Wednesday, April 18, 2012

Dia Memiliki Saya

"Kini ku tahu rasanya hidup dalam cahaya kasihMu"

Masa 5 tahun,kalau ditanya apa tujuan hidup,mesti saya akan jawab,nak jadi Power Rangers kaler pink,selamatkan dunia.

Masa 15 tahun,kalau ditanya apa tujuan hidup,mesti saya akan jawab,entah,tak tahu la pulak.

Masa 25 tahun,kalau ditanya apa tujuan hidup,insya ALLAH saya akan jawab,

“ Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.”

(adz-Dzariyat: 56)


Saya tak tahu bagaimana dengan mereka yang berbulatan gembira yang lain,tapi bagi saya,hilang arah tujuan hidup dan kemudian menemuinya ketika usia telah pun menginjak ke angka 20++,membuatkan saya merasakan umur saya sebelum ini telah dipergunakan secara sia-sia.
But,ALLAH kan the best planner!(^^,)

"Kini kutahu rasanya menemukan damai di hati"

Cer bayangkan.Kita tengah drive kuda dakwah yang berjenama Perotiga,on the way untuk ke Pulai Pineng dari Nilei.Sampai dekat tengah jalan,tiba-tiba kita sesat.Mesti rasa macam nak marah orang kan?Maunya pulak kalau ada orang kat sebelah,yang konfident tahap mega jalan nak ke Pulai Pineng tapi at the end,still lost!Bila dah jadi macam ni,apa yang kita buat?Dunia di hujung fingers,gunalah GPS.Rujuklah GPS tu.Bila dah sampai dekat tempat yang kita nak tuju,mesti kita rasa happy kan?Lebih happy kalau orang kat sebelah kita tadi,kita tak tinggalkan dia dekat tepi jalan masa kita lalu Highway Minus Utara-Selatan tadi.

Hilang arah tuju akan membuatkan kita tercari-cari apa makna kehidupan ini.Dalam tengah mencari-cari,terjumpa pula kawan yang bawa kita ke arah yang menyimpang,jauh dari jalan yang lurus.Tapi,akhirnya,kita berbalik pada Dia.Saat kembali pada Dia,kebahagiaan lebih dirasai dengan hebatnya berbanding dengan kegembiraan masa Malaysia menang masa lawan Indonesia dulu!Lagi hebat rasa happy berbanding dengan rasa seronok masa kita tengok ending cerita Ponyo!

"Seandainya semua tahu indahnya mengabdi padaMu"

Saya pernah terbaca di MukaBuku,komen A kepada B yang mengupload gambar someone yang non-Muslim and said that she loves him.A tulis,"Be"ak dengan ken"ing pun belum tentu cuci,boleh pi suka kat kapir ni."(note:sila baca dalam loghat utara yang indah ya!)

Seandainya yang ber-ber dan kenc-kenc yang belum tentu cuci lagi bersih ni tahu indahnya mengabdi pada Dia,mesti dia lagi hebat seumpama Kuchiki Byakuya dalam jalan dakwah.Mana tahu,walaupun dulu dia tak cuci lagi bersih tapi lepas dah tahu indahnya pengabdian kepada Dia,hatinya ibarat baru lepas dicuci dengan Dynamo,dan putih,menyinar pulak tu!(Er,si A tu cuci hati dengan apa yer?Mr No Muscle eh~)

"Seandainya semua tahu kasihMu lepaskan belenggu,bebaskanku,kuatkanku"

Buah limau mandarin kenal?Alah,buah yang kaler oren2 tu.Boleh beli dekat Giant dengan banyaknya,espeseli masa nak dekat Chinese New Year.Apa rasanya?Manis dan masam.Lumrah limau,bila disebut perkataan limau,mesti terbayang perkataan masam.Makan limau.Masam + Manis.Konklusi,sedap!

Hasil dari kita makan limau?Dapat vitamin C.So,bila dapat vitamin yang bagus untuk badan,bolehla berjalan dengan machonya atas muka bumi ni.Masalah sembelit pun boleh diatasi dengan jayanya kalau kita makan buah macam buah limau.

Macam tu jugak dengan dakwah dan tarbiah.Dalam manis,ada masamnya.Tapi seandainya semua tahu,manis dakwah dan tarbiah itu lebih dari masamnya,pasti semua manusia yang ada akan berlumba-lumba untuk kejar e-Akhirat!

Moga saya boleh melangkah dengan anggunnya dalam jalan-jalan yang telah Dia pilih untuk saya selama saya bernafas.

Sesungguhnya,Dia memiliki saya!

Ya Allah,jangan Kau tarik nikmat Islam ini setelah Kau berikan padaku.

