Monday, January 18, 2010

..bila aku mula ditanya,ini jawabnya..

"Apa pendapat Dayah?"
"Haah?urm,tak tahu.."

terkesima.terkedu.speechless apabila soalan dilontarkan oleh seorang sahabat berkenaan budaya remaja masa kini,couple.soalan ditanya,hati berbicara,bagaimana harus ku menjawab soalan ini?Tuhan,berikanlah petunjukMu.

memang tidak dapat dinafikan lumrah manusia untuk berkasih sayang,memberi dan menerima sayang itu namun harus difikirkan juga ke mana sayang itu dibawa?

ada yang berkasih bertahun-tahun,namun kecundang ditengah jalan.ada yang tidak pernah mengenal erti rindu,berjumpa jodoh dengan sahabat sepermainan.semuanya sudah menjadi lumrah dunia.

pernah ku bertanya kepada seorang murabbi,bagaimana jika seseorang itu berkahwin tapi bercerai.kemudian dia berjumpa dengan pasangan yang baru.adakah itu tandanya dia mempunyai dua jodoh?
murabbi menjawab,bukan.itu tandanya ALLAH itu menduganya dengan perkahwinannya yang pertama untuk bertemu jodohnya yang sebenar.

orang yang berkahwin boleh bercerai,inikan pula mereka yang tidak.

Ya ALLAH,ampunkan segala dosa yang pernah aku lakukan.
berikan aku petunjukMu agar aku tidak lagi mengulangi kesilapan itu.
berikan aku kekuatan agar dapat aku berpaksi di jalanMU.

sebagai kesimpulan,cintailah yang maha menyintai.insya allah,kita akan bertemu dengan insan yang menyintai kita kerana-Nya.Amin..

0 comments:

 
Copyright 2009 (>.<)