Wednesday, March 24, 2010

kenapa?


Sahabat bertanya,"Kenapa ya solat tu wajib?"Tersenyum mendengar soalan tersebut.Sebagai manusia,perasaan ingin tahu itu memang tinggi,apatah lagi dalam usia remaja begini.Terasa pelbagai ilmu lagi harus dikuasai.

"Rasa-rasanya kenapa?"
"Urm,pernahla tanya sorang neh.Dia cakap,sebab dah wajib,wajibla.Macam kelakar kan jawapan dia?"

Termenung memikir bagaimana hendak menjawab.Alhamdulillah,praise to him,sudah bertemu jawapan.

Rasa-rasanya kenapa solat itu dikatakan sebagai tiang agama?Kenapa solat tu wajib keatas setiap muslim di muka bumi ini?

Setiap perkara,setiap ibadah yang dilakukan,pasti ada hikmah di sebaliknya.Cuma kita sebagai manusia harus kadang2 mengambil peluang yang ada.

Bagi pendapat saya sendiri,bila mana seseorang itu menjaga solatnya,secara automatik,perkara2 yang seumpamanya akan turut dijaga.amalan2 ibadah yang lain akan terjaga jika dia menjaga solatnya,5 kali sehari,penuh tanpa ada lubang sedikit pun.

meskipun begitu,kini,setelah dikaji oleh para saintis tentang rahsia pergerakan dalam solat,ternyata solat ini membawa 1001 manfaat kepada tubuh manusia.sumber: berubat dengan solat.buku yang patut dibaca!

hidup kita adalah untuk mencapai mardhatillah.hidup kita sebagai khalifah di muka bumi.

raih redha-Nya,insya ALLAH syurga ganjaran kita!

0 comments:

 
Copyright 2009 (>.<)