Wednesday, February 29, 2012

Kahwin.

Satu topik yang takkan boleh lari dalam hidup saya.Siapa yang tak nak berkahwin kan?Pernah saya dimarahi (not really dimarahi tapi macam la~) bila saya kata saya lambat lagi nak kahwin!

Ikhwah ke?

Saya terlupa saya pernah cerita atau tak benda ni tapi saya nak ceritakan jugak!

Sebagai seorang ahli dalam bulatan gembira,saya sering diajukan soalan begini.

"Ya,nanti nak dengan ikhwah ke?"

Jawapan saya di mulut,"Kalau ada jodoh,insya-Allah."

Tapi di hati,"Kalau boleh,memanglah nak,tapi sapelah aku ni."

Sekarang,jawapannya yang sebenar,saya sudah ketemu.

Lepas habis exam final hari tu,bulatan gembira saya dan kawan2 ada buat mukhayyam.Tapi,disebabkan ada urusan keluarga,saya tak boleh join sekali.Jadi,bulatan gembira yang lepas,saya diceritakan apa yang menarik sepanjang mukhayyam tu.

Saya tertarik dengan someone yang bernama Zainab(nama penuh tak tahu sebab tak sempat nak ambik),yang hidup masa zaman Hassan al-Banna.

Dia berkahwin bukan dengan seseorang yang bukan berasal dari bulatan gembira tapi tetap menyokong perjuangan dakwah beliau.Perkahwinan tu bukan melemahkan semangat,tetapi membakar semangat beliau untuk terus berdakwah.

Pernah satu ketika,saya ditanya oleh seorang sahabat.

"Ikhwah ke x?"Dia bertanya.

"Tak tahu."

"Cer bayangkan.Kalau kahwin dengan ikhwah,mesti family kita nanti macam M,macam N.Tengokla mak ayah diorang macam mana.Ko tak nak ke macam tu?"

Saya senyum.

Ikhwah ke tak,itu bukan urusan kita.Kalau dah tertulis bagi kita untuk si ikhwah,ikhwah la jodoh kita.Tapi,jangan anggap kalau jodoh kita dengan seseorang yang bukan berasal dari bulatan gembira,maka tamatlah dakwah dan tarbiah kita!Anggap itu sebagai ujian dan kita cuba untuk membina baitul muslim bersama-sama.

Tak nak kahwin!

Antara kalangan sahabat saya,ada yang tak nak berkahwin (atau better said,belum terfikir ke arah tu lagi.)

Setiap kali ditanya,kenapa tak nak kahwin.Sebab nak jaga mak dan ayah!

Soalan ditanya lagi,habis tu nanti kalau mak dan ayah dah ninggal,ko nak duduk dengan sape?
Rumah orang2 tua,kalau adik2 aku dah tak nak aku.

Hebat,tapi seandainya jodoh dah sampai,jangan ditolak.

Hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud: "Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda: "Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya".

Selagi mak ayah redha,insya ALLAH,ALLAH pun akan redha dengan kita.

"Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa."
(25:74)


Sunday, February 12, 2012

Macam Mana Saya Kenal Dia

Masa saya kecik-kecik,saya suka baca buku.Saya tak suka dengar apa yang orang cakap.Still in rebellious stage.Kemudian,masa saya 5 tahun,mak hadiahkan saya buku.Saya suka buku tu sebab dia kecik dan ada gambar.Tapi masalahnya ada perkataan yang saya tak boleh sebut.

"Mak,macam mana nak sebut perkataan ni?"

"Perkataan apa?"

"Ni.Q.U.R.A.I.S.Y."

"Quraisy."

"Alah,susah nya!"

Jadi,sebagai solution,setiap kali saya membaca buku tu,saya akan membaca dengan kuatnya dan bila sampai ke perkataan tu,mak akan faham dan sebutkan untuk saya.Arigatou,oka-san!

Muka surat pertama buku tu ada menyebut tentang Muhammad.Saya tertanya-tanya,siapa Muhammad ni?

Kemudian,ada sebut pulak macam mana dia lahir.Saya tertanya-tanya lagi.Hebatnya manusia ni sampai dia lahir pun orang nak cerita!

Kemudian,cerita tentang kisah hidup dia.Tentang sahabat-sahabat dia.Abu Bakar,Umar.

'Dude,he is such a great guy!' Terdetik di hati saya sepanjang membaca cerita tu.

Kemudian,adik saya menjadi mangsa untuk story telling saya.Saya masih ingat bagaimana buku tu sampai 'lunyai' sebab saya asyik mengulang membacanya.Terkoyak,tak mengapa.Sellotape ada!

