Saturday, September 11, 2010

~ALLAH gives me HIS guidace~

:: Buatlah sesuatu yang tidak disukainya tapi ingat jangan bila DIA sudah menunjukkan kuasaNYA satu hari nanti,baru kita hendak terngadah ::

Hari ini,2 Syawal 1431H.Allah telah tunjukkan aku sesuatu.

Ibuku selalu berpesan,"Jangan bawak kereta laju2.Bahaya."
Iklan di papan2 sepanjang jalan mengatakan,"Jangan melintas seperti seekor ayam."
Orang2 selalu berpesan,"Ingatlah orang yang tersayang."

Aku berhenti di bahu jalan ketika adikku bertanya,

"Kamu nak bawak ghete ke gi Nilai nanti?"
"Ate,kamu asek meghosakkan kete teman aje.Kete baghu 2 tahun,dah nampak macam 5 tahun."

Kemudian,hati terlintas ingin memandang cermin sisi dan ku lihat sebuah kereta Viva merah sedang memecut laju,bagaikan dia sedang berada di highway padahal tengah berada di jalan alternatif!

"Laju bebenor kete tu." Saat terluncur ayat itu,seekor ayam melintas jalan dan kereta tersebut mengelak namun dia tersasar elakannya apabila dia melanggar motorsikal dari arah yang bertentangan.Pembonceng motorsikal tercampak ke dalam parit yang sememangnya tidak berair dan tidak diketahui untung nasibnya.Kami di dalam kereta hanya terkesima,diam tidak terkata.

"La ilahaillah.."Telefonku berbunyi memecahkan suasana sunyi.

"Assalamualaikum.Long,balik.Pak cik Syed maghi umah."ayahku berkata.
"Ok2.On my way."

Aku mengigil,tidak tahu hendak berbuat apa.Menyaksikan kemalangan di depan mata,membuatkan aku terkesima.

"Ngah,camne ni?"
"Balik2.Cuak dah hati ni."

Menurut penglihatan adikku yang sorang tu,penunggang motorsikal yang dilanggar itu tidak memakai topi keledar dan sedang asyik melayan handphonenya ketika kereta itu merempuhnya.

Aku mengambil iktibar.Selalunya,aku akan memecut walau di mana aku berada.Perjalanan dari Penang hingga Perak akan memakan masa 2 jam dengan kelajuan secara purata 120km/h (yelah,kereta Kancil je..)

Tetapi,perjalanan sebentar tadi memakan masa hampir 4 jam dengan kelajuan secara purata 80 km/h walaupun di highway.Insaf lah anda sebelum terlambat!

Jadi,sebagai kesimpulan,peringatan kepada:

pemandu2 di luar sana : jalan raya bukan tempat untuk berlumba.patuhi had laju yang ditetapkan.ada hikmah kenapa kerajaan letak had laju tu..

penunggang motorsikal : jangan anggap anda berada di kawasan kampung,anda tidak perlukan topi keledar.dan jugak,TOLONGLAH hormat pengguna jalanraya yang lain.

pejalan kaki : jangan melintas seperti seekor ayam!

INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG!




3 comments:

AmirSyafiq said...

aisehmen.
ape.jd.kt.eksiden.tuh?
ade.org.tolong2.x?

azni_1405 said...

ok2...
saya akan ingat..

iammuslimah said...

ada.ada org yg lalu kt situ yg tlg.tp xtawu la cmner org yg dlm kete 2 dgn moto 2.hrp2 slmat le.

 
Copyright 2009 (>.<)