Saturday, February 12, 2011

~nawaitu~


semalam,ketika sedang melepaskan lelah di kerusi batu,tiba2 sy teringat lagu nasyid lama.

"antara niat dan manis bicara,
satukan di dalam satu denyutan..."

Nawaitu

Setiap pagi,kita buka mata.Dan saat itu,kita setkan dalam hati kita,apa yang aku buat hari ni adalah kerana Allah Taala.Nawaitu kita sepanjang hari seharusnya kerana Dia.

Nawaitu kena betul,kena ikhlas.Selalu kita dengar ayat2 yang macam ni.Tapi sejauh manakah keikhlasan kita?Betul ke ikhlas?Ke ikhlas separuh,nak orang puji separuh.

Riak Dalam Ibadah

"Eh,pagi tadi aku bangun tahajud bagai..tak pernah aku tinggal tahajud ni..penat macam mana pun aku bagun jugak..tahajud ni penting..kita kena mujahadah..tu maksudnya aku ni mujahadah ler..kau bangun tahajud tak pagi tak?aku tau..mesti tak bangun..eleh,engkau kalau bergegar dunia ni pun,belum tentu nak taubat..ni aku ni,pagi2 dah taubat.."

Komen anda?Ada ke manusia yang macam ni?

Kalau tiada angin,masakan pokok boleh bergoyang.

Bagus jika anda beribadah,tapi cukuplah jika anda dan Dia sahaja yang tahu.Dan ingat,amat rugi jika anda seorang sahaja yang beribadah di lewat tengah malam tapi rakan2 anda sedang nyenyak dibuai mimpi.Tak salahkan jika anda ambil handphone anda yang berjenama tu,hantar mesej,

'wahai sahabat.jom tahajud!allah sedang mendengar doa hambaNya yang berdoa.'

apalah erti 10 sen jika dibandingkan dengan nilai persahabatan.Inilah sahabat yang sebenar.

Bukan Setakat Ibadah

Bukan ibadah jer yang patut diambil enteng,tapi kehidupan seharian kita juga.Misalnya,jika kita ada kereta atau motorsikal,tak salah kan kalau kita menumpangkan kawan2 kita?Membazir sebenarnya kalau kereta atau motorsikal kita naik sorang2.Minyak sekarang mahal.(^^,)

"Aku ni kan pakai kereta Kancil.Kereta Kancil ni kan mahal.Orang yang mampu macam aku jer yang boleh pakai kereta macam ni.Tak main ler BMW sume,kereta murah."

Seandainya kita ada pegang jawatan2 penting,tak kisahla dalam persatuan ke,dalam liqo' ke,sentiasa ingat,itu semua adalah ujian bagi kita.Adanya tanggungjawab,bermakna lebih banyak soalan yang akan ditanya oleh ALLAH kelak.Pernah saya ucapkan tahniah dan takziah kepada seorang sahabat yang menjawat satu jawatan di komuniti.

"Kenapa takziah?"sahabat yang lain bertanya.
"tanggungjawab ni berat.Tanggungjawab kita sebagai khalifah pun belum tentu terlaksana,kita dah terima tanggungjawab yang lain.Betapa angkuhnya manusia."

Jadi,jalankan tanggungjawab anda SEIKHLAS yang mungkin.Jika anda rasakan jawatan anda hanyalah untuk menunjuk-nunjuk atau untuk mengharapkan pujian manusia,tinggalkanlah.Mungkin ada lagi insan diluar sana yang lebih IKHLAS dari anda.

~peringatan buat diriku yang sering terlupa~

1 comments:

little daie said...

nawaitu... always renew our niat^_^

 
Copyright 2009 (>.<)