Kemudian,apabila berpindah ke tanah kelahiran,buku tu hilang.Saya pun tak tahu ke mana buku tu.

Masuk sekolah Darjah 1,saya dapat buku.Pendidikan Islam.

'I hope I can read about that great guy again!'But,another problem appeared.It was in Jawi and I learnt Jawi sooooo hard after that,just to read about that man.

Then,I learnt that he was not only great,but the greatest person ever lived in the world!

Setiap kali ustazah mengajar tentang Muhammad,mata saya akan bling-bling.Saya suka dia!Tidak,saya sayang dia!

Melihat ke'excited'an saya tentang manusia yang bernama Muhammad ini,ayah membelikan buku.Kisah Hidup Para Rasul.SSSSSannggggaaatttt tebal,tapi saya suka!

Hingga sekarang,masih ada banyak benda lagi yang membuatkan saya kagum dengan dia.

And this is how I knew him and I will learn more about him in the future,insya-ALLAH!

Friday, January 6, 2012

labuh vs pendek vs takder

Tahun 2012 dah menjejakkan kakinya.Tahun 2011 dah berlalu pergi.

Tahun 2012 dikejutkan dengan pelbagai perkara.(UPSI case,of course!)

Antara perkara yang membuatkan saya terkedu sekejap depan laptop ialah:

"Tahun 2012 menjelang!Saya nak bertudung sepenuhnya.Dah tanak bukak2 lagi dah!"

Satu post yang dipost oleh kawan sekolah saya dulu.Ya,kawan sekolah saya dulu.Walaupun bertitle dengan sekolah agama,dia tidak seperti sahabat yang lain.

::Kemudian..::

Gambar sahabat saya bertudung terpapar di skrin laptop kesayangan saya.Biasalah,orang baru nak bertudung.Namun,apa yang menyentap hati saya ialah ada komen yang berbunyi,

"Tudung jenis apa ni?!"

dan komen tersebut diberi oleh someone yang mempunyai 'Bulatan Gembira' dan sedang menuntut Pengajian Dakwah di sebuah negara Arab!

Kemudiannya,sebuah komen muncul.

"Baru nak test pakai tudung."

Sahabat Arab saya membalas,

"Patutnya hang kena pakai tudung dari dulu lagi.Bukan la ni,nak dekat kiamat baru nak tobat.Allah dah tak terima tobat hang dah~"

::Lagi::

Saya tengah tengok berita dengan sahabat2 saya masa berita tu tunjuk pasal budak2 baru masuk sekolah Darjah Satu.Mengimbau la kejap kenangan masa sekolah dulu.

"Eh,lama tak pakai baju sekolah tu.Yang skirt tu."

"Ya!Ko pakai ke skirt tu?"

"Yela.Korang tak pakai ke?"

"Aku masa sekolah darjah satu dah kena pakai tudung."

"Aku masa darjah ni..ni..ni.."

"Aku pulak.."

(Yelah,aku la yang jahil masa sekolah dulu!)

::Ingat!::

Ada sahabat saya pernah berkata,"Baikkah kita dengan wujudnya 'Bulatan Gembira'?Apa tujuannya kita join 'Bulatan Gembira'?"

No doubt,'Bulatan Gembira' itu baik,tapi jangan sesekali kita judge someone based on their appearance.Tidak menutup aurat itu masih satu dosa tapi ingat!Kita bukan Allah nak tentukan mana arah tuju kita masa depan nanti.

::kadang2::

"Nak pakai tudung labuh la.Nampak alim sikit."


"Hurm,nak pakai tudung labuh.Dia alim,nanti senangla aku nak dekat dengan dia."

Berubah kerana ALLAH is far more better than we changed because of human.

::Kenyataannya!::

Ada orang yang bertudung pendek tapi dia jauh lebih alim dari orang yang bertudung labuh.Penggantungan dia kepada ALLAH jauh lebih hebat dari orang yang 24 jam bertudung labuh.

Ya,dia bertudung pendek.Sekarang.Al-an.Masa kini.Tapi kita tak tahu masa depan dia macam mana.

"ALLAH does not judge you on how bad you have been in the past but rather on how good you strive to be now."

::Konklusi::


Hidayah yang ALLAH nak bagi dekat manusia boleh ada dalam banyak cara.Kita sebagai sahabat,cuba doakan yang terbaik untuk sahabat kita.Insya-ALLAH,doa muslim yang mendoakan muslim yang lain tanpa mereka mengetahui akan dimakbulkan.

Sahabat,saya doakan yang terbaik untuk kamu~(dan juga untuk saya!)

