Wednesday, September 1, 2010

~dalam pencarian~


Sebagai seorang manusia,amat wajib bagi setiap orang itu untuk mencari ‘cinta’ samada yang palsu atau yang benar.fitrah manusia itu sendiri untuk disayangi dan menyayangi manusia lain.tiada cinta,hidup seakan tiada warna.

Tatkala mencari-cari erti cinta,kita tersangkut dengan lakonan manusia yang juga turut dalam pencarian mencari cinta seperti kita.seperti sarang labah-labah yang boleh memerangkap mangsanya,kita terperangkap dalam bicara manis manusia itu.kita dibawa hanyut ke tengah lautan cinta,tidak tahu bahawa daratan telah pun kita tinggalkan dengan jauhnya.

Kemudiannya,kita sedari,kapal yang kita layari itu ternyata tidak ada ketahanannya,meskipun diperbuat dari kayu jati berkualiti tinggi.kapal itu semakin mereput dan menjadi takdir,kita dibawa gelombang.tidak tahu nasib samada masih hidup atau telah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dalam bertaruh nasib,kita berpaut pada sebatang kayu yang teroleng-oleng di lautan itu.kita dibawa arus sehinggalah tiba ke daratan.seorang,tiada peneman.saat itu mungkin kita akan teringat kepada Yang Maha Menyintai.sesungguhnya,hanya kepada DIA kita akan kembali suatu hari nanti.

Kebelakangan ini,banyak persoalan tentang jodoh dan perkahwinan.Jodoh,tiada kaitan dengan keturunan atau dari mana kita berasal.Sering kali kita bertanya bagaimana seseorang itu boleh berkahwin padahal dia masih muda?Sesetengah pula,meletakkan target untuk berkahwin.Contohnya,sebelum 25,tak nak kahwin dulu.Belajar,kerja,baru kahwin.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datangg bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah-tengah bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabulselain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan-tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan.. "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

5 comments:

Anonymous said...

testing.testing.

azni_1405 said...

ehem...ehem..
baru post ni bukak komen..
huhu

iammuslimah said...

nak wat cmner..dh terdetik atie nak buat..hua2

Arrharatnasari Kachong Ma'arof said...

agree! keinginan itu fitrah, bagaimana mengendalinya tetap terpulang pada diri.

**aik, dah lama minta buka comment, baru buka ea?hehe.gucci~!

mar mp 86 said...

nice post la yaya! suka3! =)

 
Copyright 2009 (>.<)