kita masuk ke dalam sebuah rahim yang lain,iaitu kubur.Kamu mula keluar dari rahim ibu kamu dan akhirnya kamu akan berada di dalam rahim bumi
Semestinya,kematian merupakan satu peringatan yang berkesan dan hanya yang bijak akan mengambil iktibar darinya untuk memperbaiki diri mereka.

Pemikir yang bukan beragama Islam berkata:
Dan bagi kami yang hidup dalam kesengsaraan ini,kami menerimanya.Jika kami tidak menerima kewujudan kami ini sebagai satu kesengsaraan,maka hidup dan mati tiada bezanya.Seseorang itu haruslah mati untuk menemui cinta yang sebenar.Dan untuk memikir apa sebenarnya makna kematian.Apa yang ada selepas kematian.Adakah akan ada kelahiran semula ataupun kebangkitan semula,dan semua itu..Ia akan menjadi sia-sia jika kamu tidak tahu bagaimana untuk hidup.

Bila lagi kita akan bangkit dan menggunakan bakat dan usaha kita untuk memperbaiki dunia?Bila lagi kita akan bangkit dari tidur kita?Bangkitlah sahabat.Ayuh bersama kita ubah dunia ini!

credit to:noreagaaa and Fr33DoMFighT3Rz

0 comments:

 
Copyright 2009 (>.<)