Wednesday, September 30, 2009

Ya ALLAH Ya Tuhanku

Ya ALLAH,
aku mohon petunjuk dan hidayahMu,
jadikan aku hambaMu yang soleh,
yang sentiasa mengingatiMu.

Ya ALLAH,
sesungguhnya ENGKAU menjadikan aku dengan sifat yang lemah,
mudah menangis apabila ditimpa musibah,
kerana ENGKAU tahu dan ENGKAU mahu kami sentiasa dekat denganMU,
memohon pertolongan dariMU,
mengharap rahmat dariMU.

Ya ALLAh,
aku pohon agar cintaMU mengisi segenap ruang jiwaku,
aku pohon agar kurasa kasih sayangMU,
aku pohon agar aku sentiasa dekat denganMU dan mencintaiMU sepenuh jiwaku.

Aku harap YA ALLAH,
dengan air mata yang mengalir tiap kali aku teringatkanMU,
menjadi pengikat kasih dan pautan cintaku padaMU,
tangisan ini mampu menjadi tanda ingatanku kepadaMU,
semaikanlah cintaku padaMU YA ALLAH..

Amiin..

0 comments:

 
Copyright 2009 (>.<)