Wednesday, March 3, 2010

masaku pada hari semalam

Semalam,petang 3hb Mac telah dihabiskan di Dewan Kuliah Pusat 4,untuk mendengar ceramah tentang Intergriti Remaja,bersempena minggu Intergriti FSU,USIM.Acara dimulakan dengan ucapan perasmian daripada TNC dan seterusnya,merasmikan acara tersebut.

Pada awalnya,dewan dipenuhi dengan siswa dan siswi yang disegani.Tatkala MC mengumumkan 'break' diantara dua acara tersebut,ramai jugak yang melangkah keluar dari dewan.Tak apa,mungkin mengambil angin.

Saat jam berdetik ke 4 petang,acara yang kedua bermula,ceramah dari Pegawai KAGAT.Sayang seribu kali,hanya 1/4 dewan yang diisi.Tak apa,mungkin ada kelas agaknya.Ceramah yang diberi sangat menarik.Meskipun point nya ialah intergriti,dikaitankan dengan kisah2 para Nabi.Untuk menarik perhatian siswa dan siswi yang rata2 nya dalam lingkungan usia remaja,dihiasi setiap slide dengan 'music box' dan filem pendek.Ringkas namun menarik.

Tersentuh dengan ayatnya,'Kita dilahirkan bukan kerana kebetulan.Semuanya telah dirancang,kita adalah insan yang terpilih.Kita dilahirkan pada zaman ini untuk menyelesaikan masalah pada zaman ini.jadi,terbeban pada bahu kita satu tanggungjawab,menjadi khalifah di atas muka bumi ini.'

Bergenang air mata saat beliau bercerita tentang halangan dan dugaan yang telah dilalui oleh para Nabi.Terasa diri kembali ke masa lampau,dengan cara beliau bercerita.Alhamdulillah,terisi masa pada hari ini.

0 comments:

 
Copyright 2009 (>.<)