Sunday, October 4, 2009

Tuhan Betapa Diriku Ini..

Hati menangis,mengenang segala dosa2 lalu..
Hati merintih,mengenang apa yang telah pun berlaku..

Hati berkata,Tuhan mengapa semua ini terjadi padaku?
Tuhan berkata kerana segala dugaan itu bisa ditanggungmu..

Hati bertanya,Tuhan mengapa bukan dia untukku?
Tuhan berkata kerana ada insan yang lebih baik untukmu..

Hati berkata,Tuhan aku cintakan dia..
Tuhan berkata itu semua nafsu semata..

Hati bertanya,jika cintaku itu nafsu,apa cinta yang sebenarnya?
Tuhan berkata,cintailah dia kerana agamanya..

Tuhan,
berikan aku petunjukMu
agar bisa kutempuhi hidup ini
agar bisa aku tempuhi segala dugaanMu

Tuhan,
andai dia tercipta untukku,
izinkanlah kami bersatu..

Tuhan,
andai dia bukan milikku,
redhakanlah hatiku dengan ketentuanMu..

0 comments:

 
Copyright 2009 (>.<)