Sunday, December 18, 2011

Bulatan Gembira~


Fuh!FUh!FUUHHH!

Nampak tak sawang2 yang bersangkutan ni?Dah lama tak update yer.

Hari ni nak cerita pasal Bulatan Gembira.Hari tu ada tengok video2 tarbiah yang masuk competition OSEM.Ada satu vid ni yang bercerita pasal 'Bulatan Gembira'.Saya tersenyum sepanjang menonton video tu.Saya juga ada Bulatan Gembira!

Macam mana boleh 'sangkut'?

Dulu,masa sekolah,memang ada 'Bulatan Gembira' ni tapi hanya sekadar ada.Tapi,terus-terang saya katakan,saya tak faham langsung apa yang disampaikan dalam 'Bulatan Gembira'.(Bila orang suruh jadi murobbi,jadi jer sebab besh jadi kakak senior yang dikenali ramai~)

Habis Form 5,dapat result bagai,saya ditawarkan untuk sambung study dekat universiti di Nilai.Saya pergi (walaupun dalam hati tak nak pun!).Sepanjang saya di universiti,saya mula berkenalan dengan mereka2 yang mengikuti 'Bulatan Gembira'.(Biarlah orang kata saya busuk,tapi saya nak juga tercalit wangi diorang jugak!)

Selepas itu,saya pun joinlah 'Bulatan Gembira'~Dari 'Bulatan Gembira' ini,saya mula tahu 'Konferens Riang',Daurah,Jaulah,etc~

Apa manfaatnya?

Banyaaaaaaaak manfaatnya~Benda baik,takkanlah tak der manfaat kan?

Awak lain,saya lain?

Dulu,masa duduk rumah di depan tasik,ada kawan pernah kata,"Eh,wujud jugak (Bulatan Gembira) *as kan?"

Saya hanya mampu tersenyum.Bagi saya,apa yang penting ialah ISLAM.Nama (NGO) yang kita bawa hanyalah sebagai lesen.

Eg:A ada lesen motorsikal,B pulak ada lesen keta.C lagi terer,ada lesen lori.Tapi,matlamat diorang tetap sama,nak bawak kenderaan tu dekat atas jalan jugak.

Conclusion:Kepada mereka yang masih belum ada 'bulatan gembira',carilah.Indahnya 'Bulatan Gembira' hanya boleh dirasai oleh mereka yang join sahaja.


"Katakanlah(Muhammad),"Jika kamu mencintai ALLAH,ikutilah aku,niscaya ALLAH mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu."ALLAH Maha Pengampun,Maha Penyayang.
(Ali 'Imran:31)

Monday, October 17, 2011

Perlu ke?

semua orang nak cerita pasal A.

semua orang nak cerita pasal 4 flat.

semua orang nak cerita pasal kerjaya yang bagus2,duit gaji banyak2.

tapi,

ada ke orang nak cerita pasal indahnya syurga?

ada ke orang nak cerita pasal apa yang dah ALLAH takdirkan kat kita?

ada ke orang nak cerita pasal sahabat yang selalu tolong kawan dia?

perlu ke nak cerita pasal benda yang sementara?kenapa tak nak cerita pasal benda yang memang abadi?

pandai ke,tak berapa nak pandai ke,cepat ke,lambat ke,tu semua rezeki.ALLAH memang dah takdirkan dekat kita,UNLESS kalau kita tak usaha.

usaha tu memang kita kena ada.ALLAH dah janji,Dia akan bagi jugak dekat hambaNya selagi hambaNya tu berusaha.

letakkan hatimu di tanganNya 100%!

Monday, September 26, 2011

the one that i love

Feeling bored one day and I decided to borrow my friend's book entitled Kembara Hamba Mencari Cahaya by Hilal Asyraf.One of the chapters told about parents and as fast as lightning,I thought my parents.

My father.

I should say that he is one of the most workaholic person I've ever met.We(my siblings and I) won't meet him on weekdays but usually we will have plans on weekends and that's how he spend most of all his time with us.

Should I say that he loves me the most?Well,of course he loves all of his children but he put EXTRA attention to me,maybe because I am the first daughter,literally and I inherit my mom's disease.Well,I think~

My mother.

If my father give his EXTRA attention to me,my mom will give her DOUBLE EXTRA attention.We share a lot of common interests.My mom is a housewife and I am really proud of it.Even though some people may label it as jobless but that jobless person teaches me a lot of meaning of life.And it was because of me and my younger brother that she decided to stop working,almost 14 years ago.

She is a great cook.Cakes,muffins,dishes.Just tell her and she will do it.(I miss her laksa!)

That's my parents.I really proud of them!
 
Copyright 2009 (>.<)