Thursday, November 18, 2010

::salam eidul adha::

Aidiladha yang lepas adalah antara hari-hari yang sangat memenatkan.

Bertolak ke Kedah sesudah menunaikan solat di Penang.Dalam perjalanan,kami melihat kesan banjir yang berlaku dulu ( org utara xcakap bnjir,cakap bah..kekeke..)..Kalau dulu,sepanjang perjalanan tu,kami lihat padi yang menghijau,sekarang ni dah tak ada padi.Pokok pun dah tukar jadi warna coklat.

Setibanya di rumah tuk,kami pun bersiap sedia untuk memasak sebab ada open house kat sana.So,get ready untuk masak2.

Kemudiannya,adik aku yang ada di MRSM Kubang Pasu tu pun sampai la bersama-sama 3 orang sahabat dia yang lain.

Selepas menghidang,Mak Ngah masuk ke dapur~kebetulan,aku ada di dapur~ sambil berkata:
"Amboi,segak kawan Angah yang pakai baju purple tu.Segak sungguh.."Aku pun segera berada dalam questioning mode..Baju purple?Kekeke...

Then,my mom pulak masuk..
"Suka tengok Chin makan ketupat.Pandai dia makan."

Few hours later pulak,
"Lor..pandai la dia makan air asam tuh..budak Melayu pun tak makan macam tu.."

Dah nak balik,
"Dah macam Melayu pulak aku tengok dia tu.."

Siapakah gerangan di atas?Dialah manusia yang bernama..err,nama penuh tak diketahui tapi kami panggil dia Chin.Dia sangat rapat dengan manusia yang bernama Muhammad Hasnol Hayat~my brother~..Keturunan Cina,fasih berbahasa Melayu dan pandai bergaul dengan orang Melayu.

Kehadiran dia masa open house tu banyak menarik perhatian orang ramai~terutamanya anak gadis dan orang tua2..ish2~Jarang sebenarnya nak tengok orang Cina makan dengan tangan ni.Pandai pulak tu makan makanan tradisional orang Melayu.Terror la..

My mom said:Kadang2 tu orang bukan Melayu yang akan menjadi lebih Melayu berbanding Melayu.

1.Sepanjang open house tu,asek tingat hbngn etnik..wakaka..praktik2..
2.tingat kt syukree skalik..mlyu klntan..by the way,chin tu bukan dari klntan eh..

3.tak sempat nak snap gambar..bz2..

2 comments:

Qurratu Aini said...

eheh,,ingatkan mak ngah mu rekomenkan hang kat dy..

mar mp 86 said...

haha! bagus yaya teringatkan etnik! =p

 
Copyright 2009 (>.<)