Wednesday, February 29, 2012

Kahwin.

Satu topik yang takkan boleh lari dalam hidup saya.Siapa yang tak nak berkahwin kan?Pernah saya dimarahi (not really dimarahi tapi macam la~) bila saya kata saya lambat lagi nak kahwin!

Ikhwah ke?

Saya terlupa saya pernah cerita atau tak benda ni tapi saya nak ceritakan jugak!

Sebagai seorang ahli dalam bulatan gembira,saya sering diajukan soalan begini.

"Ya,nanti nak dengan ikhwah ke?"

Jawapan saya di mulut,"Kalau ada jodoh,insya-Allah."

Tapi di hati,"Kalau boleh,memanglah nak,tapi sapelah aku ni."

Sekarang,jawapannya yang sebenar,saya sudah ketemu.

Lepas habis exam final hari tu,bulatan gembira saya dan kawan2 ada buat mukhayyam.Tapi,disebabkan ada urusan keluarga,saya tak boleh join sekali.Jadi,bulatan gembira yang lepas,saya diceritakan apa yang menarik sepanjang mukhayyam tu.

Saya tertarik dengan someone yang bernama Zainab(nama penuh tak tahu sebab tak sempat nak ambik),yang hidup masa zaman Hassan al-Banna.

Dia berkahwin bukan dengan seseorang yang bukan berasal dari bulatan gembira tapi tetap menyokong perjuangan dakwah beliau.Perkahwinan tu bukan melemahkan semangat,tetapi membakar semangat beliau untuk terus berdakwah.

Pernah satu ketika,saya ditanya oleh seorang sahabat.

"Ikhwah ke x?"Dia bertanya.

"Tak tahu."

"Cer bayangkan.Kalau kahwin dengan ikhwah,mesti family kita nanti macam M,macam N.Tengokla mak ayah diorang macam mana.Ko tak nak ke macam tu?"

Saya senyum.

Ikhwah ke tak,itu bukan urusan kita.Kalau dah tertulis bagi kita untuk si ikhwah,ikhwah la jodoh kita.Tapi,jangan anggap kalau jodoh kita dengan seseorang yang bukan berasal dari bulatan gembira,maka tamatlah dakwah dan tarbiah kita!Anggap itu sebagai ujian dan kita cuba untuk membina baitul muslim bersama-sama.

Tak nak kahwin!

Antara kalangan sahabat saya,ada yang tak nak berkahwin (atau better said,belum terfikir ke arah tu lagi.)

Setiap kali ditanya,kenapa tak nak kahwin.Sebab nak jaga mak dan ayah!

Soalan ditanya lagi,habis tu nanti kalau mak dan ayah dah ninggal,ko nak duduk dengan sape?
Rumah orang2 tua,kalau adik2 aku dah tak nak aku.

Hebat,tapi seandainya jodoh dah sampai,jangan ditolak.

Hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud: "Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda: "Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya".

Selagi mak ayah redha,insya ALLAH,ALLAH pun akan redha dengan kita.

"Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa."
(25:74)


1 comments:

muna majidah said...

tahniah atas penulisan ini!

siapa jodoh kita itu xpenting selagi belum tiba masanya, cuma skrg diri kita shj yg perlu bersedia bkn hny dgn materialiti (utk majlis), tp juga ilmu dan pemikiran.

perkahwinan salah satu cabang masa dpn tetapi bkn segala masa dpn adalah dgn perkahwinn.. ada byk lg bnda lain yg perlu kita fikirkan!

 
Copyright 2009 (>.<)